Showing posts with label aku dan kehidupanku. Show all posts
Showing posts with label aku dan kehidupanku. Show all posts

Friday, May 10, 2013

My Love..My Kesayangan..

salam..
dah lewat tapi aku masih tak rasa mengantuk..tapi,benda macam ni memang normal sesangat untuk aku.selagi belum jejak 2-3 pagi,memang susah sangat mata ni nak terpejam.hurmm..so,apa jek yang aku nak taip untuk entry kali ini?tapi yang penting ni bukan entry jiwang-jiwang.jadahnya la aku nak taip entry jiwang-jiwang,dah sah-sah aku ni sekarang single.lain la kalau aku ni in relationship..logik la jugak kan kalau dok buat entry jiwang jek.miahaha..tajuk entry aku tu saja je konon-konon nak bagi gempak biar orang baca..#ehh..ecehhhcehh..kalau korang perasan lately ni aku banyak buat entry pasal buku..bukan apa,kawan-kawan rapat aku tau aku ni memang boleh tahan jugak la obses dengan buku..so,daripada aku buat entry-entry meroyan,baik aku buat entry pasal benda yang aku suka.mana la tau,sikit sebanyak boleh membantu menambahkan minat untuk membaca buku kat sapa-sapa yang baca blog aku nih.*bajet macam feymes jek blog aku nih*miahahaha...

aku memang suka membaca..dan menulis..selain dari membaking anda memasak.aku dari sekolah rendah lagi suka membaca..ade la jugak koleksi buku-buku cerita kanak-kanak.tapi mostly buku-buku yang aku baca,aku pinjam dari library.tapi bila dah masuk sekolah menengah,barulah genre bahan bacaan aku berkembang pesat.bermula dengan bahan bacaan ringan macam magazine and komik.pastu aku terjerat dengan dunia novel.lama jugak aku hidup bertemankan novel.tapi aku mula membeli sendiri buku-buku aku masa aku lepas SPM.tapi sayangnya..koleksi novel terawal aku sudah hilang..dipinjam rakan dan tidak dipulangkan..sedih..tapi takpela,hope nanti aku boleh beli balik buku-buku yang dah ilang tu.so,korang nak tengok tak koleksi novel2 aku?hahaha...
~ni la separuh dari koleksi novel2 aku.separuh hokeyhhh!!sebab separuh lagi dah hilang sebab kes pinjam tak pulang.sabar jela.kalau korang perasan,novel2 aku mostly daripada terbitan Jemari Seni.aku memang suka novel2 Jemari Seni terutamanya tulisan Hlovate,Syud and Pingu Toha.~


~okey,yang ni pulak koleksi buku2 yang agak ilmiah..huhu.aku suka buku2 berbahasa melayu sebab penguasaan bahasa inggeris aku agak lemah so,untuk mengelakkan beli buku yang tak dibaca mcm buku yang belah kiri tu,so ade baiknya aku beli sahaja buku bahasa melayu.~



~chanchan..ni pulak koleksi buku/majalah masakkan aku.yang ni memang 100% english magazine/book.sebabnya,resepi matsalleh ni memang diyakini memang menjadi.aku dah pernah try resepi kat majalah2 melayu ni..tapi kebanyakkannya hanyalah indah khabar dari rupa.hurmm...semua kek/dessert yang aku buat kebanyakkan berpandukkan majalah2/buku ni la selain dari internet.~


 
~ni koleksi komik aku yang tak seberapa.aku bukan la hardcore baca komik tapi kalau datang mood nak baca tu,memang mencari jugak la komik2 yang best.tapi personal faveret aku komik2 karya Zint,Keith and Kaoru.sape dorang?ce google..malas la pulak nk cite riwayat idup dorang.miahahaha~


hurmm...takde la banyak sangat kan koleksi buku-buku aku.aku ni kalau ikutkan memang aku nak je penuhkan bilik aku tu dengan buku-buku.tapi apekan daya,aku masih lagi belum bekerjaya.so,sumber kewangan untuk membeli buku tu memang terhad.mostly buku-buku yang aku beli ni aku guna duit raya and duit upah tolong mak aku buat kek.aku rasa kalau aku ni kerja stock gaji riban-riban memang penuhla buku kat bilik aku.silap-silap dah boleh buat library.miahahaha..memang tu la impian aku..nak ade mini library kat umah.nanti,one day if aku dah kawen,dah ade rumah sendiri,memang aku nak buat satu mini library dalam rumah aku.tu pun tengok jugak la besar mana rumah aku.kalau rumah biasa2 je,maybe aku nak wat reading area je.wahhh...kemain lagik impian..hahaha..tak salah nak berangan kan.lagi2 bila angan-angan kan benda yang berfaedah.heheheaku ni bukan apa,bagi aku kalau membaca,lagi2 kalau baca buku fiksyen la macam novel tu,aku suka baca cerita yang tak berat sangat konfliknya.tapi tengok jugak keadaan aku.senang cite,aku membaca mengikut genre yang sesuai dengan mood aku waktu tu.kalau mood aku tengah happy,aku tak kisah nak baca buku2 yang ceritanya agak berat.terutama macam buku2 ilmiah contohnya.tapi kalau mood aku tak berapa okey,aku akan cuba baca buku yang lebih ringan and santai.kalau baca novel cinta pon,nak baca cerita yang konflik dia tak mengarut sangat.yang penting lepas baca tu,boleh tolong betulkan mood aku time tu.hehehehe..

tapi kebiasannya,aku akan pastikan aku akan membaca dalam sehari.paling kurang pon bacaa magazine or newspaper.tapi aku tak suka baca online newspaper..sebab tak best.miahahaha...kawan-kawan aku selalu cakap aku ni minah wiki,minah google sampaikan kalau dorang malas nak google pasal satu benda or isu,semua tembak dok tanya aku.bagi dorang,aku ni tau semua benda..hahaha...padahal aku sama jek macam dorang cuma tak dinafikan aku memang suka baca wikipedia.kalau ada benda yang aku wondering even sekecil-kecil benda pon aku akan bukak wiki.aku bukan apa,mungkin disebabkan aku membaca,so memudahkan and memberikan aku sedikit bonus la dalam general knowledge nih.walaupun hakikatnya aku bukanlah manusia yang serba tau..ade banyak lagi benda yang dorang lagi tahu daripada aku.masing-masing kan ade kebolehan/kelebihan masing-masing betul tak.hehehe..okeylah..aku sebenarnya beberapa saat tadi rasa macam lost..tak tahu nak taip apa..ingatkan nak taip panjang lagi.tapi tiba-tiba rasa macam idea tuh lari hilang dengan tiba-tiba..ecehhhh..kemain lagi berfalsafah di awal  pagi.hahaha..tak pe,aku rasa entry ni aku akan buat part two kot esok.tu pun bergantungla pada tahap kerajinan aku esok.kalau rajin,aku taip..kalau tak tunggu jela waktu rajin aku tu sampai dengan sendirinya.miahahaha..oohhh by the way,esok pukul 5-7pm akan ade Buku Jalanan Bangi kat Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.so,sape2 yang free esok boleh la singgah.aku personally tak pernah pon lagi pergi buku jalanan ni.tapi aku boleh gerenti event ni memang best.lagi2 untuk sape2 yang minat dengan buku,puisi,seni and macam2 lagi.so selamat berbuku jalanan esok.so,tu saje entry untuk pagi ni..jumpe lagi di lain entry.miahahahaha...salam..selamat peniduran...

