Wednesday, November 27, 2013

Buddyz

Salam...
Pergh gila lama aku tak update kat blog kesayangan nih..hai uollss...*sambil laga2 pipi alal2 noks gituw*
So...baru baru ni genap lah usia aku 24 tahun.makanya disaat saat ni memang kerap kali jugak aku terkenangkan saat-saat indah waktu di kolej,sekolah dengan my best buddyz..gurau senda,sesi pillow talk,heart to heart and segala macam lagi sesi kaunseling lah.hehehe..tapi bagi aku,puncak sebenar aku ditemukan dengan mereka yang bergelar SAHABAT ialah waktu aku di kolej. Eaktu tu,dalam usia yang semakin meningkat,memang ramai la manusia yang anda akan jumpa dan kenal untuk dijadikan kawan ataupun lawan. Waktu tu,tersilap langkah sedikit,pasti impak pershabatan itu akan memberikan kesan jangka panjang dalam kehidupan kita.

Gila serius mukadimah aku untuk entry ni.hehehe...aku bukan ape...kalau nak ikut sejarah persahabatan sekolah,aku ni masa sekolah rendah antara lone ranger terkenal.tak ramai orang nak kawan dengan aku.mungkin kerana aku bukan anak cikgu,tak cantik ,tak pandai tapi still dapat masuk kelas first.*jeles lettew*. Ohh btw,zaman persekolahan aku,sape2 yang mak ayah dia cikgu mmg automatik jadi top student,hot stuff hot guys and tumpuan semua orang selain budak2 sports and budak2 cerdik. Aku waktu tu memang seorang pelajar hingusan yang sekadar di pinggiran jew. Dorang rasa aku pelik,sebab dulu masa sekolah rendah aku tak pakai tudung.kalau ade kelas tambahan tak pernah pakai baju kurung.and aku tak suka bercampur dengan budak pandai dalam kelas aku sebab aku rasa masa tu ade double standard antara aku dengan diorang.tapi benda yang paling aku tak boleh lupa,tiap kali ade spot check,berebut rebut pengawas2 kelas aku nak check bag aku.aku selalu jadi mangsa ejekkan dorang tapi masa tu aku tak kisah.aku langsung tak amik peduli.aku tak marah pon kat dorang.dan aku lebih rela membawa diri.waktu tu aku lebih suka belajar tentang genaral knowledge.masa aku darjah 6,aku dah start baca buku sejarah form 1 and form 2.siap ade notes lagi.dulu aku suka ambik tau pasal dunia sukan. Aku ade diary yang aku tulis untuk perenang Australia Ian Thorpe dan perenang Belanda yang aku terlupa namanya.amu ade sticker book Manchester United,buku nota yang penuh keratan gambar David Beckham dan Zidane. Aku dulu masa sekolah rendah memang bermasalah.selalu kena marah dengan cikgu,selalu kena denda,kena rotan sebab tu budak kelas aku tak berapa nak kawan dengan aku.tapi ade sorang budak kelas aku yang setia duduk kat sebelah aku dan sentiasa ceriakan aku dan tak pernah prejudice dengan aku. Her name is Nurul Bayti Binti Sumardi.masa aku menaip ni,aku tak sangka aku ade kenangan pahit yang sangat pedih waktu sekolah rendah.dulu aku ade crush..tapi crush aku tau aku crush kat dia.satu kelas kutuk aku.dorang panggil aku nenek parut sebab kat muka aku dulu ade parut sebab aku tergelincir kat bilik air rumah aku.aku sedih...sampai sekarang aku tertanya-tanya apa salah aku kat dorang.mungkin sebab tu sampai sekarang aku tak berapa nak mesra dengan kawan2 aku masa sekolah rendah.impak benda ni rupanya sangat besar.aku tak berdendam tapi aku terkilan.hanya bayti je yang sudi kawan dengan aku,belajar dengan aku dan dia tak pernah burukkan aku.she's my childhood bestfriend for entire of my life. Bayti,sampai sekarang aku rasa engkau satu satunya kawan terbaik aku waktu tu,kini dan selamanya.

Dulu aku pelajar yang malas...homework selalu tak buat.tak pandai..selalu dapat nombor hujung2.Ku paling tak boleh lupa bila aku masa tu darjah 6..aku minat sangat menulis..masa tu dah mula ada cita-cita nak jadi penulis buku.tapi apa kan daya..tiap akli aku cuba penulis,ade je tangan2 jahat yang ambil dan baca buku aku tanpa kebenran dan terus menusuh cerita yang aku tulis tu pasal aku dan budak yang aku suka.aku malu sangat masa tu.budak lelaki tu terus tak nak kawan dengan aku sebab tak nak kena ejek dengan aku.aku tak kan lupa setiap kata2 pedih yang terpaksa diterima seorang budak yang baru berusia 12 tahun. Mungkin juga kerana hal itu,aku berubah menjadi pelajar yang kasar dan bermasalah waktu aku tingkatan 1.tapi cerita tu aku akan taip di entry yang berikutnya.

Aku sampai sekarang masih lagi tak boleh lupakan setiap kata2 ejekan yang pernah aku terima waktu tu. waktu segala perbuatan aku menjadi perhatian mereka dan sentiasa menjadi bahan kutukan. Aku sedar aku memang tak setanding dengan mereka.tapi aku terkilan sampai saat ni tak de seorang pon yang cuba meminta maaf dekat aku tentang perkara tu.mungkin mereka rasakan itu hanya,ah gurauan waktu kecil,tapi tidak bagi aku.,kata-kata mereka itu umpama belati yang menusuk perlahan di kulitku kelihat ringan tapi hakikatnya parut itu tak pernah hilang.aku sentiasa memaafkan kawan-kawanku.secra tak langsung ianya membantu aku agar tidak sesekali melakukan perkara sedemikian terhadap rakan2 kita.

