Thursday, October 13, 2011

i need idea and inspiration..

salam sume..
emm..entry ni just nk inform yg e-novel ESPRESSO vs TEH TARIK part 4 tengah dalam proses pencarian ilham..entah kenapa idea nk menulis utk cerita tu tak muncul2..dah penat mencari ilham...dh berpuluh kali ulang tgk drama korea..tapi xjugak datang2 mood nak menulis..ermm...hope cite tu dapat disambung secepat yg boleh..hehehe..insyaAllah..amin..

Tuesday, October 11, 2011

ESPRESSO vs TEH TARIK -part 3-


Sambil mata Amer tak lepas memandang ke arah pelajar perempuan yang duduk bertentangan denganya,tanpa disedari ada juga mata yang sedang galak memerhatikan keadaan sekeliling,lebih-lebih lagi pada waktu yang boleh dikatakan agak sibuk bagi guru-guru tingkatan enam khususnya untuk menguruskan kemasukkan pelajar-pelajar baru. Amer masih lagi ligat memandang segala tingkah laku pelajar baru itu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia begitu tertarik untuk memerhatikan segala gerak geri pelajar baru dihadapnya itu. Baginya,Maya kelihatan sama sahaja seperti pelajar-pelajar perempuan lain yang pernah ditemuinya. Namun hatinya begitu kuat mengatakan ada sesuatu yang menarik dan istimewa di dalam diri pelajar baru itu.

“Mer,dah-dah la tu. Nanti minah tu perasaan pulak kau usha dia bagai nak rak.”

Amer langsung tidak mengendahkan kata-kata kawan baiknya itu. Matanya semakin khusyuk menatap wajah Maya tanpa mempedulikan langsung pandangan orang sekelilingnya. Amer terus memandang wajah Maya sambil tersenyum simpul hinggakan Azril yang memerhatikan tingkah laku Amer dari tadi hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap pelik temannya itu.

Pada masa yang sama kelihatan beberapa orang guru yang bertugas mula masuk ke dalam dewan sekolah untuk menguruskan proses pendaftaran pelajar baru bagi tingkatan enam bawah. Suasana dewan yang mulanya agak bingit mula beransur senyap selepas kehadiran beberapa orang guru tersebut. Maya yang sedang berbual-bual dengan Lisa tiba-tiba terasa macam ada mata yang dari tadi memerhatikan segala tingkah lakunya. Namun Maya cuba menidakkan perasaan itu dan hanya membiarkan mata itu terus memandangnya. Namun riak tidak senang hati Maya pantas disedari oleh Lisa yang sebenarnya dari tadi menyedari ada mata lain yang asyik memerhatikan Maya. Situasi tu betul-betul buat Lisa tersenyum sendirian namun dia cepat-cepat mengawalnya supaya Maya tidak akan perasaan apa yang dilihatnya dari tadi.

Lisa tahu siapa yang sedari tadi begitu khusyuk memandang Maya. Lisa begitu mengenali Amer dan Aril. Mereka berdua tu turut mempunyai nama gelaran yang pelik iaitu Double A,sebab nama mereka berdua bermula dengan huruf A and mereka berdua juga merupakan kawan baik sejak kecil lagi jadi hairanlah jika semua orang dekat sekolah tu tengok mereka berdua selalu bersama-sama setiap masa sampaikan ada mulut-mulut sumbang yang kata mereka ni pasangan sejenis. Macam-macam lagi cerita yang sering menjadi buah mulut warga sekolah ni lagi-lagi bila melibatkan Azril dan Amer.