Wednesday, March 6, 2013

It's Over....

sad..tapi itu lah yang dah jadi...perkenalan selama almost 4 years akhirnya end up begitu sahaja.di pihak dia,alasannya beliau dah penat bercinta katenya la...di pihak aku,aku memang tak jangka kitorang akan end up macam ni.mungkin salah aku yang terlalu mengharap pengakhiran kisah cinta ni sama macam snow white,cinderalla,kisah2 romantis dalam novel..sampai aku terlupa,kita hidup dalam dunia realiti yang sememangnya tidak menjanjikan kebahagian or kemanisan yang berpanjangan.mesti akan ade sikit2 halangan or masalah.salah aku sebab deny realiti yang sepatutnya aku kena aware dari dulu lagi.mungkin masa aku aku sendiri tenggelam dalam dunia indah waktu bercinta..mungkin..memang betul la kata orang,bile bercinta semuanya nampak indah..semuanya nampak realistik.janji dia yang mintak aku tunggu dia lagi dua tahun tu nampaknya hanya tinggal janji.mungkin waktu berjanji tu,niat dia cuma nak aku rasa selamat or nak aku trust him.yes, aku sangat trust dia.sebab tu aku tak pernah terniat pon nak flirting2 or cari back up plan sebab aku yakin,aku terlalu yakin yang he's my Mr Right.that was my fault.am not supposed to think that way.now,ianya dah berjaya memakan diri aku sendiri.thank god i still have friends yang always support aku and bagi semangat kat aku.honestly,aku bukanlah kecewa sangat.tapi aku rasa sakit..sakit yang teramat sangat.sakit yang...hurmmm..rasa macam kau toreh hati kau guna pisau belati yang tajam,dah hiris tu kau renjiskan air limau or taburkan garam kat atas luka tu.extrem pulak aku punye analogi.tapi,memang sakit...sakit sangat...sebabnya,kitorang tak pernah sekali pun bergaduh mulut ke gado2 mesej ke or main ugut2 nak break.tapi..end up kami break.atau dalam erti kate yang agak pedih lagi terluka,akhirnya aku kena dump!huhuhu..tragis..sungguh tragis walaupun tak setragis ombak rindu atau adam hawa..apekah...?pppfffttt...hari first aku kena dump,memang la aku nangis.aku sayang gila kat dia kot.haruslah nangis ala2 tak boleh nak terima hakikat yang kitorang dah break.sambil nangis tu,aku siap set music background lagi.lagu,haruslah lagu Adele "Don't you remember".hambek kau,lirik and melody lagu memang ngam2 mengikut tema time tu.aku nangis dari pukul 2.30 petang sampai la aku tertido..aku terjaga balik dalam pukul 4.30.pastu kawan aku ajak aku pergi kolej and aku pon ikut ke kolej and lepak kat konti dengan kawan2 aku.sempatlah aku gelak2 seround dua.sambil gelak2 sambil aku baca kitab terfaktab.that time,kitab terfaktab memang membantu aku sikit nak solve kan kesedihan aku time tu.dah balik dari kolej,kawan aku ajak pergi maen badminton kat semenyih.aku memang tak nak main tapi aku tetap ikut gak sebab aku tak nak layan emo sorang2 kat umah.aku nak move on..aku memang dah tekad yang aku nak move on and try lupekan ape yang dah jadi between us.tapi,nak dijadikan cerita,sepanjang perjalanan dari bandar seri putra ke semenyih tuh,memang aku dok nangis beria kat dalam kereta.sampai kawan2 aku pon dah tak ley nak kata ape.hari first break memang kompem la keja asyik nangis jek.tapi nasib baek mata aku nih jenis tak nampak sangat bengkak even ko nangis 24 hours.aktiviti aku seharian tu memang sikit nangis..sikit layan emo dengar lagu2 yang meruntun jiwa..gituwwww....tapi bukan la lagu2 spring,slam,screen,scoin,and segala menatang kumpulan jiwang 90'an.kemain,dah sedey2 pon demand nak dengar lagu omputih jek.hari tu jek dekat doploh kali aku repeat dengar lagu Adele yang Don't You Remember.

esoknya pon aku buat aktiviti yang lebih kurang...baca Kitab Terfaktab sambil dengar lagu,sambil nangis,sambil ingat kat dia..sambil nangis lagi..dan lagi...dan lagi...ehhh..wait..tak la nangis sahaja.cume emo,sebak gitu la..baca mesej dia or tgk nama dia kat hp mesti terus rasa nak nanges. hari kedua punya playlist lagu aku ade sikit perubahan.hari tu aku start dengar jugak lagu melayu...tapi aku cuma dengar lagu Ahmad Dhani n KRU yang duet ngan Indigo tu.tapi hari kedua tu aku dah kurang emo..am try to be cool..pppfffftttt...tapi aku still ingat kat dia.gila lah kalau boleh lupekan orang yang kau kenal and sayang lebih dari 3 tahun tu dalam masa 24 jam.gila heratless hati kau.aku,memanga agak heartless tapi kalau dengan dia ni,aku tak boleh...dengan dia aku jadi sangat lemah.entahlah..aku memang dah lama sedar aku memang mengada sikit kalau ngan dia.aku pedulik hape sebab masa tu aku tau dia sayang aku and aku pon sayang dia.tapi...........sampai detik ni,saat ni aku memang tak pernah sesaat pon lupekan dia.honestly,sewaktu entry ni ditaip,masih lagi terdapat setitis dua air mata yang menitik atas keyboard nih.walaupun dia yang dump aku,tapi aku tak marahkan dia and aku tak boleh nak bencikan dia.impak dia yang kuat kat aku.nasib baek lah aku still lagi boleh berfikiran rasional.kalau ikutkan hati,mau boleh jadi gila kan.nak kena biasakan diri tak ade dia lagi pon agak susah..kalau dulu,every morning dia akan call.time lunch hour and after office hour dia call.ahhh..rindunya aku dengan waktu itu..suaranya,gurau senda,sakatan dia..ahhhh....kenapa lah harus begini pengakhirannya...dan air mata aku masih lagi menitis...aku tak cukup kebal untuk menahan rasa ni..aku tak cukup kebal untuk biarkan diri aku terus kecewa dan terluka.aku tak cukup kuat untuk biarkan dia bahagia dengan orang lain.dan aku memang tak cukup kuat untuk biarkan hati aku ni terbuka untuk mana2 lagi lelaki selepas dia.aku tak nak betray perasaan aku dekat dia..aku nak dia aje yang ade kat hati aku..ahhh..betapa selfish nya aku..ye...aku memang tak rela berkongsi sayang aku untuk dia dengan sapa2 pon.aku nak dia untuk aku sorang saja.sekali lagi aku selfish.ye,bila melibatkan diri dia aku memang selfish.sayang dia terlalu indah untuk aku tinggalkan dan berikan kepada orang lain.aku tak sanggup.aku sedar,ayat aku ni makin lama macam orang yang gila dan tak ade pedoman.tapi,itulah kata hati aku.aku masih lagi rasional...tapi aku masih tak mampu nak lepaskan perasaan aku kat dia.ianya terlalu berharga untuk aku lepaskan.

