Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Friday, May 10, 2013

My Love..My Kesayangan..

salam..
dah lewat tapi aku masih tak rasa mengantuk..tapi,benda macam ni memang normal sesangat untuk aku.selagi belum jejak 2-3 pagi,memang susah sangat mata ni nak terpejam.hurmm..so,apa jek yang aku nak taip untuk entry kali ini?tapi yang penting ni bukan entry jiwang-jiwang.jadahnya la aku nak taip entry jiwang-jiwang,dah sah-sah aku ni sekarang single.lain la kalau aku ni in relationship..logik la jugak kan kalau dok buat entry jiwang jek.miahaha..tajuk entry aku tu saja je konon-konon nak bagi gempak biar orang baca..#ehh..ecehhhcehh..kalau korang perasan lately ni aku banyak buat entry pasal buku..bukan apa,kawan-kawan rapat aku tau aku ni memang boleh tahan jugak la obses dengan buku..so,daripada aku buat entry-entry meroyan,baik aku buat entry pasal benda yang aku suka.mana la tau,sikit sebanyak boleh membantu menambahkan minat untuk membaca buku kat sapa-sapa yang baca blog aku nih.*bajet macam feymes jek blog aku nih*miahahaha...

aku memang suka membaca..dan menulis..selain dari membaking anda memasak.aku dari sekolah rendah lagi suka membaca..ade la jugak koleksi buku-buku cerita kanak-kanak.tapi mostly buku-buku yang aku baca,aku pinjam dari library.tapi bila dah masuk sekolah menengah,barulah genre bahan bacaan aku berkembang pesat.bermula dengan bahan bacaan ringan macam magazine and komik.pastu aku terjerat dengan dunia novel.lama jugak aku hidup bertemankan novel.tapi aku mula membeli sendiri buku-buku aku masa aku lepas SPM.tapi sayangnya..koleksi novel terawal aku sudah hilang..dipinjam rakan dan tidak dipulangkan..sedih..tapi takpela,hope nanti aku boleh beli balik buku-buku yang dah ilang tu.so,korang nak tengok tak koleksi novel2 aku?hahaha...
~ni la separuh dari koleksi novel2 aku.separuh hokeyhhh!!sebab separuh lagi dah hilang sebab kes pinjam tak pulang.sabar jela.kalau korang perasan,novel2 aku mostly daripada terbitan Jemari Seni.aku memang suka novel2 Jemari Seni terutamanya tulisan Hlovate,Syud and Pingu Toha.~


~okey,yang ni pulak koleksi buku2 yang agak ilmiah..huhu.aku suka buku2 berbahasa melayu sebab penguasaan bahasa inggeris aku agak lemah so,untuk mengelakkan beli buku yang tak dibaca mcm buku yang belah kiri tu,so ade baiknya aku beli sahaja buku bahasa melayu.~



~chanchan..ni pulak koleksi buku/majalah masakkan aku.yang ni memang 100% english magazine/book.sebabnya,resepi matsalleh ni memang diyakini memang menjadi.aku dah pernah try resepi kat majalah2 melayu ni..tapi kebanyakkannya hanyalah indah khabar dari rupa.hurmm...semua kek/dessert yang aku buat kebanyakkan berpandukkan majalah2/buku ni la selain dari internet.~


 
~ni koleksi komik aku yang tak seberapa.aku bukan la hardcore baca komik tapi kalau datang mood nak baca tu,memang mencari jugak la komik2 yang best.tapi personal faveret aku komik2 karya Zint,Keith and Kaoru.sape dorang?ce google..malas la pulak nk cite riwayat idup dorang.miahahaha~


