Tuesday, September 25, 2012

Espresso vs Teh Tarik ~part 4

Selepas selesai pembahagian kelas,ternyata Lisa dan Maya bertemu sekali lagi dalam kelas yang sama kerana mereka berdua telah memilih kelas aliran sejarah manakala Amer dan Azril pula berada didalam kelas geografi A disebabkan terdapat dua buah kelas bagi aliran geografi.

“alamak Mer,that girl tak sama kelas dengan kita lah..punahlah harapan kau nak usha dia lagi pasni”

“apalah kau ni Aril,kau ingat aku ni hadap sangat ke nak usha perempuan yang aku tak kenal. Lagipun,yang kau beria nak bahan aku sebab aku usha minah tu kenapa?aku pandang dia bagai nak rak bukannya tanda aku syok kat dia. Ada paham?”

Beria-ria Amer mempertahankan dirinya bila diusik oleh Azril dan Azril seperti biasa hanya membalas alasan Amer dengan segaris senyuman sinis. Azril tau yang Amer akan cuba sedaya upaya untuk menidakkan perasaannya sekarang sebab dia tahu Amer seorang yang sangat suka memendamkan perasaannya. Tapi Amer tak sedar,caranya itu telah membantu Azril membaca apa yang sedang dirasakan oleh kawan baiknya tu.

“Mer,aku bukan baru kenal kau sesaat. Aku rasa aku lebih kenal diri kau dari kau sendiri..hahaha..”

*Amer,Amer..orang lain la boleh kau nak pusing..sampai bila la kau nak teruskan dengan sikap kau ni mer.*

“hahaha…kau ni,serius dah pandai bergurau.kau lagi kenal aku dari diri aku sendiri?wahh..tak sangka best friend aku ni hebat.macam-macam la kau ni Ril..malas aku nak layan kau punya analogi tu.suka hati kau la nak fikir ape Azril oi.”

Nada suara Amer sekarang memang nampak sangat yang dia dah malas nak layan apa saja yang Azril cakap tadi. Dia malas nak peningkan kepala dengan benda-benda yang tak penting buat masa sekarang. Tapi,Azril tahu apa yang Amer tengah fikirkan. Azril cuma tersengih macam kerang busuk bila Amer beria menafikan segala perbuatan yang dia buat tadi.

"Mer,kau rasa kan,minah tu single lagi tak?"

Azril cuba memancing Amer dengan topik yang berkaitan dengan Maya.sengaja dia buat macam tu sebab nak tengok reaksi si Amer ni.sebab Amer ni tak reti nak guna teori Ting Tong Mei. seperti yang Azril jangka,memang air muka Amer berubah dengan ketara bila mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut BFF dia. namun Amer hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. dia tau Azril tetap akan cuba sedaya upaya bertanya bermacam-macam soalan yang mampu menarik perhatian dia semata-mata nak pastikan gerak hati dia tu betul.

*Aril...Aril...kau ingat aku tak tahu ke niat kau tu..kau pon sama jugak la..tak reti nak peraktikkan teori Ting Tong Mei tu.*

*ehh si Amer ni,senyum pulak?confuse aku..lantak kau la mer..jangan nanti sebok susahkan aku pasal minah tu dah.*

Azril mengalah..dia memang tak dapat nak pysco Amer macam kebiasaannya. perbualan mereka terputus begitu sahaja dan mereka berdua kembali memberi perhatian kepada taklimat kelas baru mereka. Sementara itu....

pulih pun..Alhamdulillah...

salam...
tahniah blogspot sebab berjaya wat daku panik sebentar...
actually,nothing happen pon..hehehe...tibe2 dia dah okey balik..hehehe..okeylah..nanti2 la aku buat proper entry..nak jenjalan jap kat blog2 orang..nak cari ilham..bukan ciplak ilham tau..hehehe...

APA DAH JADI NIH!!!!!

Salam...
seyesly aku tengah dalam mood kebingungan yang teramat..apa dah jadi dengan blog list aku?kenapa blogspot ni kate aku takde follow/add mane2 blog?hohohoho..stress la gini..dah la aku memang tengah serabut..bile bukak2 jek blog ni,tibe2 jadi gini..aduhhh....macam mana nih?haishhhh....sakit pulak jiwa i..hurmmm....terus terbantut nak berceloteh kat sini..hishhhh....ke aku ni yang tak ambil tahu perkembangan semasa blogspot nih?haishh...entahla....hurmmmmm..takpela,nak wat macam mana..terpakselah den ni mengadd smua blog2 yang den follow selama ni...hishhh...banyak koje lak nak kena buat..tapi takpela..berkorban ape saja demi belog tersayang..*flip hair*.hehe