dan hingga kini,aku masih menangis.menangis kerana aku masih lagi tidak berdaya mendapatkan hatimu dan sayangmu untuk selamanya.izinkan aku berpuitis disini sebab ini sahaja yang mampu aku lakukan.aku dah tertewas untuk mendapatkan mu.aku dah tak berdaya..hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya perasaan aku taktala ini.aku tak sekuat yang kau lihat.aku tak setabah yang kau rasa.luaran memang aku kelihatan tabah,kuat tapi hakikatnya...aku masih lagi insan yang punya hati yang lembut.mudah kan kau lepaskan aku..tapi tak bermakna mudah juga aku lupakn mu.percaya atau tidak,hingga saat ini aku masih lagi berharap..aku masih lagi berharap yang ianya hanya lah gurauan.aku masih lagi berharap kita masih lagi bersama seperti dulu.arhhh...kenapa la susah sangat untuk aku terima hakikat.......

Tuesday, November 13, 2012

Addictions.....

Salam and very good morning..
Cuti sekolah dah start..and me stuck kat umah or lebih tepat lagi terperuk kat dapo.almaklumlah bile musim cuti sekolah ni,semua pakat2 nak wat majlis kenduri kendara..and Alhamdulillah,murah rezeki musim2 cuti walaupun cuaca sekarang ni agak tak menentu.panas terik di siang ari,tapi menjelang petang je hujan turun selebatnya hingga menyebabkan beberapa kawasan sekitar daerah aku ni dilanda banjir yg aku rasa antara yang terburuk seumur idup aku.huhuhuhu...

Sebenarnya dari semalam aku nak sharekn resepi kat blog nih,tapi aku tak tau la apa kena dengan blog aku sebab tak boleh nak upload pic.so,aku tunda la entry yang berkaitan dengan dunia masakkan.hehehehe..

Baeklah,berbalik kepada tajuk entry kat atas tu..hurm,addiction..ape je la yang aku addictkan tu ek.hehehe..hurm,actually lately aku kerap melepak umah nenek aku gara2 astro beyond.akibatnye,aku dah tersangkut nak melayan drama innocent man,matchmaker lovers,2 days 1 night,hello counselor, and byk lagi..hurm,tak lupe Ammar peserta masterchef...hihihihihi..kalau kawan2 rapat aku memang tahu akan keobsesan aku kepada lelaki yang kidal,speacky..aku memang suke sgt tengok lelaki yang memasak lg2 ble dia pegang pisau dengan tangan kiri..awwww...so attractive gituwww...hahahaha...cehh,terok betul aku nih...hahaha..aku sebenarnya tgk masterchef pon sebab Ammar jek.hihihi...bias kn..tapi nak wat macam mana,dah aku minat dia..macam aku dok gilakn Ashraf Muslim dulu.hihihi..tapi,sejak ade one hd,aku still tak berkesempatan nak tengok Running Man..huhu...sedeyhhhhh...tapi tak pela,boleh je download walaupun lagi best klu dapt tgk kat tv.klu download tu feel ilang sikit bile tengok..hehe..

Hurm..lagi satu,lately ni aku memang kemaruk sangat dengan susu HL perisa strawberri.hehehe..macam budak2 kan.tapi aku memang agak ketagih sikit.aku pon xtau sejak bila.tak bagus betul bile addict dengan makanan nih.susah nanti.huhuhu..kenuh la hari hari nak kena beli susu HL..tak kuasa aku nak melayan addiction yang gedik nih.hehe..kadang kadang,ada addiction kita yang kita kena cuba avoid..lagi lagi kalau benda tu boleh menyusahkan diri.jangan dilayan sangat addiction yang mengarut macam addiction aku nih...hehehe...nasib baek beliau tak tau betapa aku addict ngn Ammar and Ashraf muslim..ehhh..wait....jap...dulu,aku suke gile ngn Ashraf muslim,lepas tu Afghan,now Ammar..wa....semua name start from A...hahahahaha...adekah ianyan satu kebetulan yang menarik?muahahahahahahahaha...sah aku angau..bengong jek kepala otak aku nih.memang mengarut betol.hehe..kalau aku cerita kat beliau mesti beliau cuma gelak and malas nak bagi respon sebab malas nak layan perangai pelik aku ni.hehehe...nasib baek la beliau tu jenis yang memahami.dia dah paham betul dengan perangai tak semenggah aku nih.hehehe..

Btw,menaip entry kat iPad ni agak tak berapa best la..almaklumlah,aku nih memang kurang gemar touch screen.tapi nak buat macam mana,ni je la alat yang boleh aku guna untuk mengonlinekan diri.hehehehurm...okeylah,aku pon ade kerja yang menanti..almaklumlah,bile dah duduk umah ni,memang jadi housewife la gamaknyer..muahahaha..bak kata beliau,kene praktis dari sekarang.hehehe...so,see u di next entry..muahahaha...

Thursday, October 18, 2012

PFTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Salam...

erkk...ni bukanlah entry carutan atau ape sahaja yang sama waktu dengannya..i just..hurmm,wondering..kenapa,sometimes persahabatan ita tidak berakhir dengan indahnya.i means,kenapa mesti ada yang ingin merosakkan persahabatan yang sedia ada.kenapa tak cuba mengekalkan persahabatan tu,..dah la bukan senang kita nak memulakan sesebuah ikatan persahabtan tuh,tapi...manusia..memang tak lari dari kesilapan.teguran tu perlu...bincang dulu sebelum ambik apa-apa keputusan...wang ringgit,harta benda boleh dicari..tapi,sekali kita kehilangan sahabat yang baik,belum tentu kita akan senang-senang jumpa pengganti.peringatan ni untuk diri sendiri jugak.dah acap kali aku tengok scene ni terjadi depan mata aku..aku sedih bila tengok orang yang terdekat/kawan2 rapat aku terpaksa hadapi keadaan macam ni.mungkin mereka ade kesilapan masing2,tapi tak rugi kalau kita duduk berbincang secara rasional.semoga mereka2 yang melalui keadaan ni dapat mencuba memperbaiki kesilapan masing2 dan cube menjernihkan semula keadaan.bak kata arwah Ahmad jais.."Hidup Bukan Untuk Derita..


sekian.............