hurmm...takde la banyak sangat kan koleksi buku-buku aku.aku ni kalau ikutkan memang aku nak je penuhkan bilik aku tu dengan buku-buku.tapi apekan daya,aku masih lagi belum bekerjaya.so,sumber kewangan untuk membeli buku tu memang terhad.mostly buku-buku yang aku beli ni aku guna duit raya and duit upah tolong mak aku buat kek.aku rasa kalau aku ni kerja stock gaji riban-riban memang penuhla buku kat bilik aku.silap-silap dah boleh buat library.miahahaha..memang tu la impian aku..nak ade mini library kat umah.nanti,one day if aku dah kawen,dah ade rumah sendiri,memang aku nak buat satu mini library dalam rumah aku.tu pun tengok jugak la besar mana rumah aku.kalau rumah biasa2 je,maybe aku nak wat reading area je.wahhh...kemain lagik impian..hahaha..tak salah nak berangan kan.lagi2 bila angan-angan kan benda yang berfaedah.heheheaku ni bukan apa,bagi aku kalau membaca,lagi2 kalau baca buku fiksyen la macam novel tu,aku suka baca cerita yang tak berat sangat konfliknya.tapi tengok jugak keadaan aku.senang cite,aku membaca mengikut genre yang sesuai dengan mood aku waktu tu.kalau mood aku tengah happy,aku tak kisah nak baca buku2 yang ceritanya agak berat.terutama macam buku2 ilmiah contohnya.tapi kalau mood aku tak berapa okey,aku akan cuba baca buku yang lebih ringan and santai.kalau baca novel cinta pon,nak baca cerita yang konflik dia tak mengarut sangat.yang penting lepas baca tu,boleh tolong betulkan mood aku time tu.hehehehe..

tapi kebiasannya,aku akan pastikan aku akan membaca dalam sehari.paling kurang pon bacaa magazine or newspaper.tapi aku tak suka baca online newspaper..sebab tak best.miahahaha...kawan-kawan aku selalu cakap aku ni minah wiki,minah google sampaikan kalau dorang malas nak google pasal satu benda or isu,semua tembak dok tanya aku.bagi dorang,aku ni tau semua benda..hahaha...padahal aku sama jek macam dorang cuma tak dinafikan aku memang suka baca wikipedia.kalau ada benda yang aku wondering even sekecil-kecil benda pon aku akan bukak wiki.aku bukan apa,mungkin disebabkan aku membaca,so memudahkan and memberikan aku sedikit bonus la dalam general knowledge nih.walaupun hakikatnya aku bukanlah manusia yang serba tau..ade banyak lagi benda yang dorang lagi tahu daripada aku.masing-masing kan ade kebolehan/kelebihan masing-masing betul tak.hehehe..okeylah..aku sebenarnya beberapa saat tadi rasa macam lost..tak tahu nak taip apa..ingatkan nak taip panjang lagi.tapi tiba-tiba rasa macam idea tuh lari hilang dengan tiba-tiba..ecehhhh..kemain lagi berfalsafah di awal  pagi.hahaha..tak pe,aku rasa entry ni aku akan buat part two kot esok.tu pun bergantungla pada tahap kerajinan aku esok.kalau rajin,aku taip..kalau tak tunggu jela waktu rajin aku tu sampai dengan sendirinya.miahahaha..oohhh by the way,esok pukul 5-7pm akan ade Buku Jalanan Bangi kat Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.so,sape2 yang free esok boleh la singgah.aku personally tak pernah pon lagi pergi buku jalanan ni.tapi aku boleh gerenti event ni memang best.lagi2 untuk sape2 yang minat dengan buku,puisi,seni and macam2 lagi.so selamat berbuku jalanan esok.so,tu saje entry untuk pagi ni..jumpe lagi di lain entry.miahahahaha...salam..selamat peniduran...