*Amer..Amer..nampaknya lepas ni ada cerita panas la kalau kau cuba main mata dengan si Maya pasni.*
Pada masa yang sama,Lisa yang perasaan akan keadaan itu hanya mampu bermonolog sendirian sambil memerhatikan sahaja keadaan itu kerana Lisa tak mahu Maya perasaan dengan apa yang dibuat oleh Amer.
Namun situasi itu terhenti bila cikgu-cikgu yang bertugas kat depan mula menyusun pelajar supaya berkumpul mengikut aliran kelas yang telah dipilih sebelum memulakan proses pendaftaran. Terdapat lima kelas keseluruhannya merangkumi kelas akaun,ekonomi,geografi dan sejarah. Tapi akibat terlalu ramai yang memohon nak masuk aliran geografi,maka terpaksalah kelas geografi dibahagikan kepada dua kelas. Walaupun pelajar yang datang untuk mendaftar taklah terlalu ramai,tapi kekurangan guru yang bertugas menyebabkan proses pendaftaran berjalan agak lambat. Tapi nasib baik mereka dapat pulang lebih awal hari ini lepas pengetua mengumumkan yang aktiviti selepas proses pendaftran dan suai kenal terpaksa dibatalkan.

to be continue........

ESPRESSO vs TEH TARIK -part 2-


“Hai..student baru ke?” ujar gadis yang memakai cermin mata berbingkai tebal sambil melemparkan senyuman manis kearah Maya. Maya membalas senyuman gadis tersebut sambil menganggukan kepalanya.
“Saya Maya,Iman Sumaya..and you?”
“Lisa,Nurul Elisa.”

Mereka berdua mula berkenalan sambil berjabat tangan. Kedua-duanya kemudian leka bertukar-tukar cerita sambil menanti sesi pendaftaran dimulakan. Maya mula menyenangi rakan barunya itu dan tidak kekok berbual bersama Lisa. Lisa juga turut menyenangi perwatakan Maya yang dilihat semakin ramah dan mesra. Keramahan Lisa berjaya mengurangkan kekekokkan Maya terhadap persekitaran sekolah barunya itu. Mereka begitu leka bertukar-tukar cerita tanpa mempedulikan orang yang berada di sekeliling mereka. Perbualan mereka turut diselitkan gelak tawa kedua-duanya. Ternyata Lisa begitu pandai mengambil hati Maya yang sangat pendiam itu. Namun,tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang galak memerhatikan mereka sejak dari tadi.

“Amer,khusyuknya..kau pandang siapa?”
Azril perasan yang mata sahabatnya sedari tadi tidak lepas dari memandang ke arah dua orang pelajar perempuan yang duduk bertentangan dengan mereka. Tapi pertanyaan Azril itu hanya di balas dengan senyuman sinis daripada Amer. Tindakan Amer itu betul-betul menambahkan kemusykilan Azril kerana sepanjang perkenalan mereka Amer bukanlah seorang yang pendiam.

“Ril,that girl yang duduk sebelah kanan depan kita ni not bad gak kan.” Amer bersuara tiba-tiba hingga mengundang tawa pada Azril.

“Mer,perempuan mana la yang tak cantik kat mata kau. Tapi aku tak rasa that girl tu kena dengan taste kau”

“Amboi,indah sungguh kata-kata kau tu. Dah boleh buat skrip drama bersiri. Bukan main lagi perli aku. Kau tu pun apa kurangnya,kau dengan aku tu ibarat cermin tau,so tak payah la kau sesedap rasa nak kutuk-kutuk aku”

“Dah la Mer,tak payah kau serabut-serabut pasal budak perempuan tu. Fokus je kat pengumuman nanti. Tak la kau salah masuk barisan untuk daftar kelas and make sure to remember yang kau nak mendaftar untuk kelas subjek Geografi,bukan Sejarah,jangan salah pulak”

Amer hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum bila mendengar Azril yang pendiam tu mula membebel.

*macam-macam la si Aril ni,ingat aku kasanova ke nak main-main mata dengan perempuan yang aku tak kenal?hahaha.lawak betul.*

ESPRESSO vs TEH TARIK -part 1-

Kringgggggggg….bunyi jam penggera ditepi katilnya begitu membingitkan. Mata yang masih kuyu itu segera dipaksa untuk dibuka. Melihatkan jam yang hampir menunjukkan waktu 6.30 pagi segera membuatkan Maya bangkit dari katil empuknya dan menuju ke bilik air. Selesai mandi dan solat subuh,Maya segera bersiap-siap dengan pakaian rasmi sekolahnya kerana hari ini merupakan hari pertama dia mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 bawah. Sambil Maya sedang bersiap-siap,dia masih lagi sempat berangan tentang suasana hari pendaftaran nanti.