Tuesday, September 18, 2012

business minded

salam..
lama dah tak update..lepas entry pasal diet session tuh terus aku senyap menghilang kan..haha..so,the diet session tuh still lagi aku praktikkan.just aku cuba sesuaikn dengan keadaan la.aku still amik nasi tapi aku kecikkan portion sebab kawan aku cakap jangan terus cut out apa yang kita dah biase makan,tapi just kurangkan sikit2.hehe..so..back to our topic..hurmmm..yeayh thats right.now aku tengah dilanda virus/wabak business minded yang agak ekstrem..kenapa aku cakap ekstrem,sebabnya..aku rase macam feeling nak ade busines sendiri/online business tu makin membuak-buak..tipu la kalau aku kata aku taknak untung.dah nama pon business..dah sah2 business tu mementingkan keuntungan,bukan kebajikan.hehehe tapi sebelum nak buat apa2 business,plan tu penting..sebab tu la business plan is the most important thing before nak start business.tak kan la nak berbusiness main boh je,takde plan betul tak..hehe..kalau ikutkan idea asalnya,aku and best friend aku yang berplanning nak start buat online business.memandangkan kawan aku tuh jenis tangan gadis2..i means,tangan yang kreatif,boleh menjahit,pandai buat kraft and sebagainya..hehe..aku pulak cuma boleh cooking,and baking..not more than that.so,oleh kerana masing2 ade kelbihan yang berbeza,so we decide untuk buat online business based on food and fesyen things..so,untuk raya haji ni,kitorang akan start launching our product.so first batch product for hari raya aidiladha is:

*chocolate moist cake
*steamed fruit cake
*lapis betawi
*blueberry/strawberry cheese tart
*tart shells
*cookies.

tapi so far,aku belum keluarkan sample nya..insyaallah hujung bulan ni kitorang akan start keluarkan iklan,smaple n etc yg berkaitan.for starting,kitotrang tak dapat nak sediakan khidmat delivery.kecuali product yang boleh di kurier.utk food product,kena pick up sendiri kat pick up point.tapi semua details tak boleh la bagitau sekarang..after semua settle i will promote our brand.so stay tune okeyh...doakan segalanya baik2 shaja...can't wait tu see our first batch project.hehe.. wish me luck!

Monday, September 3, 2012

i need to lose my weight!

salam..
setelah sekian lame..baru la aku mengupdatekan jugak blog yang tak seberape ni.
macam tajuk yang terang-terang aku taip kat atas tu,hurmm yup,i need lose some weight..wait a second?some?huhu..i need huge amount to lose my weight..hahaha..kenapa tiba-tiba aku cakap pasal benda ni?sebab....aku terasa aku sangatlah besar gedabak sekarang....huhuhu...tapi,nak buat macam mana,memang salah aku jugak..aku dahla memang suka sangat masak,sangat suka bg orang makan and aku pulak memang sukaaaaaaa sangat makan..yess..am a food lover babeh...hahaha..
ok...berbalik pasal kisah pengdietan aku,aku dh tetap target nk turun 1 KG for a week..huhu..nmpk agak mustahil kan,tapi dalam dunia ni nothing is impposible..so,aku dengan gigihnya bakal mencabar diri aku sendiri untuk lose weight...huhu..kalau aku dapatkan berat masa aku lepas form 5 tu pon aku dha bersyukur.sebab,walaupun masa tu berat aku 70 KG,tapi aku boleh pakai baju size L..hehe..yes,badan aku ni sebebnarnye kecik je sebab aku ni pendek...kate orang putih,pettite..hahaha.huhuhu..

actually,harini ni is the first day for my dieting program..so,for today i mean untill this evening,this is what i ate.

1 mug hot green tea(wthout sugar okeyh)

1 paket vanila wafer

1 glass peel fresh juice(no sugar added)

1 plate of fried beehon with scrmble eggs

huhu..memandangkan aku tak reti nak kira berapa kalori,aku cuma tetapkan untuk setiap menu diet aku,kena ade protien,karbohidrt,n vegie/fruit n a bit sugar.so,for dinner tonite mungkin menu aku pilihan aku untuk malam ni is,

a small bowl tofu and vegie light soup

1 glass of hot lemonade

1-2 glass of plain water

1 pcs fruit

untuk snack pulak,aku makan kurma and plain water sahaja.hehe..kali ni memang aku betul2 berazam nak lose some weight,so guys,wish me luck..see uols kat next entry esok okeyh.,..salam


Friday, June 29, 2012

FRUSTRATED.....

Salam..hai semua..hari ni hari aku telah di mulakan dengan sesuatu yang sangat mengecewakan aku yang teramat sangat..ye...Germany dah kalah..ye..Itali dah menang and jumpe Spain kat final..iye...Germany tak dapat masuk final..aku kecewa...sangat kecewa..sedih...kecewa lagi...hurmm...bola itu bulat..everything can happen..yay,thats right..tapi aku betul2 kecewa..mungkin sebab aku rasakan team Germany untuk Euro kali ni adalah player yang terfitted..hurmmm...tak mengapalah..nak buat macam mana..dah bukan rezeki kan..nevermind...i wouldnt stop support u guys..so,untuk entry kali ni,selain nak meluahkan kekecewaan aku,aku ingat macam nak share resepi la kat blog nih..hurmm...so,mari kita lihat menu for today okayh... victoria sponge rainbow cake.. bahan2 nyer: 175 gram butter 175 gram gula 175 gram tepung naik sendiri(ayak 3 kali) 3 biji telur(gred A) pewarna makanan(ikut suka la nak berapa warna and warna apa) cara2 nyer: pukul butter+gula sampai kembang masukkan telur sebiji demi sebiji tutup mesin,and masukkan tepung sambil kaup balik guna senduk kayu. dah sebati,bahagikan adunan kek kepada beberapa mangkuk kecik and letak la pewarna yang disukai. masukkan dlam loyang bulat@ape saje jenis loyang yang boleh di bakar.bakar smpai habis.
tulah hasil kek yang aku buat..btw,untuk dapatkan byk layer gitu aku telah mendoublekn resepi nih..hikhikhik......kek tu sgt la xbrape nk santekk kan..rase dia,hurmm..boleh ler...oraite..selamat mencuba...