Wednesday, April 24, 2013

Berpesta 1 Malaysia.

salam..
hari ni dah 24 April..lagi beberapa minggu je lagi satu Malaysia akan berpesta..sekarang pon dah macam pesta dengan bendera sana sini,poster lagi..huhuhu..tak lama lagi Malaysia akan menyambut pesta pilihanraya terulung dalam sejarah.sebab apa aku kata terulung,sebab sebelum parlimen dibubar lagi satu Malaysia ni dah tak sabar-sabar nak mengundi.aku sebenarnya malas nak cerita pasal mengundi nih sebab tujuan aku tulis entry ni sebab nak cerita pasal Pesta Buku..hehehe..aku kalau bab-bab buku ni memang teruja lebih sikit.hehe..kalau korang nak baca entry pasal pilihanraya,better baca blog2 politik lain sebab aku tak suka semakkan blog aku dengan cerita-cerita politik nih.hehehe..okey,back to our business..pesta buku a.k.a Book Fair(Kuala Lumpur International Book Fair) akan berlangsung mulai Jumaat ni hingga 5 Mei 2013.pesta buku ni akan berlangsung di PWTC.tau tak kat mana PWTC?ala,korang google jela ek..aku tak reti nak bagi koordinat GPS korang.hahahaha..okey,kalau kat pesta buku ni biasanya memang akan penuh dengan orang serius padat.siap ade rombongan cik kiah lagi...kalau korang penah baca entry aku sebelum ni pasal pesta buku ni mesti korang pernah baca pesanan aku bila korang jejakkan kaki kat sana.so,aku tak payah la nak ulang lagi..(malas betul entry aku kali ni) cuma aku nak ingatkan,kalau sampai sana,ati2,jaga barang2 berharga anda.kalau bawak anak kecil,adik2 yang 12 tahun kebawah tu make sure jangan leka sangat dengan segala sales yang ade.nanti tak pasal2 ade kes budak ilang.make sure handphone batery full and ade kredit so time emergency nanti takde la menggagau tak tau nak handle macam mana.

so,korang dah decide nak borong buku apa je?kalau korang tanya aku,memang panjang berjela la list buku2 yang aku nak sambar...makin hari makin bertambah sampai dah over budget.hahaha..kalau taun lepas aku berhabis 200 hengget,taun ni mungkin lebih kot sebab aku nak beli balik buku2 aku yang dah ilang.huhuhu....sedey..tak pasal2 kena beli balik.tapi rasanya untuk book fair kali ni,aku fokus nak terjah 3 or 4 booth je kot..sebab aku ni budget tak banyak kang kalau terjah semua booth kang balik jalan kaki aku.huhu mana tak nya kalau dah kat satu booth je aku boleh berhabis dekat 100 hengget bayangkan la kalau aku terjah 5 booth..500 HENGGET WOIIII!!!!!hahahahaha....kalau la aku banyak duit,memang aku tak kisah..ni nak beli buku pon kena mintak belas ehsan mak ayah aku memang tak la...haha.ni kalau mak aku hulur 300 pon aku dah bersyukur sangat...ohhh ayahnda dan bonda,bantulah anaknda mu ini..aminnnn...hahahahaa..pffftttt sadis betul.tapi untuk book fair kali ni aku nak pastikan sume novel tulisan Hlovate mesti dibeli.ni semua gara-gara orang pinjam tak pulang.apa kata entry kali ni kita main tulis-tulis list buku yang nak dibeli okey tak?hehe..okey,bersiap sedia la untuk melihat keseluruhan list buku yang aku nak beli.list2 ni hanya buat masa sekarang and mungkin akan berubah dari semasa kesemasa ceyhhhh..
okey check it out yawww!!!

Ehemmm ni lah listnye.....:

~Booth Jemari Seni~
  • gurindam jiwa/schubert serenade-Hlovate
  • tunas-Hlovate
  • aA+bB-Hlovate
  • 5 Tahun 5 Bulan-Hlovate
  • Pelangi/Ked story-Hlovate
  • Versus-Hlovate
  • Rooftop Rant-Hlovate
  • Anthem-Hlovate(novel baru)
  • Hlovatinta-Hlovate(limited edition)
  • tentang Dhiya-Syud
~Booth Lejen Fixi~
  • KLCC-fixi(kalau ade lagi)
  • Asrama-fixi
  • murtad-fixi
  • tuhan-fixi
  • pecah-fixi
  • cerpen(shaz johar)-fixi
  • kasino-fixi
  • langit nan gelap-lejen
  • bau semangat anak muda-lejen
  • rokok nan sebatang-lejen
  • kolonial mimpi-lejen
  • sperma cinta-lejen
  • lelaki eksistensial-lejen
  • diorama eksisten-lejen
~lain2:
  • seksi ovari
  • langit vanila
  • dajjal
  • Kuala Lumpur - Berlin
  • Perahu Kertas
  • Negara 5 menara


