Wednesday, April 24, 2013

Berpesta 1 Malaysia.

salam..
hari ni dah 24 April..lagi beberapa minggu je lagi satu Malaysia akan berpesta..sekarang pon dah macam pesta dengan bendera sana sini,poster lagi..huhuhu..tak lama lagi Malaysia akan menyambut pesta pilihanraya terulung dalam sejarah.sebab apa aku kata terulung,sebab sebelum parlimen dibubar lagi satu Malaysia ni dah tak sabar-sabar nak mengundi.aku sebenarnya malas nak cerita pasal mengundi nih sebab tujuan aku tulis entry ni sebab nak cerita pasal Pesta Buku..hehehe..aku kalau bab-bab buku ni memang teruja lebih sikit.hehe..kalau korang nak baca entry pasal pilihanraya,better baca blog2 politik lain sebab aku tak suka semakkan blog aku dengan cerita-cerita politik nih.hehehe..okey,back to our business..pesta buku a.k.a Book Fair(Kuala Lumpur International Book Fair) akan berlangsung mulai Jumaat ni hingga 5 Mei 2013.pesta buku ni akan berlangsung di PWTC.tau tak kat mana PWTC?ala,korang google jela ek..aku tak reti nak bagi koordinat GPS korang.hahahaha..okey,kalau kat pesta buku ni biasanya memang akan penuh dengan orang serius padat.siap ade rombongan cik kiah lagi...kalau korang penah baca entry aku sebelum ni pasal pesta buku ni mesti korang pernah baca pesanan aku bila korang jejakkan kaki kat sana.so,aku tak payah la nak ulang lagi..(malas betul entry aku kali ni) cuma aku nak ingatkan,kalau sampai sana,ati2,jaga barang2 berharga anda.kalau bawak anak kecil,adik2 yang 12 tahun kebawah tu make sure jangan leka sangat dengan segala sales yang ade.nanti tak pasal2 ade kes budak ilang.make sure handphone batery full and ade kredit so time emergency nanti takde la menggagau tak tau nak handle macam mana.

so,korang dah decide nak borong buku apa je?kalau korang tanya aku,memang panjang berjela la list buku2 yang aku nak sambar...makin hari makin bertambah sampai dah over budget.hahaha..kalau taun lepas aku berhabis 200 hengget,taun ni mungkin lebih kot sebab aku nak beli balik buku2 aku yang dah ilang.huhuhu....sedey..tak pasal2 kena beli balik.tapi rasanya untuk book fair kali ni,aku fokus nak terjah 3 or 4 booth je kot..sebab aku ni budget tak banyak kang kalau terjah semua booth kang balik jalan kaki aku.huhu mana tak nya kalau dah kat satu booth je aku boleh berhabis dekat 100 hengget bayangkan la kalau aku terjah 5 booth..500 HENGGET WOIIII!!!!!hahahahaha....kalau la aku banyak duit,memang aku tak kisah..ni nak beli buku pon kena mintak belas ehsan mak ayah aku memang tak la...haha.ni kalau mak aku hulur 300 pon aku dah bersyukur sangat...ohhh ayahnda dan bonda,bantulah anaknda mu ini..aminnnn...hahahahaa..pffftttt sadis betul.tapi untuk book fair kali ni aku nak pastikan sume novel tulisan Hlovate mesti dibeli.ni semua gara-gara orang pinjam tak pulang.apa kata entry kali ni kita main tulis-tulis list buku yang nak dibeli okey tak?hehe..okey,bersiap sedia la untuk melihat keseluruhan list buku yang aku nak beli.list2 ni hanya buat masa sekarang and mungkin akan berubah dari semasa kesemasa ceyhhhh..
okey check it out yawww!!!