Tuesday, September 18, 2012

business minded

salam..
lama dah tak update..lepas entry pasal diet session tuh terus aku senyap menghilang kan..haha..so,the diet session tuh still lagi aku praktikkan.just aku cuba sesuaikn dengan keadaan la.aku still amik nasi tapi aku kecikkan portion sebab kawan aku cakap jangan terus cut out apa yang kita dah biase makan,tapi just kurangkan sikit2.hehe..so..back to our topic..hurmmm..yeayh thats right.now aku tengah dilanda virus/wabak business minded yang agak ekstrem..kenapa aku cakap ekstrem,sebabnya..aku rase macam feeling nak ade busines sendiri/online business tu makin membuak-buak..tipu la kalau aku kata aku taknak untung.dah nama pon business..dah sah2 business tu mementingkan keuntungan,bukan kebajikan.hehehe tapi sebelum nak buat apa2 business,plan tu penting..sebab tu la business plan is the most important thing before nak start business.tak kan la nak berbusiness main boh je,takde plan betul tak..hehe..kalau ikutkan idea asalnya,aku and best friend aku yang berplanning nak start buat online business.memandangkan kawan aku tuh jenis tangan gadis2..i means,tangan yang kreatif,boleh menjahit,pandai buat kraft and sebagainya..hehe..aku pulak cuma boleh cooking,and baking..not more than that.so,oleh kerana masing2 ade kelbihan yang berbeza,so we decide untuk buat online business based on food and fesyen things..so,untuk raya haji ni,kitorang akan start launching our product.so first batch product for hari raya aidiladha is:

*chocolate moist cake
*steamed fruit cake
*lapis betawi
*blueberry/strawberry cheese tart
*tart shells
*cookies.

tapi so far,aku belum keluarkan sample nya..insyaallah hujung bulan ni kitorang akan start keluarkan iklan,smaple n etc yg berkaitan.for starting,kitotrang tak dapat nak sediakan khidmat delivery.kecuali product yang boleh di kurier.utk food product,kena pick up sendiri kat pick up point.tapi semua details tak boleh la bagitau sekarang..after semua settle i will promote our brand.so stay tune okeyh...doakan segalanya baik2 shaja...can't wait tu see our first batch project.hehe.. wish me luck!

Monday, September 3, 2012

i need to lose my weight!

salam..
setelah sekian lame..baru la aku mengupdatekan jugak blog yang tak seberape ni.
macam tajuk yang terang-terang aku taip kat atas tu,hurmm yup,i need lose some weight..wait a second?some?huhu..i need huge amount to lose my weight..hahaha..kenapa tiba-tiba aku cakap pasal benda ni?sebab....aku terasa aku sangatlah besar gedabak sekarang....huhuhu...tapi,nak buat macam mana,memang salah aku jugak..aku dahla memang suka sangat masak,sangat suka bg orang makan and aku pulak memang sukaaaaaaa sangat makan..yess..am a food lover babeh...hahaha..
ok...berbalik pasal kisah pengdietan aku,aku dh tetap target nk turun 1 KG for a week..huhu..nmpk agak mustahil kan,tapi dalam dunia ni nothing is impposible..so,aku dengan gigihnya bakal mencabar diri aku sendiri untuk lose weight...huhu..kalau aku dapatkan berat masa aku lepas form 5 tu pon aku dha bersyukur.sebab,walaupun masa tu berat aku 70 KG,tapi aku boleh pakai baju size L..hehe..yes,badan aku ni sebebnarnye kecik je sebab aku ni pendek...kate orang putih,pettite..hahaha.huhuhu..

actually,harini ni is the first day for my dieting program..so,for today i mean untill this evening,this is what i ate.

1 mug hot green tea(wthout sugar okeyh)

1 paket vanila wafer

1 glass peel fresh juice(no sugar added)

1 plate of fried beehon with scrmble eggs

huhu..memandangkan aku tak reti nak kira berapa kalori,aku cuma tetapkan untuk setiap menu diet aku,kena ade protien,karbohidrt,n vegie/fruit n a bit sugar.so,for dinner tonite mungkin menu aku pilihan aku untuk malam ni is,

a small bowl tofu and vegie light soup

1 glass of hot lemonade

1-2 glass of plain water

1 pcs fruit

untuk snack pulak,aku makan kurma and plain water sahaja.hehe..kali ni memang aku betul2 berazam nak lose some weight,so guys,wish me luck..see uols kat next entry esok okeyh.,..salam