and banyak lagi...hurmmmm banyak kan list aku..aku pon naik seram tengok..huhu..aku tak tahu la kenapa tapi aku memang tak boleh nak halang nafsu membeli aku ni.dengar je orang review buku-buku yang best2 semua aku nak beli jugak.tak padan dengan tak de duit kan.hahaha....aku ni kalau dah dapat beli buku yang aku nak memang senyum sampai ke telinga.dah macam kena pinang dengan anak raja.hahaha.mungkin sebab aku ni kan single,takde komitmen apa2 so,buku ni la peneman aku dikala sunyi.baik bercinta dengan buku,tak de la sakit ati sangat.sakit ati pon kalau cerita buku tu tak best.hahaha...korang pon mesti ade list buku2 yang korang nak beli jugak kan.so,aku ucapkan selamat berbelanja...semoga kita sama2 dapat apa yang kita cari.hehehe...okeylah aku lapar giler ni.cuaca pulak dah macam kat scotland.sejuk,dingin tak hengat.so,alangkah molek kiranya aku ke dapo memasak sesuatu untuk dimakan kejap lagi.so,selamat membaca,selamat berpesta buku dan selamat mengundi uolsssssss......

#Sayangi Buku Yakini Book Fair Lawati PWTC! Have fun!!!!!

Tuesday, September 25, 2012

pulih pun..Alhamdulillah...

salam...
tahniah blogspot sebab berjaya wat daku panik sebentar...
actually,nothing happen pon..hehehe...tibe2 dia dah okey balik..hehehe..okeylah..nanti2 la aku buat proper entry..nak jenjalan jap kat blog2 orang..nak cari ilham..bukan ciplak ilham tau..hehehe...

APA DAH JADI NIH!!!!!

Salam...
seyesly aku tengah dalam mood kebingungan yang teramat..apa dah jadi dengan blog list aku?kenapa blogspot ni kate aku takde follow/add mane2 blog?hohohoho..stress la gini..dah la aku memang tengah serabut..bile bukak2 jek blog ni,tibe2 jadi gini..aduhhh....macam mana nih?haishhhh....sakit pulak jiwa i..hurmmm....terus terbantut nak berceloteh kat sini..hishhhh....ke aku ni yang tak ambil tahu perkembangan semasa blogspot nih?haishh...entahla....hurmmmmm..takpela,nak wat macam mana..terpakselah den ni mengadd smua blog2 yang den follow selama ni...hishhh...banyak koje lak nak kena buat..tapi takpela..berkorban ape saja demi belog tersayang..*flip hair*.hehe

Tuesday, September 18, 2012

business minded

salam..
lama dah tak update..lepas entry pasal diet session tuh terus aku senyap menghilang kan..haha..so,the diet session tuh still lagi aku praktikkan.just aku cuba sesuaikn dengan keadaan la.aku still amik nasi tapi aku kecikkan portion sebab kawan aku cakap jangan terus cut out apa yang kita dah biase makan,tapi just kurangkan sikit2.hehe..so..back to our topic..hurmmm..yeayh thats right.now aku tengah dilanda virus/wabak business minded yang agak ekstrem..kenapa aku cakap ekstrem,sebabnya..aku rase macam feeling nak ade busines sendiri/online business tu makin membuak-buak..tipu la kalau aku kata aku taknak untung.dah nama pon business..dah sah2 business tu mementingkan keuntungan,bukan kebajikan.hehehe tapi sebelum nak buat apa2 business,plan tu penting..sebab tu la business plan is the most important thing before nak start business.tak kan la nak berbusiness main boh je,takde plan betul tak..hehe..kalau ikutkan idea asalnya,aku and best friend aku yang berplanning nak start buat online business.memandangkan kawan aku tuh jenis tangan gadis2..i means,tangan yang kreatif,boleh menjahit,pandai buat kraft and sebagainya..hehe..aku pulak cuma boleh cooking,and baking..not more than that.so,oleh kerana masing2 ade kelbihan yang berbeza,so we decide untuk buat online business based on food and fesyen things..so,untuk raya haji ni,kitorang akan start launching our product.so first batch product for hari raya aidiladha is:

*chocolate moist cake
*steamed fruit cake
*lapis betawi
*blueberry/strawberry cheese tart
*tart shells
*cookies.

tapi so far,aku belum keluarkan sample nya..insyaallah hujung bulan ni kitorang akan start keluarkan iklan,smaple n etc yg berkaitan.for starting,kitotrang tak dapat nak sediakan khidmat delivery.kecuali product yang boleh di kurier.utk food product,kena pick up sendiri kat pick up point.tapi semua details tak boleh la bagitau sekarang..after semua settle i will promote our brand.so stay tune okeyh...doakan segalanya baik2 shaja...can't wait tu see our first batch project.hehe.. wish me luck!

Monday, September 3, 2012

i need to lose my weight!

salam..
setelah sekian lame..baru la aku mengupdatekan jugak blog yang tak seberape ni.
macam tajuk yang terang-terang aku taip kat atas tu,hurmm yup,i need lose some weight..wait a second?some?huhu..i need huge amount to lose my weight..hahaha..kenapa tiba-tiba aku cakap pasal benda ni?sebab....aku terasa aku sangatlah besar gedabak sekarang....huhuhu...tapi,nak buat macam mana,memang salah aku jugak..aku dahla memang suka sangat masak,sangat suka bg orang makan and aku pulak memang sukaaaaaaa sangat makan..yess..am a food lover babeh...hahaha..
ok...berbalik pasal kisah pengdietan aku,aku dh tetap target nk turun 1 KG for a week..huhu..nmpk agak mustahil kan,tapi dalam dunia ni nothing is impposible..so,aku dengan gigihnya bakal mencabar diri aku sendiri untuk lose weight...huhu..kalau aku dapatkan berat masa aku lepas form 5 tu pon aku dha bersyukur.sebab,walaupun masa tu berat aku 70 KG,tapi aku boleh pakai baju size L..hehe..yes,badan aku ni sebebnarnye kecik je sebab aku ni pendek...kate orang putih,pettite..hahaha.huhuhu..

actually,harini ni is the first day for my dieting program..so,for today i mean untill this evening,this is what i ate.

1 mug hot green tea(wthout sugar okeyh)

1 paket vanila wafer

1 glass peel fresh juice(no sugar added)

1 plate of fried beehon with scrmble eggs

huhu..memandangkan aku tak reti nak kira berapa kalori,aku cuma tetapkan untuk setiap menu diet aku,kena ade protien,karbohidrt,n vegie/fruit n a bit sugar.so,for dinner tonite mungkin menu aku pilihan aku untuk malam ni is,

a small bowl tofu and vegie light soup

1 glass of hot lemonade

1-2 glass of plain water

1 pcs fruit

untuk snack pulak,aku makan kurma and plain water sahaja.hehe..kali ni memang aku betul2 berazam nak lose some weight,so guys,wish me luck..see uols kat next entry esok okeyh.,..salam