Saturday, June 23, 2012

Terupdate juga akhirnya

Salam...morning guys..wow,sungguh lame aku tak mengupdate malahan aku langsung tak bukak blog aku ni..aku cuma kerap blogwalking je..bukan aku tak sudi,tapi...*ceh,macam lagu Iklim pulak..hehe*alkisahnya,selama aku mendiamkan diri,aku sebenarnya telah memulakan kerjaya sebagai pekerja yang sangat berdedikasi *cehh* di sebuah cafe yang terletak dikawasan milik MASkargo...hahaha..aku kerja kat situ cuma 3bulan je.tapi,dia punya expirience dah macam bertahun aku kerja kat situ.macam-macam ragam manusia aku jumpa/kenal masa aku kerja kat sana..kalau ikut kan,banyak benda tentang pengalaman aku kerja kat sana aku nak kongsikan kat sini..akan tetapi,aku malas nak menaip disebabkna oleh aku mengupdate blog ni menggunakan ipad 3 adik perempuan aku..hurmmm,tapi bukan la hak milik mutlak dia sorang,ipad ni di kongsi seisi keluarga..kan lebih jimat..btul tak?hihi...aku sebenarnya terasa macam nak tulis pasal EURO 2012..tapi aku lebih suka tulis satu entry penuh pasal tu.so,kena la tunggu final euro nanti..hehe..haish,susah la taip guna ipad ni..walaupun aku ade smartphones,tapi hp tu bukan fully touch screen..huhu..rasa awkward sangat bila menaip panjang2 macam ni guna touch screen.hehe..oh ye,lupa nak khabar..memandangkan puasa dah nak dekat,aku and my mom selalu amik tempahan biskut raya..hehe..so,insyaalah,tahun ni tetap akan amik tempahan seperti biasa.tetapi mungkin ade penambahan dari segi jenis makana yang di jual.kalau kebiasaannya,kami hanya menawarkan tempahan untuk biskut tart nenas and london almond.so,berkemungkinan besar tahun ni aku sendiri akan menambahkan koleksi biskut yang sedia ade.tapi masih lagi tak dapat nak dipastikan ape jenis biskut yang bakal diperkenalkan sebab proses R&D belum lagi aku buat.so uols sume kena tunggu la perkembangannya..hehehe..okeylah,sampai sini je coretan aku untuk pagi ni..pagi ni ade match Spain vs France.tapi aku malas nak tengok live..huhu pasal bisness kuih raya tu,aku akan update lagi dalam mase seminggu dua ni,so sabar ye..hehe..okeylah aku nak melenjan ipad ni puas2 before aku kena pulangkan balik kat adik aku,so sweet dream..hehehe

Friday, December 30, 2011

welcome to our crib...

salam..
hai sume...
menjelang 2012 ni,housemate aku telah menambah penghuni baru rumah sewa kami..iaitu dua ekor kura2 yang sangat tomey...tapi kami tak tau nak bagi name ape so,kami sume panggil mereka as a TURE-TURE...hehehe...buat masa sekarang aku tak boleh nak upload pic ture2 tu sebab tadi tak sempat nak snap pic dorang...sekarang ni dorang berenang2 kat dalam akuarium and akuarium tu kitorang letak kat balkoni petang tadi..saje je nak bagi dia rse matahari..hehehe..kami sume berazam akan menjage si ture2 ni dengan sepenuh hati..hehehehe..okeylah,ku tak de idea nak menaip pulak malam ni..jumpe lagi di laen entry..
salam..
good nite..

Tuesday, December 6, 2011

alahai bihun goreng singapore..

salam..
hai readers...cehhh macam ramai jek yang bace entry aku nih...hehhehe..
apa la agaknye men dinner korang ek.hehehe..memandangkan housemate2 aku hari ni masih lagi dalam mode berpuase,maka aku sebagai chef yang tak bertauliah ni sekali lagi mengofferkan diri utk memasak menu berbuka mereka..namun begitu,disebabkan aku terlebih tido petang tadi,hasrat nak masak kan dorang menu yang gempak2 tu terkubur je sebab aku terbangun pon pukul 6.30 PETANG...hehehe..memang tak bagus la anak dara sorang nih..aishh...*sambil geleng2 kepala*.okey2..ermm berbalik kepada cerita bihun goreng aku tadi tuh...so,dalam masa yang sekejap tu aku kene rendam bihun and siapkan bahan yang lain..tapi nasib baek segala jenis cili tuh aku dah blend awal2 semalam.so..bile bihun tuh dh lembut,aku on start la menumis segala bahan..akan tetapi,tak sampai semint aku start masak,aku dah dengar bunyi azan maghrib berkumandng...dak aku panik..alamakkkk sian akwan2 aku nanti.nasib baek dorang kebetulan keluar pergi pasar malam kejap nak beli bende2 sampingan yang laen la tu.tap aku teruskan la jugak memasak..and tepat2 kawan aku balik,bihun goreng singapore aku pon siap...tapi memang rupenye tak menarik langsung la..tapi nasib baek rase nye menpati piawaian aku tu pun lepas puas aku mengadjust...hhehehe..

~kredit pic to auntie google cz tak sempat nak snap2 bagai cz dah lewat nk bagi orang puase makan.heheh~
walaupun rupe dia tak menarik,tapi masih lagi enak untuk dimakan..hehehe..so,moralnye..kalau dah tau nak masak untuk orang berbuka,kene la prepare awal2...kalau tak jadi la macam aku ni..kibut sorang2 kat dapo...aihhh....tak bagus betul..hehehe..okey lah..aku penat dah nak menaip ni sebab nak melayan cerita KITCHEN THE MUSICAL kat NTV7 nih..best wooohhh...hehehhe..okeyla..see u di next entry..
salam...

Thursday, November 24, 2011

TERINGIN NAK TENGOK BOLA LIVE KAT STADIUM...

Salam...salam Jumaat readers...
tadi aku bace blog Cik Epal..bile aku bace je entry dia,aku terus menjerit name BADDROL BAKHTIAR....hahahaha..kronik betul aku ni kan..hahaha..ok3 berbalik pasal entry aku + entry blog Cik Epal tadi.entry beliau berbunyi macam ni..."SIAPA NAK TIKET BOLA MALAYSIA VS BHRAIN?"..hahahahaha...aku memang teruja giler la bace entry tu..tanpa membuang masa terus ikut segala arahan yang diberikan utk membolehkan aku berpeluang utk rasa macam mana feelnyer tgk bola kat stadium..hehehe..walupun aku tak letak harapan yang tinggi,tapi kalau ade rezeki,adela tu...hope CIK EPAL sudi memberikan tiket tu kepada saye...hhhehehe...tapi..kalau lah ditkdirkan aku tak menang contest tu,camne ek nak beli tiket tu?almaklumlah,aku tak pernah beli2 tiket bola ni...tiket train selalu la...hehehh..keylah..aku nk lyn drama kat tv3 nih..best pulak tgk aqasha jd ustaz...suci je muke dia..heheh...ok la...samapai disini dulu...ohh,,before terlupa.selamat menyambut MAAL HIJRAH bg semua kaum muslimin dan muslimat.
salam..

p/s:sorakan utk harimau muda ku ersayang...aummmm...hahahah....go young tigers!!!!!!