“Ish…entah macam mana la nak mulakan sesi orientasi nanti..tapi,form six pun ada orientasi jugak ke?”

Macam-macam perkara yang bermain dikepala Maya bila dia mula memikirkan tentang suasana pembelajaran baru yang bakal dihadapinya sebentar lagi. Tokkk..tokk…kedengaran pintu biliknya di ketuk berulang kali.

“Adik,dah siap belum..it almost 7.00 am..awak tu nak mendaftar sekolah,jangan lambat tau.”suara mummy Maya mula kedengaran.
“Ok mummy…adik dah siap..kejap lagi adik turun.”jawab Maya.

Selepas 15 minit ,barulah Maya turun ke bawah.ketika dia sedang menuruni anak tangga dia melihat abangnya turut keluar dari bilik dan menuju ke bawah.

“Morning abang ngah..”
“Morning princess..dah ready ke ni nak start new life as a form six student?”
“Emm..not ready yet la ngah..”
“You must ready sis,jangan sia-siakan peluang ni ok?”
Kedua-dua beradik itu bersembang sehingga mereka duduk dimeja makan untuk bersarapan. Sarapan pagi yang sangat ringkas untuk keluarga yang sentiasa sibuk ini. Roti bakar,bijirin,kopi dan susu. Tetapi hanya Maya sahaja yang memakan bijirin dengan susu perisa coklat kerana dia tidak mengemari susu. Mummynya menuangkan air kepada suaminya manakala Maya dan abangnya Fariz leka dengan telefon bimbit masing-masing sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
“Riz hari ini tolong hantar adik pergi sekolah tau. Daddy kena pergi Port Klang kejap lagi ada meeting.”ujar daddynya sambil membaca akhbar.
“Okay daddy..tapi nanti siapa pulak yang nak ambik adik? Riz ade kelas sampai pukul 3 petang ni.”ujar Riz kepada daddynya.
“Takpe,adik boleh naik cab tak pun nanti daddy suruh pakcik Mus ambik adik kat sekolah,boleh tak dik?”soal daddynya kepada Maya.
“Ala….emmm,tak apalah daddy,nanti adik tumpang Zaliya. Lagipun Zaliya pun nanti daftar form six sekali dengan adik.”

Jawab Maya sambil mengeluh. Fariz hanya mampu tersenyum apabila melihat wajah muram adik kesayangannya itu yang sememangnya kurang gemar kemana-mana dengan pemandu daddynya. Adik kesayangannya iu merupakan seorang gadis yang sangat low profile. Puan Syarifah yang melihat gelagat suami dan anak-anaknya di meja makan itu hanya mampu tersenyum. Apabila jam di dinding tepat menunjukkan jam 7.30 pagi,Fariz dan Maya segera bersalaman dengan mummy dan daddynya sebelum berangkat ke sekolah Maya dan kolej Fariz.
Fariz dan Maya segera menuju ke arah Toyota Vios yang di parking di dalam garaj bersebelahan deretan kereta-kereta mewah milik keluarga ini.
Vios ini meluncur perlahan di atas jalan raya kerana keadaan jalan raya yang agak sibuk pada pagi ini. Namun hal ini adalah perkara biasa di Kuala Lumpur. Suasana didalam kereta itu agak senyap dan yang kedengaran hanyalah suara penyampai radio yang sedang berceloteh.

“Angah,boleh tak ambik adik petang ni. Adik tak nak naik cab. Lagipun kalau nak tunggu Pak Mus yang datang entah pukul berapa la agaknya.”

Permintaan dari Maya tadi telah berjaya memecahkan kesunyian dan serta merta Fariz berpaling kearah adiknya sambil mukanya menunjukkan reaksi terkejut dan keliru.

“Wait,…bukan tadi adik kata adik nak balik dengan Zaliya ke? Hari ini abang ngah sibuk la dik.Adik ingat lecture angah boleh bagi angah keluar suka-suka ke?dahh..adik jangan nak mengada-ngada nak suruh angah ambik adik pukul 2.”