Saturday, June 23, 2012

Terupdate juga akhirnya

Salam...morning guys..wow,sungguh lame aku tak mengupdate malahan aku langsung tak bukak blog aku ni..aku cuma kerap blogwalking je..bukan aku tak sudi,tapi...*ceh,macam lagu Iklim pulak..hehe*alkisahnya,selama aku mendiamkan diri,aku sebenarnya telah memulakan kerjaya sebagai pekerja yang sangat berdedikasi *cehh* di sebuah cafe yang terletak dikawasan milik MASkargo...hahaha..aku kerja kat situ cuma 3bulan je.tapi,dia punya expirience dah macam bertahun aku kerja kat situ.macam-macam ragam manusia aku jumpa/kenal masa aku kerja kat sana..kalau ikut kan,banyak benda tentang pengalaman aku kerja kat sana aku nak kongsikan kat sini..akan tetapi,aku malas nak menaip disebabkna oleh aku mengupdate blog ni menggunakan ipad 3 adik perempuan aku..hurmmm,tapi bukan la hak milik mutlak dia sorang,ipad ni di kongsi seisi keluarga..kan lebih jimat..btul tak?hihi...aku sebenarnya terasa macam nak tulis pasal EURO 2012..tapi aku lebih suka tulis satu entry penuh pasal tu.so,kena la tunggu final euro nanti..hehe..haish,susah la taip guna ipad ni..walaupun aku ade smartphones,tapi hp tu bukan fully touch screen..huhu..rasa awkward sangat bila menaip panjang2 macam ni guna touch screen.hehe..oh ye,lupa nak khabar..memandangkan puasa dah nak dekat,aku and my mom selalu amik tempahan biskut raya..hehe..so,insyaalah,tahun ni tetap akan amik tempahan seperti biasa.tetapi mungkin ade penambahan dari segi jenis makana yang di jual.kalau kebiasaannya,kami hanya menawarkan tempahan untuk biskut tart nenas and london almond.so,berkemungkinan besar tahun ni aku sendiri akan menambahkan koleksi biskut yang sedia ade.tapi masih lagi tak dapat nak dipastikan ape jenis biskut yang bakal diperkenalkan sebab proses R&D belum lagi aku buat.so uols sume kena tunggu la perkembangannya..hehehe..okeylah,sampai sini je coretan aku untuk pagi ni..pagi ni ade match Spain vs France.tapi aku malas nak tengok live..huhu pasal bisness kuih raya tu,aku akan update lagi dalam mase seminggu dua ni,so sabar ye..hehe..okeylah aku nak melenjan ipad ni puas2 before aku kena pulangkan balik kat adik aku,so sweet dream..hehehe

Friday, December 30, 2011

welcome to our crib...

salam..
hai sume...
menjelang 2012 ni,housemate aku telah menambah penghuni baru rumah sewa kami..iaitu dua ekor kura2 yang sangat tomey...tapi kami tak tau nak bagi name ape so,kami sume panggil mereka as a TURE-TURE...hehehe...buat masa sekarang aku tak boleh nak upload pic ture2 tu sebab tadi tak sempat nak snap pic dorang...sekarang ni dorang berenang2 kat dalam akuarium and akuarium tu kitorang letak kat balkoni petang tadi..saje je nak bagi dia rse matahari..hehehe..kami sume berazam akan menjage si ture2 ni dengan sepenuh hati..hehehehe..okeylah,ku tak de idea nak menaip pulak malam ni..jumpe lagi di laen entry..
salam..
good nite..

Thursday, November 24, 2011

TERINGIN NAK TENGOK BOLA LIVE KAT STADIUM...

Salam...salam Jumaat readers...
tadi aku bace blog Cik Epal..bile aku bace je entry dia,aku terus menjerit name BADDROL BAKHTIAR....hahahaha..kronik betul aku ni kan..hahaha..ok3 berbalik pasal entry aku + entry blog Cik Epal tadi.entry beliau berbunyi macam ni..."SIAPA NAK TIKET BOLA MALAYSIA VS BHRAIN?"..hahahahaha...aku memang teruja giler la bace entry tu..tanpa membuang masa terus ikut segala arahan yang diberikan utk membolehkan aku berpeluang utk rasa macam mana feelnyer tgk bola kat stadium..hehehe..walupun aku tak letak harapan yang tinggi,tapi kalau ade rezeki,adela tu...hope CIK EPAL sudi memberikan tiket tu kepada saye...hhhehehe...tapi..kalau lah ditkdirkan aku tak menang contest tu,camne ek nak beli tiket tu?almaklumlah,aku tak pernah beli2 tiket bola ni...tiket train selalu la...hehehh..keylah..aku nk lyn drama kat tv3 nih..best pulak tgk aqasha jd ustaz...suci je muke dia..heheh...ok la...samapai disini dulu...ohh,,before terlupa.selamat menyambut MAAL HIJRAH bg semua kaum muslimin dan muslimat.
salam..