Buat sahat ku Nurul Bayti,setiap saat aku tak pernah lupakan memori kita bersama.kau tak pernah memandang rendah dekat aku malah kau sentiasa membantu aku dan menasihati aku dan sentiasa memberikan aura  dan galakkan positif untuk aku terus menghadapi saat2  sukar waktu itu.jasamu memangtidak ternilai.semoga persahabatan kita tetap utuh selamanya..

-akan bersambung....

Friday, May 10, 2013

My Love..My Kesayangan..

salam..
dah lewat tapi aku masih tak rasa mengantuk..tapi,benda macam ni memang normal sesangat untuk aku.selagi belum jejak 2-3 pagi,memang susah sangat mata ni nak terpejam.hurmm..so,apa jek yang aku nak taip untuk entry kali ini?tapi yang penting ni bukan entry jiwang-jiwang.jadahnya la aku nak taip entry jiwang-jiwang,dah sah-sah aku ni sekarang single.lain la kalau aku ni in relationship..logik la jugak kan kalau dok buat entry jiwang jek.miahaha..tajuk entry aku tu saja je konon-konon nak bagi gempak biar orang baca..#ehh..ecehhhcehh..kalau korang perasan lately ni aku banyak buat entry pasal buku..bukan apa,kawan-kawan rapat aku tau aku ni memang boleh tahan jugak la obses dengan buku..so,daripada aku buat entry-entry meroyan,baik aku buat entry pasal benda yang aku suka.mana la tau,sikit sebanyak boleh membantu menambahkan minat untuk membaca buku kat sapa-sapa yang baca blog aku nih.*bajet macam feymes jek blog aku nih*miahahaha...

aku memang suka membaca..dan menulis..selain dari membaking anda memasak.aku dari sekolah rendah lagi suka membaca..ade la jugak koleksi buku-buku cerita kanak-kanak.tapi mostly buku-buku yang aku baca,aku pinjam dari library.tapi bila dah masuk sekolah menengah,barulah genre bahan bacaan aku berkembang pesat.bermula dengan bahan bacaan ringan macam magazine and komik.pastu aku terjerat dengan dunia novel.lama jugak aku hidup bertemankan novel.tapi aku mula membeli sendiri buku-buku aku masa aku lepas SPM.tapi sayangnya..koleksi novel terawal aku sudah hilang..dipinjam rakan dan tidak dipulangkan..sedih..tapi takpela,hope nanti aku boleh beli balik buku-buku yang dah ilang tu.so,korang nak tengok tak koleksi novel2 aku?hahaha...
~ni la separuh dari koleksi novel2 aku.separuh hokeyhhh!!sebab separuh lagi dah hilang sebab kes pinjam tak pulang.sabar jela.kalau korang perasan,novel2 aku mostly daripada terbitan Jemari Seni.aku memang suka novel2 Jemari Seni terutamanya tulisan Hlovate,Syud and Pingu Toha.~


~okey,yang ni pulak koleksi buku2 yang agak ilmiah..huhu.aku suka buku2 berbahasa melayu sebab penguasaan bahasa inggeris aku agak lemah so,untuk mengelakkan beli buku yang tak dibaca mcm buku yang belah kiri tu,so ade baiknya aku beli sahaja buku bahasa melayu.~



~chanchan..ni pulak koleksi buku/majalah masakkan aku.yang ni memang 100% english magazine/book.sebabnya,resepi matsalleh ni memang diyakini memang menjadi.aku dah pernah try resepi kat majalah2 melayu ni..tapi kebanyakkannya hanyalah indah khabar dari rupa.hurmm...semua kek/dessert yang aku buat kebanyakkan berpandukkan majalah2/buku ni la selain dari internet.~


 
~ni koleksi komik aku yang tak seberapa.aku bukan la hardcore baca komik tapi kalau datang mood nak baca tu,memang mencari jugak la komik2 yang best.tapi personal faveret aku komik2 karya Zint,Keith and Kaoru.sape dorang?ce google..malas la pulak nk cite riwayat idup dorang.miahahaha~


hurmm...takde la banyak sangat kan koleksi buku-buku aku.aku ni kalau ikutkan memang aku nak je penuhkan bilik aku tu dengan buku-buku.tapi apekan daya,aku masih lagi belum bekerjaya.so,sumber kewangan untuk membeli buku tu memang terhad.mostly buku-buku yang aku beli ni aku guna duit raya and duit upah tolong mak aku buat kek.aku rasa kalau aku ni kerja stock gaji riban-riban memang penuhla buku kat bilik aku.silap-silap dah boleh buat library.miahahaha..memang tu la impian aku..nak ade mini library kat umah.nanti,one day if aku dah kawen,dah ade rumah sendiri,memang aku nak buat satu mini library dalam rumah aku.tu pun tengok jugak la besar mana rumah aku.kalau rumah biasa2 je,maybe aku nak wat reading area je.wahhh...kemain lagik impian..hahaha..tak salah nak berangan kan.lagi2 bila angan-angan kan benda yang berfaedah.heheheaku ni bukan apa,bagi aku kalau membaca,lagi2 kalau baca buku fiksyen la macam novel tu,aku suka baca cerita yang tak berat sangat konfliknya.tapi tengok jugak keadaan aku.senang cite,aku membaca mengikut genre yang sesuai dengan mood aku waktu tu.kalau mood aku tengah happy,aku tak kisah nak baca buku2 yang ceritanya agak berat.terutama macam buku2 ilmiah contohnya.tapi kalau mood aku tak berapa okey,aku akan cuba baca buku yang lebih ringan and santai.kalau baca novel cinta pon,nak baca cerita yang konflik dia tak mengarut sangat.yang penting lepas baca tu,boleh tolong betulkan mood aku time tu.hehehehe..