Tuesday, November 22, 2011

sweet,sour,bitter and tasteless...

salam...
lame dah tak update pape kat blog ni...entry hari pon sebenarnya entry bosan-bosan jek..bukan ade bende sangat pon yang nak diceritekan..kebosanan terus melande diri ni pabila melihat siaran rancangan televisyen sumenyer macam harem jek..ditambah pulak lak dengan permasalahan yang melanda compaq ku tersayangness..aku rindukn short stories aku yg dalam compaq tu...aku rewrite balik tapi mood aku dah hilang bile mngenangkan compaq ku itu...aishhhh..*sambil dua belah tangan hentak meja*

aishhhh*sekali lagi wat perkara yg same*

so..sebenarnye latly ni aku rajin giler wat blogwalking...aku jalan2 kat blog2 yg feymes2,best2,cantik2 and sedap2..hehehe..mcm biasela aku akan jalan2 usha2 food blogger..bukak blog2 dorang ni wat aku rase envy yg teramat..kaedahnya?pic dlm blog mereka2 itu teramatlah bertaraf antarabangsa tahap tak henggat...muahahahaha..selain tu,aku ade la gak kodek2 blog2 fashion,celebrty blogger and blog2 yang mampu mencuit hati ku..hehhehe....aku pon xlupe gak mengusha blog2 novelis2 yg aku follow dari start dorang publish buku dorang..hehehe..sambil tu aku jugak sebenarnye ngah mencari2 lagi banyak blog2 yang menarik yang boleh aku usha sambil hayati demi mengisi masa yang tak berape nak lapang nih...hehehehe..

aduh...ape je la yg aku bebel nih...tajuk entry laen tapi laen lak entry yg ditulis..aishhh...*ketuk kepale sendiri*..bulan ni aku rase sume perasa yang aku letak kat tajuk tu sume aku dh rase dlm bulan ni..panas,sejuk,suam2 kuku pon aku rse gak dalam bulan ni...pendek kate bulan novembe ni bulan yg full of taste lah kan bak kate mat/minah saleh(bkn ank pak salleh)..hehehehe..

aku sebenarnya malas nak buat ulasan pasal rasa2 ih..cume bende yang paling sweet dalam bulan ni is bile Malaysia menang laan Indonesia mase sea games aritu..seronok giler aku tengok game tu sambil mate aku tak lepas pandang ke arah mr captain yg sweet tuh sape lagi kalau bukan BADDROL BAKHTIAR KU YG TERSAYANGNESS...hehehehe....memang kemaruk habis aku dengan beliau sampai terbawak2 kat mimpi indahku..hahahaha..memang sweet habis...

btw,kalau tak silap malam ni ade games between Malaysia vs Syria kat Bukit Jalil..wahhhh...abg bad adela nanti..i loikeeeeeeeeeee....go baby....u r the best aptain evr..gud luck sayang....hehehehehe....okeylah enough merapu..mesti ramai yg kutuk aku sat lagi..tapi nasib baek la aku bukan blogger feymes..hehehe

ok lah...aku nak melelapkan diri buat seketika sambil feeling macam ade kat stadium sebab nk bersorak demi BADRROL BAKHTIAR yg disayangi..hhehe...go YOUNG TIGERS!!!!

tata... ;)

Sunday, November 13, 2011

fever week..

salam..
this weekend ade 1 cte xbest yg aku rase xnk aku sharekan kat sini..huhu.....and this weekend jugak le aku dilande demam...huuhu...xpela...sakit ni kn penghapus dosa2 kecik..redha jela...anyway..if ade sape2 tau how to get/join mn2 ekspo and sewa tapk for open stall plez inform kat aku ek..aku tgh berkobar-kobar nk join busines yg begitu..lagi2 kalau dapat satu tapak kat flea market...huwoooo tu idaman qalbu tuh...so plz ek reader..hhuhuhu...i rally want make my dreamz come true....k la...badan dh tak larat...kepale lak dh berpinar-pinar jek rase...selamat menjalani hari-hari yang mendatang...salam n gud nite all...;)

Friday, November 11, 2011

sweet november...

salam semua...
lame betul aku tak post ape-ape kat blog ni..aku bukan ape..compaq terayang telah mengalami kerosakkan maka,segala kandungan cerita2 yang aku nak postkn tu tak dapat la nak diselamtkan..huhu..so sad meyh...ni pon aku dapt ehsan housemate aku..beliau sgt murah ati meminjamkn laptop beliau seketika..

tak tau dah nk story pe..oh ye,gh bln november nnt kolej aku ade wat konvo,so msti la ade tapak ekspo..jadi aku dengan beraninya telah cube memohon utk menyewa tapak gerai mase ekspo tu nanti..hermm..ape ek yang aku patot niaga kan??hehehe
setelh aku bermonolog sendirian sambil berbincang dengan rakan-rakan aku yang terdekat,maka aku bercadang untuk cube menjual makanan2 berikut.antaranya:

-red velvet cuppies
-choccake cuppies
-rainbow cakes bar
-mini cheese tarts
-mini tartlet
-mini bread butter puding
-mini shepred pies and assorted pasta
-layer cake,choc cake,or carrot cake

and berkemungkinan,setiap hari akan ade berbeza jnis makanan yg aku akan cube jual..so,if berjaya aku kenalah nk pikir name gerai,harga and etc...huhuhu...amboii..kemain lagik aku bersemangat kan...hahahah..aku bukan ape,aku memang dh lame tunggu saat2 ni...ehehe...bukak mini stall time2 ekspo camni is somethng yg heaven kot....for me la...kos rendah,risiko pon kurang..untung blh thn la..hahahaha...aku i seyesly dh terlebey eksaited..muahahahahaha
yeahhh...welcome to my dreamz world...huhuhu..tapi sayangnya,aku tak dapat nak share cite ni kawan aku yg aku dah anggap macam abg aku sendiri....aku tau beliau ade masalah,tapi beliau bukan jenis yang akan diamkan diri macam ni..this is really not him...hurmm...entahlh...bile dia wat tindakan maam tu aku tau mesti bende tu terlalu berat utk dia terime...takpelah..aku harap beliau dpat jadi mcm beliau yang aku kenal 2 tahun lepas...aminnnnnnn...

ok lah,cite hindustan kat tv2 ni best lak...tp dh nk hbs...tak pelah...semoga semuanya kembali seperti sedia kale..marilah kite menonton tv..tata...salam..