Ehemmm ni lah listnye.....:

~Booth Jemari Seni~
  • gurindam jiwa/schubert serenade-Hlovate
  • tunas-Hlovate
  • aA+bB-Hlovate
  • 5 Tahun 5 Bulan-Hlovate
  • Pelangi/Ked story-Hlovate
  • Versus-Hlovate
  • Rooftop Rant-Hlovate
  • Anthem-Hlovate(novel baru)
  • Hlovatinta-Hlovate(limited edition)
  • tentang Dhiya-Syud
~Booth Lejen Fixi~
  • KLCC-fixi(kalau ade lagi)
  • Asrama-fixi
  • murtad-fixi
  • tuhan-fixi
  • pecah-fixi
  • cerpen(shaz johar)-fixi
  • kasino-fixi
  • langit nan gelap-lejen
  • bau semangat anak muda-lejen
  • rokok nan sebatang-lejen
  • kolonial mimpi-lejen
  • sperma cinta-lejen
  • lelaki eksistensial-lejen
  • diorama eksisten-lejen
~lain2:
  • seksi ovari
  • langit vanila
  • dajjal
  • Kuala Lumpur - Berlin
  • Perahu Kertas
  • Negara 5 menara


and banyak lagi...hurmmmm banyak kan list aku..aku pon naik seram tengok..huhu..aku tak tahu la kenapa tapi aku memang tak boleh nak halang nafsu membeli aku ni.dengar je orang review buku-buku yang best2 semua aku nak beli jugak.tak padan dengan tak de duit kan.hahaha....aku ni kalau dah dapat beli buku yang aku nak memang senyum sampai ke telinga.dah macam kena pinang dengan anak raja.hahaha.mungkin sebab aku ni kan single,takde komitmen apa2 so,buku ni la peneman aku dikala sunyi.baik bercinta dengan buku,tak de la sakit ati sangat.sakit ati pon kalau cerita buku tu tak best.hahaha...korang pon mesti ade list buku2 yang korang nak beli jugak kan.so,aku ucapkan selamat berbelanja...semoga kita sama2 dapat apa yang kita cari.hehehe...okeylah aku lapar giler ni.cuaca pulak dah macam kat scotland.sejuk,dingin tak hengat.so,alangkah molek kiranya aku ke dapo memasak sesuatu untuk dimakan kejap lagi.so,selamat membaca,selamat berpesta buku dan selamat mengundi uolsssssss......

#Sayangi Buku Yakini Book Fair Lawati PWTC! Have fun!!!!!

Tuesday, April 16, 2013

contengan jalanan..

salam..
dah lama berhajat nak review buku kesayangan aku lagi-lagi karya Hlovate.so,after aku follow twt_buku kat twitter,aku telah rela hati untuk review kan buku tu sebab aku rasa semua patut baca buku tu.sebab bagi aku,contengan jalanan bukan tipikal novel bahasa melayu.bukan la aku cakap novel melayu ni tak bagus...aku pon memang pembaca tegar novel berbahasa melayu tetapi novel contengan jalanan ni memang totally diffrent.dari jalan cerita,plot,semuanya tak sama macam novel-novel bahasa melayu yang sedia ada dipasaran.

okey,berbalik kepada novel "Contengan Jalanan" ni,novel ni mengisahkan tentang perjalanan dua orang remaja yang merupakan sahabat baik sejak kecil yang cuba mencari arah tuju kehidupan.mencari haluan hidup yang sebenar.Fend atau nama sebenarnya Afendy,seorang pelajar jurusan fotografi yang sangat cintakan bidang muzik hinggakan sentiasa mengusung gitar Fender kesayangannya kemana saja.selalu mengadakan jamming session dengan kawan2 baik dia waktu sekolah menengah dan membentuk band yg dinamakan Creepy Hues.K2(sebut as K-square) atau nama sebenarnya Ku Kamaruzaman pelajar jurusan art design,sgt meminati muzik dan pandai bermain hampir kesemua jenis alat muzik.selain minat muzik,K2 suka membaca dan kedai buku adalah rumah keduanya selepas studio nya.