tapi kebiasannya,aku akan pastikan aku akan membaca dalam sehari.paling kurang pon bacaa magazine or newspaper.tapi aku tak suka baca online newspaper..sebab tak best.miahahaha...kawan-kawan aku selalu cakap aku ni minah wiki,minah google sampaikan kalau dorang malas nak google pasal satu benda or isu,semua tembak dok tanya aku.bagi dorang,aku ni tau semua benda..hahaha...padahal aku sama jek macam dorang cuma tak dinafikan aku memang suka baca wikipedia.kalau ada benda yang aku wondering even sekecil-kecil benda pon aku akan bukak wiki.aku bukan apa,mungkin disebabkan aku membaca,so memudahkan and memberikan aku sedikit bonus la dalam general knowledge nih.walaupun hakikatnya aku bukanlah manusia yang serba tau..ade banyak lagi benda yang dorang lagi tahu daripada aku.masing-masing kan ade kebolehan/kelebihan masing-masing betul tak.hehehe..okeylah..aku sebenarnya beberapa saat tadi rasa macam lost..tak tahu nak taip apa..ingatkan nak taip panjang lagi.tapi tiba-tiba rasa macam idea tuh lari hilang dengan tiba-tiba..ecehhhh..kemain lagi berfalsafah di awal  pagi.hahaha..tak pe,aku rasa entry ni aku akan buat part two kot esok.tu pun bergantungla pada tahap kerajinan aku esok.kalau rajin,aku taip..kalau tak tunggu jela waktu rajin aku tu sampai dengan sendirinya.miahahaha..oohhh by the way,esok pukul 5-7pm akan ade Buku Jalanan Bangi kat Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.so,sape2 yang free esok boleh la singgah.aku personally tak pernah pon lagi pergi buku jalanan ni.tapi aku boleh gerenti event ni memang best.lagi2 untuk sape2 yang minat dengan buku,puisi,seni and macam2 lagi.so selamat berbuku jalanan esok.so,tu saje entry untuk pagi ni..jumpe lagi di lain entry.miahahahaha...salam..selamat peniduran...

Tuesday, May 7, 2013

Books Party

salam...
bersiaran semula selapas tamatnya Pilihanraya and Pesta Buku baru-baru ni.hehe.so,puas ati?kalau ikutkan aku,aku tak puas ati..sebab...AKU TAK DAPAT NAK BELI SEMUA BUKU-BUKU HLOVATE!!!!!!!huhuhu...perit untuk diterima tapi itulah hakikat sebenar.betapa leka aku membeli buku-buku lain sehingga aku terlupa buku-buku Hlovate yang memang dah lama aku nak beli tak dapat nak dibeli.memang aku ikut paln asal hanya pergi 3 booth je.tapi,kalau dah satu booth aku berhabis lebih seratus,memang punah la impian nak beli balik buku-buku Hlovate aku tu..huhuhu..takpela,nak buat macam mana,takde rezeki..budget aku cuma rm300 je tapi aku dah berbelanja rm290.huhuhu...total buku yang buku beli cuma 19 buah je.kalau tak aku nyaris nak genapkan jadi 20..tapi nasib baik aku berfikir dengan waras.kalau tak memang balik jalan kaki la aku aritu.huhuhu..selain buku-buku Hlovate,ade jugak buku-buku yang aku dah list kan dalam entry yang lepas yang aku tak beli pon.huhuhu..bile dah nampak buku banyak-banyak memang terus rambang mata,...tangan pulak main sambar je..langsung tak ingat dunia.bila dah nak sampai kaunter baru sibuk kire balik takut tak cukup bajet.aku rasa,pembelian buku kat pesta buku kali ni adalah yang tertinggi yang pernah aku beli.hahaha..

tapi aku rasa ramai lagi orang yang membeli lagi banyak daripada aku.yela,bukan student je yang suka pergi book fair ni,mak-mak orang,bapak-bapak orang semua pergi terjah book fair ni.haha..kalau aku ni dah bekerjaya memang seronok la aku berbelanja buku time tu.ni pon aku dapat duit ehsan mak ayah aku nak harapkan duit sendiri,tunggu lagi 5 tahun la kot.hahaha...tak la,kebetulan elaun aku tak masuk lagi so aku pinjam la duit mak aku dulu 200.so,kalau minggu ni elaun aku masuk,aku kena la bayar balik duit 200 tu.so..korang nak tengok tak koleksi pembelian aku??hahha...lantak la kalau ada yang cakap aku show off.pedulik hape aku.hahaha so,marilah sama-sama melihat sekitar perbelanjaan aku di KLIBF baru-baru ni..