Thursday, March 17, 2011

seandai kau tahu~

salam...salam malam jumaat untuk semua..hehehe..actualy,tonite aku betul-betul tak de idea nak taip ape untuk entry ni..mungkin sebab dah lama sangat aku tak update blog aku ni..hehe...emm..ape ye yg aku nak taip ne sbnrnye...tak kan la nak cite psala period pain lak kan..hahaha....sepatutnyer,bila lame tak update mst byk kn yang nak di ceritekn kat blog ne kan..hehe..tapi entah la..malam ne aku tak berape nak ade mood untuk menaip ape2...ehmmm...mungkin aku kekurangn inspirasi..emm..mungkin la...

so...mesti sape-sape yang bace entry ne akan tanya,pe kaitan ngan tak idea nak menaip dengan title ~ seandai kau tahu ~ tu kan...ehmmm...entahla..mugkin aku dah terkena badi crush dari kawan-kawan aku kot..hahahaha...kelaka kan...aku memang mudah tercrush...kebetulan pulak aku sangat suke lagu David Archuleta ~Crush..hehehe..ok..mybe aku akan talk about singapore...hehehe...my family includes my aunties ajak wat familhy trip ke singapore..n g universal studio end of september ne..hehehe...emmm...mmg xsaba rasenyer nk jejak kaki ke sn....yippie.....tapi byk preparation nk kne wat...terutamanya dr segi kewangan..huhuhu..tapi....singapore ne xde kene mengena pon ngn entry aku ne...hahaha...see..nampak sgt tak de idea..huhuhu...

emm....seandai kau tahu tu aku terjemahkn tentang perasaan aku sekarang...perasaan aku kat orang yang aku suka dari dulu lagi...dah lame aku terputus hubungan dgn dia..tapi,believe it or not,aku still ingat lagi no telefon umah dia...lepas dia sambung belajar dekat UiTM cawangan Sabah,aku ngn dye terputus gitu je...dr benci dan bermusuh,kitorg jadi kawan..tp bukan la best friend..tapi kawang yang membawa kpd crush aku kat dye..aku rase dye tau aku crush ngn dye..tp dye still layan aku ngn baik..family dye especially mak dye n adik dye dh knl aku..n his mum pon dh mcm bg green light kat aku..huhuhu..tapi....mungkin bukan jodoh kami...

emmm...kalau lah di takdirkan satu hari nanti aku dapat jumpe balik dengan dia...satu je yang aku nak cakap kat dia...

untuk si dia....
~seandai kau tahu...
apa yang ku mahu..
mahukah dirimu...
untuk mendekatiku...
dan aku tak bisa...
memaksa dirimu...
walau dalam tidur..
ku kan menantimu...
hingga akhir nanti....

p/s:entry penuh dengan kekeliruan dan tanda tanya..hehehe

Sunday, March 13, 2011

~happy besday....

salam uols....dah lame rasenyer aku tak update blog ne kan...hehehe...maafla,last week memang agak busy ckit.almaklumlah,dah start cuti sekolah..semua orang sebok nak kawin..aku lah yang bz tok menyiapkan temphan kek dan agar2 utk dorg wat hantaran..arini 13/3 ari jadi adik aku..semalam 12/3 ari jadi best frend aku..si semut tuh..hahaha...sian semut..angkara kesibukkan aku yang melampau waktu tu,xdapat aku nak wish n melayan free call dia...sian beliau...tp ape boleh wat..dh waktu 2 tempahan menghampiri dateline nyer so aku memang sgt dan teramat bz skali...sklali lagi maafkanlah..ku x bisa....hahahahaha.....

so,aku ni sebenarnyer bru je pas hbs sambut besday adik aku ngn cousin aku....kitorg wat mkn2 kat umah nenek aku...semua blik..sop...bile sume blik,phm2 jela suasanenyer...teramat dan tersangatlah bisingnyer...hahaha..almaklumlah...cousin2 aku yang ne majoriti kanak2 bwh 12 tahun..hahaha....so...memang kecoh and excited nk menyambut besday ne..walaupun xde kek yang besar tapi bila dh ramai2 tu xterase ape...kitorng tadi makan dalam dulang beramai-ramai...tradisi orng jawa mkn dlm dulang....budak2 dulng lain...mak bapak dulang lain...hehehe...so bila dh b'kumpul 2,smbil mkn smbil bergosip...hehehe...walaupun dok dkt,tp bknnyer slalu dpt mkn ramai2..so..mmg bingit giler tadi...hhaha...makan nasi arab sampai xmuat perut nk di isi..hehe...masing2 kekeyangan..tapi sempat lagi dorng bermain futsal di ruang tamu nenek aku..smpai menjerit2 makcik2 aku...apela dorng ne..hahaha...name pon budak2...biasela tu..hehehe..

hehehe..okey lah cousin2 aku ngah beratur tggu turn nak gne lappy n broadbnd ne..so...see you all di next entry k....salam..nitezzzzzzzzzz....

Wednesday, March 9, 2011

macam-macam hal..

salam uols...hari ni agak lambat aku mengupdate blog.dan aku pon xsngke bila ade orang yang bertanye"bila nk update status,xsabar nak baca"..wahh..agak terharu disitu cz before this xde sape pon pernah nak tanya pasal blog aku yang xseberapa ni.hehe..hari ni pulak aku,agak busy membuat kek..entry aku kali ne agak menarik dan memang kalau di ingat balik citer ni memang tragis la....ceritenyer bermula macam ni...

Selasa..hari tu,aku telah disuruh oleh mak aku untuk pergi ke pekan Banting untuk tolong bayarkan saman dan membeli beberapa barangan keperluan bagi membuat kek.aku dengan berat hatinyer mengnggukkn kepala sambil mengambil duit dari tangan mak aku.dengan keadaan yang mamai,aku pun menyambung semula tidurku yang agak terganggu..(padahal masa tu dah pukul 7 pg..)hehehe...aku pun terlena dengan begitu lena bak kate Izawan Pilus,Indah lelapku..memang indah pon..sampai la bapak aku mula melontarkan vokal sehebat Jamal Abdillah..."B...KO XRETI NAK BANGUN KE?DAH PKUL 10 NI...DH LA XKEJE..TDO JE...KAN MAK KO SURUH PERGI BANTING..NANTI ORG KAT PEJABAT POS RAMAI."begitu bait2 kata ayah aku..dan aku pun terus menjawab dengan suara macam orang pas pekena ganja.."ALA AYAH NI,KAN TGH CUTI...BILA LG NAK MERASA BGUN LMBT..KEJAP LAGI ORG PEGI LA PJBT POS 2.."hehehe...tapi lepas tu aku memang terus bangun la..malas nak bising-bising lagipun mentari di luar tu boleh tahan gak bahangnyer.so kalau sambung tido pon dah xde feel...hehe..so,aku pon mula kan sesi sapu menyapu,basuh membasuh..tapi,sesi masak memasak aku tunda coz tibe-tibe aku de planning baek punyer untuk mengajak adik aku yang bongsu join g Banting tu walaupun aku tau dye tgk dlm musin ujian bulanan..(eleh macam la dye baca buku kn..)dan aku pun menunggu detik adik aku tu balik sekolah sambil tegok citer korea All About Eve kat NTV7..huhuhu...hbs je citer tu..adik aku pon muncul dpn pintu sambil wat muka lapo...(balik je nk mkn)huhuhu..

