Tuesday, April 16, 2013

contengan jalanan..

salam..
dah lama berhajat nak review buku kesayangan aku lagi-lagi karya Hlovate.so,after aku follow twt_buku kat twitter,aku telah rela hati untuk review kan buku tu sebab aku rasa semua patut baca buku tu.sebab bagi aku,contengan jalanan bukan tipikal novel bahasa melayu.bukan la aku cakap novel melayu ni tak bagus...aku pon memang pembaca tegar novel berbahasa melayu tetapi novel contengan jalanan ni memang totally diffrent.dari jalan cerita,plot,semuanya tak sama macam novel-novel bahasa melayu yang sedia ada dipasaran.

okey,berbalik kepada novel "Contengan Jalanan" ni,novel ni mengisahkan tentang perjalanan dua orang remaja yang merupakan sahabat baik sejak kecil yang cuba mencari arah tuju kehidupan.mencari haluan hidup yang sebenar.Fend atau nama sebenarnya Afendy,seorang pelajar jurusan fotografi yang sangat cintakan bidang muzik hinggakan sentiasa mengusung gitar Fender kesayangannya kemana saja.selalu mengadakan jamming session dengan kawan2 baik dia waktu sekolah menengah dan membentuk band yg dinamakan Creepy Hues.K2(sebut as K-square) atau nama sebenarnya Ku Kamaruzaman pelajar jurusan art design,sgt meminati muzik dan pandai bermain hampir kesemua jenis alat muzik.selain minat muzik,K2 suka membaca dan kedai buku adalah rumah keduanya selepas studio nya.

kisah ni terbahagi kepada dua bahagian.kisah Fend dan kisah K2.segalanya bermula dengan Fend.bertembung dgn seorang gadis di suatu event,dan kerap bertembung dengan gadis tu sehinggalah pada suatu ketika,si gadis menyerahkan cd kepada Fend.CD itulah salah satu faktor yang membawa kepada proses pencarian dan perubahan diri Fend.berbagpacking di Sydney waktu bulan ramadhan bersama sepupunya Chad benar2 membuka hati Fend.selepas kematian Chad,Fend berubah sepenuhnya dan seterusnya cuba menarik sahabat baiknya K2 untuk sama-sama berubah kearah kebaikkan sebelum terlambat.

kisah K2 berbeza sikit daripada Fend.tapi masih lagi tentang pencarian hidup seorang anak muda untuk menjadi lebih baik.CD The 11th hours di tangan Fend diserahkan kepada K2 dengan harapan K2 dapat melihat apa yang cuba disampaikan oleh video tersebut.Fend turut membawa K2 bagpacking di Sydney tempat yang sama dia dan Chad pergi dan akhirnya membawa perubahan yang baik untuk Fend dan Chad.tapi,hati K2 masih tak mampu menerima dan dia sendirian membawa diri ke Jakarta.selepas bertemu Indra,teman barunya sepanjang pengembaraannya di Jakarta dan akhirnya membuka pintu hatinya dan akhirnya,dia menemui apa yang dicarinya selama ni.

kalau korang semua baca novel ni,banyak diselitkan pasal muzik.indie,rock,classical semua ada.bagi pencinta muzik,anda pasti tertarik dengan cara penulis ni bercerita mengenai muzik serta sejarahnya.boleh dikatakan,ianya seakan mini wikipedia tentang muzik.tak semua orang tau tentang Butterfingers,Koffin Kanser,R.O.T.T.W magazine,Metallica etc..penceritaan tentang muzik umpama menonton The School of Rock lakonan Jack Black.maklumat yang sangat berinformasi.sedikit sebanyak memberi pengetahuan am secara tak langsung untuk sesiapa yang membacanya.disebalik penceritaan tentang muzik moden,turut terselit pendedahan/penceritaan tentang topik2 yang menyentuh tentang keagamaan.hadis2,potongan ayat quran ianya sangat membantu menyerlahkan lagi jalan cerita.sebagai pembaca,segala hadis yang diselitkan mampu memberi kesedaran dan membuka mata para pembaca.pendek kata,sambil berhibur and menambah maklumat duniawi,penulis tetap tak lupa menjalankan fardhu kifayah dengan menyelitkan info mengenai agama,hadis,dan pelbagai nasihat keagamaan.

penulis turut menyampaikan mesej dakwah dengan cara yang tersendiri.setiap manusia boleh berubah tapi ianya kena bergantung kepada diri sendiri.selain itu,penulis turut menyelitkan nota kaki di beberapa muka surat bagi memudahkan pembaca mengetahui tentang apa yang ditulis oleh penulis.tak semua novel berbahasa melayu yang memuatkan nota kaki atau glosari bagi memudahkan pembaca untuk memahami sesetengah perkataan/maklumat yang dibacanya.mutiara kata yang diselitkan disetiap hujung bab turut menarik perhatian.tetapi,dalam banyak2 mutira kata yang diselitkan,satu kata-kata mengenai The 11th hours sangat memberikan kesan is "The man who that decided to change on the twelth hours dies on the eleventh".

mungkin review aku ni tak best sangat but trust me this novel is superb.penuh dengan ilmu,pengajaran,yang sangat berguna dunia dan akhirat.tak keterlaluan untuk aku katakan buku ni merupakan salah satu MUST READ book terutamanya untuk para remaja/belia.santai,menghiburkan tetapi sarat dengan ilmu,pengajaran dan dakwah yang mampu diterima golongan muda.buku ni bukan sebarangan novel,penuh dengan maksud tersurat dan tersirat.pembaca perlu betul2 menghayati dan memdalami setiap apa yang dibaca sebab tak semua orang mentafsir benda yang sama seperti apa yang ingin di sampaikan oleh penulis.so,kepada bakal pembaca,cubalah hayati harya ini sebaiknya sebab tak rugi kita menghargai buku ni sebab ianya sarat dengan ilmu,nasihat,panduan dan mampu memberi impak positif kepada anda.~Happy Reading.

No comments:

Post a Comment