-ni masa kat booth #JelajahLejenFixi. dapat jugak aku jumpe and bergambar dengan one of penulis fav aku.Nadia Khan.novel KELABU and koleksi Cerpen tulisan beliau memang sangat la bestttt!!!!-

-yang ni pulak aku dan pelukis komik femes GempakStarz Kaoru.dapat autograf tapi kena beratur dekat 2jam.ni pon nasib baik sambung kat backstage.penantian selama 2jam tu memang berbaloi-


-tara........from Kaoru..thank you so much... ;) -


-ni la hasil pembelian di booth yang pertama.RM150 melayang tapi aku puas ati la jugak.miahahaha-


-yang ni pulak hasil pembelian di booth kedua.booth #Indieke.kat booth ni ade buku2 daripada terbitan Dubook Press,Terfaktab Media,Selut Press,Sang Freud Press,Merpati Jingga dll.kira mostly buku2 alternatif la.buku2 yang tak kan jumpa kat major bookstore.kat sini aku berhabis almost RM100.-

-yang ni pulak hasil rembatan di booth terakhir.booth ITBM.kat booth ni kalau nak cari buku2 ilmiah pada harga yang berpatutan memang heaven.sebab buku2 kat booth ni masa aku pergi aritu,dorang buat sale 50%.memang giler...nasib baek duit aku dah nak habis time tu.kalau tak memang beratus jugak aku berhabis kat sini.aku beli 2 buku ni dlm RM30.RM30 ni after less tau.kalau tak dalam RM80++.huhu-

-TARA......ni lah dia buku-buku yang berjaya aku beli ketika book fair baru-baru ni.amacam,ada gerun tak??so far,aku baru baca 3 buah buku.#Kali Pertama,#Cerpen Twitter and #DioramaEksisten.and now aku dalam proses menghabiskan bacaan buku #Lari Dari Syurga.aku pon pelik apesal aku agak lambat membaca.mungkin sebab aku kena mendalami lebih buku2 yang deep macam ni.hehe..-

so...itulah senarai buku2 yang aku dah beli.nanti,kalau aku ade masa aku akan buat review  buku-buku yang aku dah baca ni.btw,personally aku rasa book fair kali is book fair yang paling best aku pernah attend sebab aku dapat jumpa + dapat autograf penulis2 buku2 yang aku beli.dapat jumpa,dapat salam dapat autograf..ahhhhhhhhh..memang best..aku memang dah nekad if aku dah bekerjaya nanti aku tetap tak kan berhenti membaca and membeli buku2.tapi mungkin lepas ni aku nak try beli buku-buku yang lebih bergenre ilmiah.thats my target for the next KLIBF.so,guys..selamat membaca..jadikan membaca amalan harian anda.1hari 1buku,setiap apa yang dibaca pasti akan memberikan faedah secra tak langsung kepada kita.so,happy reading guys..

Wednesday, April 24, 2013

Berpesta 1 Malaysia.

salam..
hari ni dah 24 April..lagi beberapa minggu je lagi satu Malaysia akan berpesta..sekarang pon dah macam pesta dengan bendera sana sini,poster lagi..huhuhu..tak lama lagi Malaysia akan menyambut pesta pilihanraya terulung dalam sejarah.sebab apa aku kata terulung,sebab sebelum parlimen dibubar lagi satu Malaysia ni dah tak sabar-sabar nak mengundi.aku sebenarnya malas nak cerita pasal mengundi nih sebab tujuan aku tulis entry ni sebab nak cerita pasal Pesta Buku..hehehe..aku kalau bab-bab buku ni memang teruja lebih sikit.hehe..kalau korang nak baca entry pasal pilihanraya,better baca blog2 politik lain sebab aku tak suka semakkan blog aku dengan cerita-cerita politik nih.hehehe..okey,back to our business..pesta buku a.k.a Book Fair(Kuala Lumpur International Book Fair) akan berlangsung mulai Jumaat ni hingga 5 Mei 2013.pesta buku ni akan berlangsung di PWTC.tau tak kat mana PWTC?ala,korang google jela ek..aku tak reti nak bagi koordinat GPS korang.hahahaha..okey,kalau kat pesta buku ni biasanya memang akan penuh dengan orang serius padat.siap ade rombongan cik kiah lagi...kalau korang penah baca entry aku sebelum ni pasal pesta buku ni mesti korang pernah baca pesanan aku bila korang jejakkan kaki kat sana.so,aku tak payah la nak ulang lagi..(malas betul entry aku kali ni) cuma aku nak ingatkan,kalau sampai sana,ati2,jaga barang2 berharga anda.kalau bawak anak kecil,adik2 yang 12 tahun kebawah tu make sure jangan leka sangat dengan segala sales yang ade.nanti tak pasal2 ade kes budak ilang.make sure handphone batery full and ade kredit so time emergency nanti takde la menggagau tak tau nak handle macam mana.

so,korang dah decide nak borong buku apa je?kalau korang tanya aku,memang panjang berjela la list buku2 yang aku nak sambar...makin hari makin bertambah sampai dah over budget.hahaha..kalau taun lepas aku berhabis 200 hengget,taun ni mungkin lebih kot sebab aku nak beli balik buku2 aku yang dah ilang.huhuhu....sedey..tak pasal2 kena beli balik.tapi rasanya untuk book fair kali ni,aku fokus nak terjah 3 or 4 booth je kot..sebab aku ni budget tak banyak kang kalau terjah semua booth kang balik jalan kaki aku.huhu mana tak nya kalau dah kat satu booth je aku boleh berhabis dekat 100 hengget bayangkan la kalau aku terjah 5 booth..500 HENGGET WOIIII!!!!!hahahahaha....kalau la aku banyak duit,memang aku tak kisah..ni nak beli buku pon kena mintak belas ehsan mak ayah aku memang tak la...haha.ni kalau mak aku hulur 300 pon aku dah bersyukur sangat...ohhh ayahnda dan bonda,bantulah anaknda mu ini..aminnnn...hahahahaa..pffftttt sadis betul.tapi untuk book fair kali ni aku nak pastikan sume novel tulisan Hlovate mesti dibeli.ni semua gara-gara orang pinjam tak pulang.apa kata entry kali ni kita main tulis-tulis list buku yang nak dibeli okey tak?hehe..okey,bersiap sedia la untuk melihat keseluruhan list buku yang aku nak beli.list2 ni hanya buat masa sekarang and mungkin akan berubah dari semasa kesemasa ceyhhhh..
okey check it out yawww!!!