kisah ni terbahagi kepada dua bahagian.kisah Fend dan kisah K2.segalanya bermula dengan Fend.bertembung dgn seorang gadis di suatu event,dan kerap bertembung dengan gadis tu sehinggalah pada suatu ketika,si gadis menyerahkan cd kepada Fend.CD itulah salah satu faktor yang membawa kepada proses pencarian dan perubahan diri Fend.berbagpacking di Sydney waktu bulan ramadhan bersama sepupunya Chad benar2 membuka hati Fend.selepas kematian Chad,Fend berubah sepenuhnya dan seterusnya cuba menarik sahabat baiknya K2 untuk sama-sama berubah kearah kebaikkan sebelum terlambat.

kisah K2 berbeza sikit daripada Fend.tapi masih lagi tentang pencarian hidup seorang anak muda untuk menjadi lebih baik.CD The 11th hours di tangan Fend diserahkan kepada K2 dengan harapan K2 dapat melihat apa yang cuba disampaikan oleh video tersebut.Fend turut membawa K2 bagpacking di Sydney tempat yang sama dia dan Chad pergi dan akhirnya membawa perubahan yang baik untuk Fend dan Chad.tapi,hati K2 masih tak mampu menerima dan dia sendirian membawa diri ke Jakarta.selepas bertemu Indra,teman barunya sepanjang pengembaraannya di Jakarta dan akhirnya membuka pintu hatinya dan akhirnya,dia menemui apa yang dicarinya selama ni.

kalau korang semua baca novel ni,banyak diselitkan pasal muzik.indie,rock,classical semua ada.bagi pencinta muzik,anda pasti tertarik dengan cara penulis ni bercerita mengenai muzik serta sejarahnya.boleh dikatakan,ianya seakan mini wikipedia tentang muzik.tak semua orang tau tentang Butterfingers,Koffin Kanser,R.O.T.T.W magazine,Metallica etc..penceritaan tentang muzik umpama menonton The School of Rock lakonan Jack Black.maklumat yang sangat berinformasi.sedikit sebanyak memberi pengetahuan am secara tak langsung untuk sesiapa yang membacanya.disebalik penceritaan tentang muzik moden,turut terselit pendedahan/penceritaan tentang topik2 yang menyentuh tentang keagamaan.hadis2,potongan ayat quran ianya sangat membantu menyerlahkan lagi jalan cerita.sebagai pembaca,segala hadis yang diselitkan mampu memberi kesedaran dan membuka mata para pembaca.pendek kata,sambil berhibur and menambah maklumat duniawi,penulis tetap tak lupa menjalankan fardhu kifayah dengan menyelitkan info mengenai agama,hadis,dan pelbagai nasihat keagamaan.

penulis turut menyampaikan mesej dakwah dengan cara yang tersendiri.setiap manusia boleh berubah tapi ianya kena bergantung kepada diri sendiri.selain itu,penulis turut menyelitkan nota kaki di beberapa muka surat bagi memudahkan pembaca mengetahui tentang apa yang ditulis oleh penulis.tak semua novel berbahasa melayu yang memuatkan nota kaki atau glosari bagi memudahkan pembaca untuk memahami sesetengah perkataan/maklumat yang dibacanya.mutiara kata yang diselitkan disetiap hujung bab turut menarik perhatian.tetapi,dalam banyak2 mutira kata yang diselitkan,satu kata-kata mengenai The 11th hours sangat memberikan kesan is "The man who that decided to change on the twelth hours dies on the eleventh".

mungkin review aku ni tak best sangat but trust me this novel is superb.penuh dengan ilmu,pengajaran,yang sangat berguna dunia dan akhirat.tak keterlaluan untuk aku katakan buku ni merupakan salah satu MUST READ book terutamanya untuk para remaja/belia.santai,menghiburkan tetapi sarat dengan ilmu,pengajaran dan dakwah yang mampu diterima golongan muda.buku ni bukan sebarangan novel,penuh dengan maksud tersurat dan tersirat.pembaca perlu betul2 menghayati dan memdalami setiap apa yang dibaca sebab tak semua orang mentafsir benda yang sama seperti apa yang ingin di sampaikan oleh penulis.so,kepada bakal pembaca,cubalah hayati harya ini sebaiknya sebab tak rugi kita menghargai buku ni sebab ianya sarat dengan ilmu,nasihat,panduan dan mampu memberi impak positif kepada anda.~Happy Reading.