Fariz berletar panjang setelah mendengar permintaan adiknya itu. Maya sudah mula menunjukkan muka sedih apabila di marahi sebegitu rupa oleh abangnya.

“Abang ngah…please..boleh la…adik janji nanti adik cucikan kereta abang hari Ahad ni.please,sekali ni je.,.kalau abang tak ambik adik,adik tak nak pergi sekolah.”

Maya mula memujuk Fariz sambil mengugut Fariz supaya permintaannya dapat ditunaikan oleh Fariz. Fariz mula mengeluh apabila mendengar ugutan dari adik kesayangannya. Walaupun ugutan itu sudah sering diucapkan oleh Maya,tapi Fariz tetap percaya yang adiknya itu sanggup berbuat apa sahaja asalkan permintaannya tercapai. Maya pula sudah mula menyembunyikan senyumannya sebaik sahaja melihat perubahan air muka abangnya itu. Dia begitu yakin yang abangnya akan menunaikan permintaannya itu.

“Huuhh..adik ini..suka sangat la nak ugut angah macam ni. Adik tak kesiankan angah ke? Issh,suka sangat buat orang serba salah la.okay lah,nanti angah cuba la keluar cepat .Tapi kalau dalam pukul 2.30 abang tak datang,adik kena balik naik cab tau,nanti mummy tu risau pulak.”

Maya mula melebarkan senyumannya apabila melihat Fariz yang mula akur dengan kemahuannya. Fariz yang melihat Maya mula tersenyum mula mengeluh kerana tidak mampu menolak kemahuan adik kesayangannya itu.

“Thanks angah,ni yang buat adik lagi sayang sangat kat angah ni,hehe.”
Ujar Maya sambil tersenyum.

Fariz yang melihat air muka adiknya yang ceria itu hanya mampu mengeluh sambil menjeling adiknya itu. Hampir 20 minit barulah mereka tiba disekolah baru Maya. Maya yang pada mulanya kelihatan ceria mula menunjukkan wajah yang ketakutan dan mula rasa berdebar-debar malah dia masih lagi duduk didalam kereta. Fariz semakin pelik dengan telatah adik kesayangannya itu.

“adik..dah dekat lima minit adik duduk dalam kereta ni. Awak tu kena daftar masuk kejap lagi,abang ngah ni pulak nak kena pergi kelas la princess…cepatla turun,dah lambat ni”
“abang ngah..adik takut la..eh,bukan takut,tapi cuak je…”
“cuak la pulak…tadi bukan main semangat lagi. Dah..abang ngah dah lambat ni. Cepat turun.”
“okey..tapi nanti jangan lupa ambik adik”
“ye…abang tak lupa la..dah..cepat turun,abang ngah dah lambat ni”

Dengan berat hati,Maya menanggalkan seat belt dan seperti biasa bersalaman dengan Fariz sambil Fariz mencium dahi adiknya. Itulah rutin harian yang dididik oleh kedua ibu bapanya. Maya berdiri dihadapan pintu pagar sekolah barunya sambil memandang kearah kereta abangnya yang mula meninggalkan perkarangan sekolah itu. Walaupun pendaftaran untuk pelajar tingkatan enam akan bermula jam 8.00 pagi,namun Maya melihat sudah ramai pelajar-pelajar baru yang ingin mendaftar sudah mula memenuhi kawasan dewan sekolah terbabit. Maya mengambil tempat duduk dihujung dewan sambil membelek-belek jam tangan fossil yang dihadiahkan oleh mummynya. Sambil duduk,Maya memerhati keadaan sekelilingnya sambil menunggu kaunter pendaftaran dibuka. Sedang dia leka memerhati keadaan sekeliling,kelihatan seorang pelajar perempuan datang menghampirinya.

~to be continued.............

Monday, October 10, 2011

kesilapan teknikal

salam..
last post tadi tu aku dah tersalah tekan publish..aishh...xpela..sebenarnya entry tu aku belum letak pic je..aduhaii...xpela..korang tengok je la keseluruhan pic yang sepatutnye aku masukkan kat entry before this..


i want this cupcakes with my name+ hubby alphabet..huhu


like this also




ermm...so far,tu jela kot...maybe this entry i will continue later..huhu..kelaparan mula melanda..jom dinner..salam..
p/s:credit picture to my diy wedding and google image.