Ehemmm ni lah listnye.....:

~Booth Jemari Seni~
  • gurindam jiwa/schubert serenade-Hlovate
  • tunas-Hlovate
  • aA+bB-Hlovate
  • 5 Tahun 5 Bulan-Hlovate
  • Pelangi/Ked story-Hlovate
  • Versus-Hlovate
  • Rooftop Rant-Hlovate
  • Anthem-Hlovate(novel baru)
  • Hlovatinta-Hlovate(limited edition)
  • tentang Dhiya-Syud
~Booth Lejen Fixi~
  • KLCC-fixi(kalau ade lagi)
  • Asrama-fixi
  • murtad-fixi
  • tuhan-fixi
  • pecah-fixi
  • cerpen(shaz johar)-fixi
  • kasino-fixi
  • langit nan gelap-lejen
  • bau semangat anak muda-lejen
  • rokok nan sebatang-lejen
  • kolonial mimpi-lejen
  • sperma cinta-lejen
  • lelaki eksistensial-lejen
  • diorama eksisten-lejen
~lain2:
  • seksi ovari
  • langit vanila
  • dajjal
  • Kuala Lumpur - Berlin
  • Perahu Kertas
  • Negara 5 menara


and banyak lagi...hurmmmm banyak kan list aku..aku pon naik seram tengok..huhu..aku tak tahu la kenapa tapi aku memang tak boleh nak halang nafsu membeli aku ni.dengar je orang review buku-buku yang best2 semua aku nak beli jugak.tak padan dengan tak de duit kan.hahaha....aku ni kalau dah dapat beli buku yang aku nak memang senyum sampai ke telinga.dah macam kena pinang dengan anak raja.hahaha.mungkin sebab aku ni kan single,takde komitmen apa2 so,buku ni la peneman aku dikala sunyi.baik bercinta dengan buku,tak de la sakit ati sangat.sakit ati pon kalau cerita buku tu tak best.hahaha...korang pon mesti ade list buku2 yang korang nak beli jugak kan.so,aku ucapkan selamat berbelanja...semoga kita sama2 dapat apa yang kita cari.hehehe...okeylah aku lapar giler ni.cuaca pulak dah macam kat scotland.sejuk,dingin tak hengat.so,alangkah molek kiranya aku ke dapo memasak sesuatu untuk dimakan kejap lagi.so,selamat membaca,selamat berpesta buku dan selamat mengundi uolsssssss......

#Sayangi Buku Yakini Book Fair Lawati PWTC! Have fun!!!!!

Tuesday, April 16, 2013

contengan jalanan..

salam..
dah lama berhajat nak review buku kesayangan aku lagi-lagi karya Hlovate.so,after aku follow twt_buku kat twitter,aku telah rela hati untuk review kan buku tu sebab aku rasa semua patut baca buku tu.sebab bagi aku,contengan jalanan bukan tipikal novel bahasa melayu.bukan la aku cakap novel melayu ni tak bagus...aku pon memang pembaca tegar novel berbahasa melayu tetapi novel contengan jalanan ni memang totally diffrent.dari jalan cerita,plot,semuanya tak sama macam novel-novel bahasa melayu yang sedia ada dipasaran.

okey,berbalik kepada novel "Contengan Jalanan" ni,novel ni mengisahkan tentang perjalanan dua orang remaja yang merupakan sahabat baik sejak kecil yang cuba mencari arah tuju kehidupan.mencari haluan hidup yang sebenar.Fend atau nama sebenarnya Afendy,seorang pelajar jurusan fotografi yang sangat cintakan bidang muzik hinggakan sentiasa mengusung gitar Fender kesayangannya kemana saja.selalu mengadakan jamming session dengan kawan2 baik dia waktu sekolah menengah dan membentuk band yg dinamakan Creepy Hues.K2(sebut as K-square) atau nama sebenarnya Ku Kamaruzaman pelajar jurusan art design,sgt meminati muzik dan pandai bermain hampir kesemua jenis alat muzik.selain minat muzik,K2 suka membaca dan kedai buku adalah rumah keduanya selepas studio nya.

kisah ni terbahagi kepada dua bahagian.kisah Fend dan kisah K2.segalanya bermula dengan Fend.bertembung dgn seorang gadis di suatu event,dan kerap bertembung dengan gadis tu sehinggalah pada suatu ketika,si gadis menyerahkan cd kepada Fend.CD itulah salah satu faktor yang membawa kepada proses pencarian dan perubahan diri Fend.berbagpacking di Sydney waktu bulan ramadhan bersama sepupunya Chad benar2 membuka hati Fend.selepas kematian Chad,Fend berubah sepenuhnya dan seterusnya cuba menarik sahabat baiknya K2 untuk sama-sama berubah kearah kebaikkan sebelum terlambat.

kisah K2 berbeza sikit daripada Fend.tapi masih lagi tentang pencarian hidup seorang anak muda untuk menjadi lebih baik.CD The 11th hours di tangan Fend diserahkan kepada K2 dengan harapan K2 dapat melihat apa yang cuba disampaikan oleh video tersebut.Fend turut membawa K2 bagpacking di Sydney tempat yang sama dia dan Chad pergi dan akhirnya membawa perubahan yang baik untuk Fend dan Chad.tapi,hati K2 masih tak mampu menerima dan dia sendirian membawa diri ke Jakarta.selepas bertemu Indra,teman barunya sepanjang pengembaraannya di Jakarta dan akhirnya membuka pintu hatinya dan akhirnya,dia menemui apa yang dicarinya selama ni.