aku sebagai kakak yg prihatin(bila ade keperluan je..hehehe)pon mule memaniskn muka dengan berkate"AN,JOM LA TEMAN AKU G BANTING,MAK SURUH BAYARKAN SAMAN NGN BELI BARANG KEK"
Adik aku pulak menjawab dgn nada yakuza.."AKU MALAS LAH..PENAT..DAH LA BARU BALIK..AKU LAPO NE.."
dalam ati aku..e'eleh..kerek ek ko...dan aku menjawab lagi.."ALA JOMLA..NANTI AKU BELANJA KO KFC..AKU XMASAK SEBAB NAK BELANJA KO LA NI"(padahal duit pon xde..hahaha)
adik aku pon terus tuka mimik muka boring kepada suke..haha...senang je nak pujuk adik aku yang sorang ni..hehe..so aku ngn adik aku pon bersiap-siap coz kitorng nak kena tggu bus..almaklumlah aku ne pencinta kenderaan awam..hahahaha...lbih kurang pkul 2.15 ptg aku pon kuar melintas jalan utk tgu bus...nsib baik bas yg aku tunggu tak lama macam selalu..dalam 2.30 bas pon datang...aku dan adik aku bayar tambang rm1.70 utk pergi ke pekan banting(zmn aku sekolah 1.30 je..)huhuuh...so..smpai je kat pekan banting tu,aku ngn adik aku kena menapak berjalan kaki sejauh lbh kurng 350meter untuk menuju ke pejabat pos...dikala matahari panas terik,kami gagahi jua...cewahhh..hahaha...sampai je kat pejabat pos aku dah bingung utk amik no..nk tekan A ke B...emm...aku akui tu la kali pertama aku pergi pejabat pos utk bayar saman.selalu cuma beli setem ngn sampul pos ekspress..hehe..dan...nak di jadikan citer,no gilirn aku 2146 dan no skrg kat kaunter 2133..bayangkan..berapa lama aku kena tunggu...aku tekan no 2 pukul 2.59ptg...

aku pon menjadi insan dan rakyat yg sabar menunggu dan terus menunggu walaupon adik aku dah mula merungut.aku pon bengan gak..tapi nasib baek pejbt pos 2 sejuk dgn aircond..so,ati aku xla sepanas cuaca diluar..hehehe..dan turn aku pon sampai tepat jam 4ptg....lama gilerrr....aku pon dgn muka lega pergila ke kaunter 1 utk membuat pembayaran...tetapi...rupenyer....
"kak,saya nak bayar saman"
"dik,saman kat kaunter sebelah ek"
oh yeke...maaf...."
hehehehe...aku pon g la ke kaunter sebelah dan memulakan urusan membayar sman yang cuma rm30 je...di ulang RM30 JE!haha...aku pun tunggu lagi petugas tu menggodam kompute rdye..lpas 15 minit berdiri,pegawai tu pon kata...
"maaf dik,sistem ne xleh online la...ade mslh ckit...dtg esok ye.."
"oh yeke...xpela kalu mcam tu"
dgn senyuman yang terpaksa aku pon berlalu pergi dgn adik aku...kel;uar je pejabat pos tu...satu je kate2 yang dapat aku ucapkan.."DAMN"!dan adik aku pon mula wat muka boring...tu tndenyer dye lapa...so,aku pon membawa adik aku mkn di mapley je dgn sebab memang aku xde duit pon nk blnje KFC..dye pon wat muka menyampah smbil berkata..
"KO SIOT LA B...PANDAI KAU PANCING AKU..KFC LA..MENYESAL AKU IKUT..DAH LA DUDUK LAME KAT PEJABAT POS MACAM ORG BODO..KO MMG!"pedih....tapi aku gelak je smbil luku kepala dye...hehehe

dan malam tu..aku sangat penat sampai tak mampu nak on9.aku cuma tgk rncgn HALAQAH kat TV9.tjuk mlm 2 mmg best..psl YAHUDI..so aku sarankn korg tgk la siaran ulangn nyer hari isnin pagi(masa xpasti bila)kat TV9..so...tu je entry aku tok malam ne..jmpe lg di laen entry..nitez...see ya...

Thursday, March 3, 2011

Bila aku mula bosan..

salam jumaat uols..hai...so,bertemu lagi kita dlm entry edisi hari jumaat waktu kaum adam sedang sibuk pergi munanikan solat jumaat di masjid-masjid yang berhampiran..hehehe..

so...entry aku hari ni bunyi macam keras je kan....hahaha...semalam pulak entry agak mellow-mellow macam marshamellow dalam hot choclate..huhu..yummy...ish...melencong pulak aku ne..haha..entry aku semalam nampaknye banyak memberi impak positif kat aku cz rata-rata mereka yang baca semalam agak tertarik dengan celoteh aku walaupun agak panjang ceritera aku pada entry tu..hehe..sori atas kepanjangan yang melampau itu..hehe..

so,berbalik kepada entry bosan aku hari ni...honestly aku memang cukup boring sekarang..hidup aku penuh dengan keblurran..aku bukan la bermaksud dah bosan dengan hidup..aku cuma rasa bosan dengan suasana persekitaran kehidupan aku sekarang..seyesly macam tak berapa nak terurus..mungkin sebab aku asyik buat rutin yang sama setiap hari sampai aku sendiri dah naik jelak..huhu...dan aku bila dah mula bosan aku hanya mampu untuk mendengar lagu,menonton drama kegemaran dan membaca novel kesukaan aku..itu jela cara aku lepaskan perasaan boring aku.mesti korang pon boring kan dengan rutin hidup aku..kawan-kawan aku yang rapat pon dah paham sangat dengan rutin harian aku terutamanya waktu cuti sem macam ni..huhuhu sadis lagi tragis perjalanan hidup aku waktu cuti ne..ape tidaknya,takde nyer istilah nak ber"HANGOUT" dengan kawan-kawan..kalau ada pon mungkin 2 atau 3 kali je dalam tempaoh masa hampir 2 bulan bercuti..huhu..

tapi..nak buat macam mana..walau boring macam mana pun aku memang tak boleh nak buat ape..uhuhuhu...dan bila aku dah mula bosan,mende yang same jugak aku buat..hahahaha...so,cara idup aku memang sangat dan agak membosanklan bagi sesetengah orang..tapi untuk aku....emm..terpakselah aku move on jugak...nak wat cmne..dah ini jalan yang aku pilih....

emmm...so...enough for today...dah xberapa nak ade idea untuk menaip..lagipun malas nk taip byk2 nnt xde orang nak bace pulak..hehe..ok la...see u 4 the next entry...hve a nice day....see ya...