It's all about my dreams...

Salam..
minggu ni keje aku dok usha blog2 org and bertwitt je..hahaha..tp pling best tadi FIR yg nk masuk AF9 tu bls twitter aku...hahahaha...last month,Catriona Ross..haha..twitter nih mmg bestla...hahaha..memang bulan nih bulan untuk aku berangan jela..hahaha...dah kate pon entry kali ni pasal mimpi/angan2/impian etc,so selama beberape hari ni aku kerap bukak blog and website yang tunjukkn pasal DIY wedding,deco,baking etc..bile aku tengok sume tu aku rase macam,iwant to do the same as that..kalau u all tengok all those DIY tu,memang u all rase macam wow..they all make it by it self..huhuhu...

aku pon td dokla berangan nak wat wedding mcm tu..ala2 do it yourself and save budjet..hahaha..maklumlah,if ade jodoh aku ngn si dia yang ade kat Kuantan tu,memang aku dah plan ngan dia nak wat wedding yang less budgjet..so,maybe aku takkan invite ramai orang/.just my family member and my closed friend..(tp family members aku pon dh ramai giga...)hahahaha..mungkin nnt ade yang kate aku macam saving sangat..tapi aku nak wat majlis yang private and comfortable for those yang datang wedding aku nanti...*cehh..impian kemain lagik*..hahahaha..so,disebabkan konon2 mcm xnk rmai sangat yang dtg..maka aku sekali lagi berangan nak wat kat tasik Pullman kat Putrajaya..siap konon2 nak nikah kat Masjid Besi lagik..hahahaha..

hahahaha..angan-angan betul kan..tapi aku pedulik hape..hahaha..lagi satu aku punye hantaran tu sume nak DIY sendri..and nak simple2 jek...tp aku penah cakap kat cik abang tu yang nanti hantaran aku just nak ipad,kitchen aid mixer,buku n baking tools by martha stewart...hahahaha..tapi cik abang aku tu kate okey je..tapi tak tau la kalau kat belakang dia dok menyumpah aku..hahaha..wedding cake aku tak nak kek fondant walaupun kek tu cantek..aku nak tiramisu for my wedding cake+macaroons...huhu..mesti meriah kan u alls..hahaha..pelamin aku nak simple je...background putih with DIY petal,kerusi panjang n some daisy with colourful warne...baju for nikah n sanding i want tempah xnk sewa...becoz...if sewa,dhla mahal..pastu kene pulang balik which is langsung xde sentimental value for me..muahahahaha...aku nak for nikah colour off white or mybe champange tak pun krim..klise kan..tapi nice what..hahaha..

Friday, October 7, 2011

10 THINGS I HATE ABOUT YOU(HIM)

salam....
isshhh3...awatla di hari jumaat yang mulia ni aku pergi buat entry2 berunsur benci ni...ishhh3...hahaha...jangan salah paham...sebenarnya aku saje je nak wat entry yang gempak2 gini walau[un hakikatnya hasilnya takdelah gempak mana pon...hahahaha..aku tadi belek2 la entry2 lama aku tu..korang ingat tak entry aku yang pasal 10 THINGS I LIKE ABOUT HIM...so,entry kali ni macam dye punye sequel la...*ceh,dh mcm alvin and the chipmunk lak nak bersequel kn*..

hemmm...dipetang jumaat yang yaman ni sambil ditemani lagu Jar of heart by Christina Perri,aku tibe2 teringt orang2 yang berjaya menguris ati sambil mencurahkan asid kat luka aku..hahahhaa....tibe2 mood arini nak kongsi pasal perkara2 yang aku tak suke kat seorang insan yang bergelar lelaki...hurmm...ape ek..so,check it out guys..:

1-Gay=maaf aku btul2 tak leh terime lelaki yang songsang..
2-Player/Playboy tahap dewa=ermm..aku rase mane2 pompuan pon tak suke ngn playboy ni...
3-Lelaki yang terlalu bergantung dengan orang lain especially pompuan.=emm,that type of man mmg x sesuai langsung nak dibuat laki..hahaha
4-hot temper=ishh...lelaki pemarah ni teramatlah bahaya untuk kesihatan..marila same2 kita jauhi mereka ini.
5-lelaki yang angkuh=mak bapak yang kaya,tp dye plak yang poyo aku mmg anti betul ngn lelaki yang perangai macamni...stok perasan bagus je..
6-anak mak=lelaki anak mak yang terlampau ni bahaya..sikit nk ngadu ngn mak..xleh nk wat keputusan sendiri.
7-lelaki kaki kikis=kalau nk topup pon mntk awek topup jgn jd lelaki la wey..klu skali xpe leh trime lg tp klu dh setiap masa mmg parah la..huhuhu
8-lelaki muslim,beragama islam yang bertindik,bertatu,alcoholic,kaki clubbing=maaf lelaki macam ni aku xkn berkompromi,cume satu je harapan aku,smoge golongan ni kembali ke pngkl jln dan bertaubat..
9-lelaki yang suke merendah-rendahkan orang lain=dude,thats attitude so not good for u..
10-lelaki yang mengubah dirinya kepada jantina lain=SESUNGGUHNYA,TELAH ALLAH CIPTAKAN KAMU DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN..INSAFLAH...

So mybe tu je kot entry aku untuk hari ni...cuace skrg pon dh mula hujan2,angin2..aku pon dh terase sejuk je ni...so..memandang kn hujan sedang melanda alangkah moleknye jika aku mengoffline kejap dan terus ke dapo untuk memasak...ok la..see u guys di next entry..salam...

Wednesday, October 5, 2011

bile jurnal a.k.a blog terperuk berbulan-bulan



salam...
fyuhh...lama sungguh rasenya tak menghapdate mini jurnal aku nih..*ceh!jurnal lah sgt*..muahahahaha...aku bukan ape...kadar kemalasan yang tinggi sambil dibantu dengan kekurangan duit utk mengtopup broadband dan tak lupe juga berlakunya kekangan2 mase menyebabkan aku hanye mampu tersenyum bila tgk blogger2 laen kemain lagik hapdate blog dorang bagai nak rak..muahahahahaha...

aku sbnrnye manyak je mende yang nak ditaip kat dalam nih...tapi aku rase macam malas jek nak taip panjang2...taip esaimen pon malas ape tah lagi nak tulis berjela-jela dalam blog nih...hahahaha....mengong gak aku nih...lalallaa...dari time pose,sampai time raye smpai la n dekat raye aji langsung aku x hapdate..trok tol la aku ni berblogging...hahaha...aku jeles la gak bile tengok blog2 orang yang sentiase hapdate 24/7...tgk pic2 dorg..huwa...green with envy i nyah...euewwww...hahhahaha...

hape je ek yang aku wat sepanjang time aku tak online nih...hurmm...the answer is...i marathon RUNNING MAN,drama2 KOREA and feeling2 mcm ank orng kaye yang dok rilex je xwat koje pape...lalalalala..aku tak tau kenapa tapi aku tersangatlah addicted dengan show tu...rncngan tu lagi best dari dream team...aku sekarang nih boleh la dikatekan teramat obses dengan rancangan tuh...tapi,disebabkan umah aku takde Astro byond,maka...terpakselah aku menonton secare on9 and main copy2 kat kawan2 aku yang rajin beno mendunlod2 cite korea nih..aku cme reti tgk jek..hahahha

papehal pon bagi yang tak berape suke tgk rncngan korea,aku syorkan korang tgk dulu cite tu cz rncngn tu aku bg rank best of the best show yg aku pnh tgk...teramatlah best sampai aku pon jadi addic...hahahaha

huhuhuhuhu.......................
aku sbrnye ngh sejukk....hujan...angin kuat...dh terase mcm duduk kat banjaran alps dh..huhuhuso...aku nk refresh otak ngn hot black coffee..salam.........