kalau korang semua baca novel ni,banyak diselitkan pasal muzik.indie,rock,classical semua ada.bagi pencinta muzik,anda pasti tertarik dengan cara penulis ni bercerita mengenai muzik serta sejarahnya.boleh dikatakan,ianya seakan mini wikipedia tentang muzik.tak semua orang tau tentang Butterfingers,Koffin Kanser,R.O.T.T.W magazine,Metallica etc..penceritaan tentang muzik umpama menonton The School of Rock lakonan Jack Black.maklumat yang sangat berinformasi.sedikit sebanyak memberi pengetahuan am secara tak langsung untuk sesiapa yang membacanya.disebalik penceritaan tentang muzik moden,turut terselit pendedahan/penceritaan tentang topik2 yang menyentuh tentang keagamaan.hadis2,potongan ayat quran ianya sangat membantu menyerlahkan lagi jalan cerita.sebagai pembaca,segala hadis yang diselitkan mampu memberi kesedaran dan membuka mata para pembaca.pendek kata,sambil berhibur and menambah maklumat duniawi,penulis tetap tak lupa menjalankan fardhu kifayah dengan menyelitkan info mengenai agama,hadis,dan pelbagai nasihat keagamaan.

penulis turut menyampaikan mesej dakwah dengan cara yang tersendiri.setiap manusia boleh berubah tapi ianya kena bergantung kepada diri sendiri.selain itu,penulis turut menyelitkan nota kaki di beberapa muka surat bagi memudahkan pembaca mengetahui tentang apa yang ditulis oleh penulis.tak semua novel berbahasa melayu yang memuatkan nota kaki atau glosari bagi memudahkan pembaca untuk memahami sesetengah perkataan/maklumat yang dibacanya.mutiara kata yang diselitkan disetiap hujung bab turut menarik perhatian.tetapi,dalam banyak2 mutira kata yang diselitkan,satu kata-kata mengenai The 11th hours sangat memberikan kesan is "The man who that decided to change on the twelth hours dies on the eleventh".

mungkin review aku ni tak best sangat but trust me this novel is superb.penuh dengan ilmu,pengajaran,yang sangat berguna dunia dan akhirat.tak keterlaluan untuk aku katakan buku ni merupakan salah satu MUST READ book terutamanya untuk para remaja/belia.santai,menghiburkan tetapi sarat dengan ilmu,pengajaran dan dakwah yang mampu diterima golongan muda.buku ni bukan sebarangan novel,penuh dengan maksud tersurat dan tersirat.pembaca perlu betul2 menghayati dan memdalami setiap apa yang dibaca sebab tak semua orang mentafsir benda yang sama seperti apa yang ingin di sampaikan oleh penulis.so,kepada bakal pembaca,cubalah hayati harya ini sebaiknya sebab tak rugi kita menghargai buku ni sebab ianya sarat dengan ilmu,nasihat,panduan dan mampu memberi impak positif kepada anda.~Happy Reading.

Wednesday, March 6, 2013

It's Over....

sad..tapi itu lah yang dah jadi...perkenalan selama almost 4 years akhirnya end up begitu sahaja.di pihak dia,alasannya beliau dah penat bercinta katenya la...di pihak aku,aku memang tak jangka kitorang akan end up macam ni.mungkin salah aku yang terlalu mengharap pengakhiran kisah cinta ni sama macam snow white,cinderalla,kisah2 romantis dalam novel..sampai aku terlupa,kita hidup dalam dunia realiti yang sememangnya tidak menjanjikan kebahagian or kemanisan yang berpanjangan.mesti akan ade sikit2 halangan or masalah.salah aku sebab deny realiti yang sepatutnya aku kena aware dari dulu lagi.mungkin masa aku aku sendiri tenggelam dalam dunia indah waktu bercinta..mungkin..memang betul la kata orang,bile bercinta semuanya nampak indah..semuanya nampak realistik.janji dia yang mintak aku tunggu dia lagi dua tahun tu nampaknya hanya tinggal janji.mungkin waktu berjanji tu,niat dia cuma nak aku rasa selamat or nak aku trust him.yes, aku sangat trust dia.sebab tu aku tak pernah terniat pon nak flirting2 or cari back up plan sebab aku yakin,aku terlalu yakin yang he's my Mr Right.that was my fault.am not supposed to think that way.now,ianya dah berjaya memakan diri aku sendiri.thank god i still have friends yang always support aku and bagi semangat kat aku.honestly,aku bukanlah kecewa sangat.tapi aku rasa sakit..sakit yang teramat sangat.sakit yang...hurmmm..rasa macam kau toreh hati kau guna pisau belati yang tajam,dah hiris tu kau renjiskan air limau or taburkan garam kat atas luka tu.extrem pulak aku punye analogi.tapi,memang sakit...sakit sangat...sebabnya,kitorang tak pernah sekali pun bergaduh mulut ke gado2 mesej ke or main ugut2 nak break.tapi..end up kami break.atau dalam erti kate yang agak pedih lagi terluka,akhirnya aku kena dump!huhuhu..tragis..sungguh tragis walaupun tak setragis ombak rindu atau adam hawa..apekah...?pppfffttt...hari first aku kena dump,memang la aku nangis.aku sayang gila kat dia kot.haruslah nangis ala2 tak boleh nak terima hakikat yang kitorang dah break.sambil nangis tu,aku siap set music background lagi.lagu,haruslah lagu Adele "Don't you remember".hambek kau,lirik and melody lagu memang ngam2 mengikut tema time tu.aku nangis dari pukul 2.30 petang sampai la aku tertido..aku terjaga balik dalam pukul 4.30.pastu kawan aku ajak aku pergi kolej and aku pon ikut ke kolej and lepak kat konti dengan kawan2 aku.sempatlah aku gelak2 seround dua.sambil gelak2 sambil aku baca kitab terfaktab.that time,kitab terfaktab memang membantu aku sikit nak solve kan kesedihan aku time tu.dah balik dari kolej,kawan aku ajak pergi maen badminton kat semenyih.aku memang tak nak main tapi aku tetap ikut gak sebab aku tak nak layan emo sorang2 kat umah.aku nak move on..aku memang dah tekad yang aku nak move on and try lupekan ape yang dah jadi between us.tapi,nak dijadikan cerita,sepanjang perjalanan dari bandar seri putra ke semenyih tuh,memang aku dok nangis beria kat dalam kereta.sampai kawan2 aku pon dah tak ley nak kata ape.hari first break memang kompem la keja asyik nangis jek.tapi nasib baek mata aku nih jenis tak nampak sangat bengkak even ko nangis 24 hours.aktiviti aku seharian tu memang sikit nangis..sikit layan emo dengar lagu2 yang meruntun jiwa..gituwwww....tapi bukan la lagu2 spring,slam,screen,scoin,and segala menatang kumpulan jiwang 90'an.kemain,dah sedey2 pon demand nak dengar lagu omputih jek.hari tu jek dekat doploh kali aku repeat dengar lagu Adele yang Don't You Remember.