p/s:sorakan utk harimau muda ku ersayang...aummmm...hahahah....go young tigers!!!!!!

Friday, November 11, 2011

sweet november...

salam semua...
lame betul aku tak post ape-ape kat blog ni..aku bukan ape..compaq terayang telah mengalami kerosakkan maka,segala kandungan cerita2 yang aku nak postkn tu tak dapat la nak diselamtkan..huhu..so sad meyh...ni pon aku dapt ehsan housemate aku..beliau sgt murah ati meminjamkn laptop beliau seketika..

tak tau dah nk story pe..oh ye,gh bln november nnt kolej aku ade wat konvo,so msti la ade tapak ekspo..jadi aku dengan beraninya telah cube memohon utk menyewa tapak gerai mase ekspo tu nanti..hermm..ape ek yang aku patot niaga kan??hehehe
setelh aku bermonolog sendirian sambil berbincang dengan rakan-rakan aku yang terdekat,maka aku bercadang untuk cube menjual makanan2 berikut.antaranya:

-red velvet cuppies
-choccake cuppies
-rainbow cakes bar
-mini cheese tarts
-mini tartlet
-mini bread butter puding
-mini shepred pies and assorted pasta
-layer cake,choc cake,or carrot cake

and berkemungkinan,setiap hari akan ade berbeza jnis makanan yg aku akan cube jual..so,if berjaya aku kenalah nk pikir name gerai,harga and etc...huhuhu...amboii..kemain lagik aku bersemangat kan...hahahah..aku bukan ape,aku memang dh lame tunggu saat2 ni...ehehe...bukak mini stall time2 ekspo camni is somethng yg heaven kot....for me la...kos rendah,risiko pon kurang..untung blh thn la..hahahaha...aku i seyesly dh terlebey eksaited..muahahahahaha
yeahhh...welcome to my dreamz world...huhuhu..tapi sayangnya,aku tak dapat nak share cite ni kawan aku yg aku dah anggap macam abg aku sendiri....aku tau beliau ade masalah,tapi beliau bukan jenis yang akan diamkan diri macam ni..this is really not him...hurmm...entahlh...bile dia wat tindakan maam tu aku tau mesti bende tu terlalu berat utk dia terime...takpelah..aku harap beliau dpat jadi mcm beliau yang aku kenal 2 tahun lepas...aminnnnnnn...

ok lah,cite hindustan kat tv2 ni best lak...tp dh nk hbs...tak pelah...semoga semuanya kembali seperti sedia kale..marilah kite menonton tv..tata...salam..

Thursday, October 13, 2011

i need idea and inspiration..

salam sume..
emm..entry ni just nk inform yg e-novel ESPRESSO vs TEH TARIK part 4 tengah dalam proses pencarian ilham..entah kenapa idea nk menulis utk cerita tu tak muncul2..dah penat mencari ilham...dh berpuluh kali ulang tgk drama korea..tapi xjugak datang2 mood nak menulis..ermm...hope cite tu dapat disambung secepat yg boleh..hehehe..insyaAllah..amin..