esoknya pon aku buat aktiviti yang lebih kurang...baca Kitab Terfaktab sambil dengar lagu,sambil nangis,sambil ingat kat dia..sambil nangis lagi..dan lagi...dan lagi...ehhh..wait..tak la nangis sahaja.cume emo,sebak gitu la..baca mesej dia or tgk nama dia kat hp mesti terus rasa nak nanges. hari kedua punya playlist lagu aku ade sikit perubahan.hari tu aku start dengar jugak lagu melayu...tapi aku cuma dengar lagu Ahmad Dhani n KRU yang duet ngan Indigo tu.tapi hari kedua tu aku dah kurang emo..am try to be cool..pppfffftttt...tapi aku still ingat kat dia.gila lah kalau boleh lupekan orang yang kau kenal and sayang lebih dari 3 tahun tu dalam masa 24 jam.gila heratless hati kau.aku,memanga agak heartless tapi kalau dengan dia ni,aku tak boleh...dengan dia aku jadi sangat lemah.entahlah..aku memang dah lama sedar aku memang mengada sikit kalau ngan dia.aku pedulik hape sebab masa tu aku tau dia sayang aku and aku pon sayang dia.tapi...........sampai detik ni,saat ni aku memang tak pernah sesaat pon lupekan dia.honestly,sewaktu entry ni ditaip,masih lagi terdapat setitis dua air mata yang menitik atas keyboard nih.walaupun dia yang dump aku,tapi aku tak marahkan dia and aku tak boleh nak bencikan dia.impak dia yang kuat kat aku.nasib baek lah aku still lagi boleh berfikiran rasional.kalau ikutkan hati,mau boleh jadi gila kan.nak kena biasakan diri tak ade dia lagi pon agak susah..kalau dulu,every morning dia akan call.time lunch hour and after office hour dia call.ahhh..rindunya aku dengan waktu itu..suaranya,gurau senda,sakatan dia..ahhhh....kenapa lah harus begini pengakhirannya...dan air mata aku masih lagi menitis...aku tak cukup kebal untuk menahan rasa ni..aku tak cukup kebal untuk biarkan diri aku terus kecewa dan terluka.aku tak cukup kuat untuk biarkan dia bahagia dengan orang lain.dan aku memang tak cukup kuat untuk biarkan hati aku ni terbuka untuk mana2 lagi lelaki selepas dia.aku tak nak betray perasaan aku dekat dia..aku nak dia aje yang ade kat hati aku..ahhh..betapa selfish nya aku..ye...aku memang tak rela berkongsi sayang aku untuk dia dengan sapa2 pon.aku nak dia untuk aku sorang saja.sekali lagi aku selfish.ye,bila melibatkan diri dia aku memang selfish.sayang dia terlalu indah untuk aku tinggalkan dan berikan kepada orang lain.aku tak sanggup.aku sedar,ayat aku ni makin lama macam orang yang gila dan tak ade pedoman.tapi,itulah kata hati aku.aku masih lagi rasional...tapi aku masih tak mampu nak lepaskan perasaan aku kat dia.ianya terlalu berharga untuk aku lepaskan.

dan hingga kini,aku masih menangis.menangis kerana aku masih lagi tidak berdaya mendapatkan hatimu dan sayangmu untuk selamanya.izinkan aku berpuitis disini sebab ini sahaja yang mampu aku lakukan.aku dah tertewas untuk mendapatkan mu.aku dah tak berdaya..hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya perasaan aku taktala ini.aku tak sekuat yang kau lihat.aku tak setabah yang kau rasa.luaran memang aku kelihatan tabah,kuat tapi hakikatnya...aku masih lagi insan yang punya hati yang lembut.mudah kan kau lepaskan aku..tapi tak bermakna mudah juga aku lupakn mu.percaya atau tidak,hingga saat ini aku masih lagi berharap..aku masih lagi berharap yang ianya hanya lah gurauan.aku masih lagi berharap kita masih lagi bersama seperti dulu.arhhh...kenapa la susah sangat untuk aku terima hakikat.......

Friday, January 11, 2013

Hanya Kawan

dah beberapa malam,tiap kali aku duduk kat ruang tamu untuk tengok tv,aku jadi tak fokus.mata kat tv,tapi fikiran melayang entah kemana mana.samapai kan aku rasa macam aku dah hilang minat nak tengok tv.padahal,selama ni,aku dan tv ni memang tak dapat nak di pisahkan.aku terlalu suka sangat tengok tv.haishh...entah la,kadang-kadang aku sendiri pelik dengan perubahan sikap aku yang entah hape-hape nih.haha
ada satu malam tu,boleh pulak tiba-tiba aku teringat kat seseorang.tapi bukan si dia yang ada kat Kuantan tu..tapi,seorang "kawan lama" yang duduk kat Hulu Langat.*sigh*...lepas bertahun-tahun,aku still akan ingatkan dia.tapi tahu la dia ingat lagi kat aku atau tak.walaupun dah bertahun aku lost contact dengan beliau,tapi daya ingatan aku pasal dia sangat kuat lagi tepu.sikit pon aku tak pernah lupa apa-apa je yang berkaitan dengan dia.entahla...aku pon tak tau kenapa memori tentang dia terlalu kuat untuk aku lupakan.sampai aku pernah rasa,kenapa la aku ni x amnesia je..aku kalau boleh dah tak nak ingat kat dia.sebab bila ingat kat dia,memang susah nak buat aku move on.to be honest,beliau la first crush aku.when i was 13.masa tu cuma ade istilah tersuka,tercrush..aku tak sangka la akan end up dengan begini.dia tua setaun dar aku..senior aku,and kelas kitorang pulak bersebelahan.mula-mula kitorang ni pantang jumpa,asyik nak gaduh je...kalau tak dia yang start,aku yang cari pasal.pendek kata masing-masing suka cari pasal.kalau nak ikutkan sesi pergaduhan mulut kitorang memang tak nampak aka berbaikkan.stok macam nak bermusuh sampai mati.hahaha..tapi tula kan,bila dah gaduh2 lama-lama bila sorang hilang mesti jadi sunyi.ditakdirkan masa aku naik form 2,mamat tu pulak pindah sekola...aku dah mati kutu dah time tu.aku terasa macam hilang sesuatu.awal-awal tahun aku,aku rasa macam lost.tiba-tiba boleh pulak datang idea giler bagi dia kad nak mintak maaf.hahaha...padahal,tu cuma alasan jek...aku pon dengan berani mencari maklumat pasal dia kat pejabat sekolah.kebetulan aku memang baik dengan kerani sekolah tu,and aku pon memang suka je menebang kat kaunter kerani tu.hehehe..so,lepas mission accomplish,aku pon dengan berani post kad say sorry to him.tak cukup dengan tu,aku siap call lagi umah dia.aku pon tak tahu mana aku dapat keberanian yang macam tu.baru 14 tahun dah pandai wat sume tu.memang kepala otak bijak giler la time tu.hahaha...dulu zaman sekolah,aku ni memang antara student yang out spoken.tak ramai senior yang suke dengan kelantangan aku.tapi,ade abg2 form 5 memang agak suka tengok aku yang out spoken and maen belasah je rule sekolah.hahaha...yeay,aku agak nakal sikit.tapi masa kat sekolah tu jela.hahaha..masa form 4 aku dh jadi baik.hahaha...


lepas sesi perbualan telefon secara baik berlanjutan,aku dah anggap dia macam kawan lelaki yang baik.aku rajin gak la share macam-macam cerita dengan dia.siap berkenalan dengan mak and adik perempuan dia yang sebaya dengan aku.dulu,memang aku kasar sikit,so cara perbualan aku dengan dia takde istilah nak control ayu ke hape.memang maen belasah jek...hehe
nak dijadikan cerita,time ni la aku tercrush dengan beliau.yela,dah kerap sangat bergayut kat telefon mau tak tersuka...hehe...dah la beliau seorang yang kidal,cute,anak kontraktor,hahaha..kira lengkap la...mak dia pon baik ngan aku.pernah gak la bercakap dengan mak dia kat telefon and berdepan.nervous kaw nak cakap dengan bakal mak mertua.hahahahahaha...tu kawan2 aku la yang cakap.haha..
tapi,mungkin bukan jodoh kami sebab lepas dia dapat tawaran uitm sabah,aku dengan dia terlost contact till now.kitorg terlost macam tu je...xgadoh,xade apa2,tiba dia hilang...*sigh*

takpela,aku pon dah segan nak call umah dia walaupun aku still hafal lagi no telefon and alamat penuh rumah dia...tapi,tangan aku ni berat sangat nak mendail no umah dia.xtau la kenapa..aku tak tau kenapa aku dah takde kekuatan nak bercakap dengan dia.mungkin,aku dah semakin dewasa,jadi keseganan aku sebagai gadis masih tinggi.tapi memori tentang dia memang aku tak dapat nak lupa sampai sekarang.terlalu kuat visual tentang dia yang bermain dalam ingatan aku.susah aku nak ilang kan segala ingatan aku yang berkenaan dengan dia.sumpah susah...dah macam-macam cara aku buat.aku pon tak tau kenapa hati aku ni dengil sangat.*sigh*

aku menaip pasal dia arini sebab aku rasa ni je cara aku untuk lepaskan bebanan perasaan aku sekarang ni.aku rasa bersalah dengan si dia yang kuantan.walaupun aku pernah cerita pasal dia kat beliau,tapi aku tetap rasa bersalah.tapi,aku memang berharap sangat2..before aku berkahwin,aku akan dapat jumpa beliau.aku betul2 nak sangat jumpa dengan dia sebelum aku melupakan dia buat selamanya.semoga,satu hari nanti,aku akan dapat juga berjumpa/bertemu semula dengan beliau.

he's my friend...only friend...kami hanya kawan.itu yang tertulis..hanya kawan...