Wednesday, July 13, 2011

Bila Ramadhan datang kembali..

salam..
maaf sebab hilang cam tu je...entry konsert lpas tu pun tak dan lagi nak continue..entahla..dah kepam sangat citer tu sampai malas nak di ingat balik untuk ditaip dalam blog ni..sesungguhnya,sepeninggalan aku terhadapan dunia blog ne,banyak sungguh citer2 yg menarik untuk aku kongsi kan dengan semua..(macam ramai je yg bace)..huhu..
ok...entry aku ari ni sebenarnya nak citer pasal bulan ramadhan a.k.a bulan puase...wahh...bila terbau-bau je bulan ramadhan ni,terus teringat utang2 yang tertinggal..almaklomlah...dah namenya perempuan..haruslah ade yang ter'miss"..hehehe..tapi diri tersangatla envy dengan insan2 yang bergelar perempuan tapi berjaya berpuase penuh..alahai....seronoknye....cakap pasal nak ganti pose ni,aku pon xganti lagi..alahai...ape la nak jadi ngan aku ni kan...mane tak nye..asal bukak mate je terus mulut nak minta disuap...konon2 nak pose tu asyik tinggal impian je...aduhai....bile la nk ganti....bukan lame pong...seminggu je...aduhh...nape la liat sangat...huhu...
so,korang yang bace blog ne if belum ganti,meh la kita same2 mempercepatkan urusan gantian puase ni...kot2 xsempat...aduhh..mintak simpang la sume tu....so...selamat berusaha mengganti puase...

Wednesday, April 20, 2011

buku oh buku....


salam...
entry ne just nak ckp pasal pesta buku yg dah nak start Jumaat ni..kalau sape-sape yang kenal aku,mesti tau betapa sukenya aku dengan buku..aku dan buku ne dh macam kucing jmpe ikan...hahaha...aku memang pantang tengok buku..mesti nak beli..kalau tak cukup duit nak beli,aku sanggup baca kat kedai tu..pernah sekali tu aku lepak kat MPH dekat 3 jam..siap habis baca 1 novel...walaupun tak de duit nak beli time tu,tp aku puas ati sebab aku dapat baca novel tu sampai habis..hehehe..

so..berbalik kepada hal Pesta Buku tu....kalau tak salah Pesat Buku ni start 22 April-1 Mei 2011 kat PWTC...aku memang dah lame tunggu pesta buku ni...time ni la dapat beli buku ngan harga yang agak murah daripada biasa...lagi2 buku berbahasa Inggeris..so,untuk student2 IPT mmg patot la pergi sini..boleh menambahkan lagi ilmu..tapi aku nasihatkan berhati-hati bila kat sana sebab tempat tu terlalu padat ngan orang..so,sape kate orang Malaysia kurang berminat membaca...tu suma salah..bila korang pergi book fair ni,korang dapat tengok sendiri ramai rakyat Malaysia ni yang memang gemar membaca..dan membaca tu dh jadi salah satu lifestyle mereka..tak percaya,tengok la nanti betapa ramainya orang yang yang serbu book fair ne..hehehe..selain tu,sape2 yang nak pergi bawak adik2 kecik or anak2 kecik..carefull sangat2 tau..pastikan jangan terlalu leka hingga lupa orang yang ade keliling kita...pastikan HP ade full bateri and kredit..mn la tau di buatnya sesat or lost ngn kwn2..senang sikit nak cari mereka...

so...jangan lupa sediakan wang yang secukupnya..tak salah berhabis untuk buku sebab buku tu ade ilmu..kalau kita leh spend beratus-ratus untuk makan,pakai dan lain2,jadi tak salah kalau kita berhabis untuk sebuah buku yang sarat ngan ilmu pengetahuan..jadi,marilah kita bersama-sama pergi ke KL BOOK FAIR 2011 di PWTC KUALA LUMPUR..berdepan ngn The Mall..hehehe..dtg jgn tak dtg ok...

Tuesday, April 5, 2011

RALAT

~salammm....
aku just nak inform...untuk entry cheese cake yg lepas,aku dah tersalah taip sukatan untuk tepung..sukatan yang sebenar ialah 120GRAM..bukan 200gram yang aku tulis before this..maaf...segala kesilapan amat dikesali...sekian...