Friday, May 10, 2013

My Love..My Kesayangan..

salam..
dah lewat tapi aku masih tak rasa mengantuk..tapi,benda macam ni memang normal sesangat untuk aku.selagi belum jejak 2-3 pagi,memang susah sangat mata ni nak terpejam.hurmm..so,apa jek yang aku nak taip untuk entry kali ini?tapi yang penting ni bukan entry jiwang-jiwang.jadahnya la aku nak taip entry jiwang-jiwang,dah sah-sah aku ni sekarang single.lain la kalau aku ni in relationship..logik la jugak kan kalau dok buat entry jiwang jek.miahaha..tajuk entry aku tu saja je konon-konon nak bagi gempak biar orang baca..#ehh..ecehhhcehh..kalau korang perasan lately ni aku banyak buat entry pasal buku..bukan apa,kawan-kawan rapat aku tau aku ni memang boleh tahan jugak la obses dengan buku..so,daripada aku buat entry-entry meroyan,baik aku buat entry pasal benda yang aku suka.mana la tau,sikit sebanyak boleh membantu menambahkan minat untuk membaca buku kat sapa-sapa yang baca blog aku nih.*bajet macam feymes jek blog aku nih*miahahaha...

aku memang suka membaca..dan menulis..selain dari membaking anda memasak.aku dari sekolah rendah lagi suka membaca..ade la jugak koleksi buku-buku cerita kanak-kanak.tapi mostly buku-buku yang aku baca,aku pinjam dari library.tapi bila dah masuk sekolah menengah,barulah genre bahan bacaan aku berkembang pesat.bermula dengan bahan bacaan ringan macam magazine and komik.pastu aku terjerat dengan dunia novel.lama jugak aku hidup bertemankan novel.tapi aku mula membeli sendiri buku-buku aku masa aku lepas SPM.tapi sayangnya..koleksi novel terawal aku sudah hilang..dipinjam rakan dan tidak dipulangkan..sedih..tapi takpela,hope nanti aku boleh beli balik buku-buku yang dah ilang tu.so,korang nak tengok tak koleksi novel2 aku?hahaha...
~ni la separuh dari koleksi novel2 aku.separuh hokeyhhh!!sebab separuh lagi dah hilang sebab kes pinjam tak pulang.sabar jela.kalau korang perasan,novel2 aku mostly daripada terbitan Jemari Seni.aku memang suka novel2 Jemari Seni terutamanya tulisan Hlovate,Syud and Pingu Toha.~


~okey,yang ni pulak koleksi buku2 yang agak ilmiah..huhu.aku suka buku2 berbahasa melayu sebab penguasaan bahasa inggeris aku agak lemah so,untuk mengelakkan beli buku yang tak dibaca mcm buku yang belah kiri tu,so ade baiknya aku beli sahaja buku bahasa melayu.~



~chanchan..ni pulak koleksi buku/majalah masakkan aku.yang ni memang 100% english magazine/book.sebabnya,resepi matsalleh ni memang diyakini memang menjadi.aku dah pernah try resepi kat majalah2 melayu ni..tapi kebanyakkannya hanyalah indah khabar dari rupa.hurmm...semua kek/dessert yang aku buat kebanyakkan berpandukkan majalah2/buku ni la selain dari internet.~


 
~ni koleksi komik aku yang tak seberapa.aku bukan la hardcore baca komik tapi kalau datang mood nak baca tu,memang mencari jugak la komik2 yang best.tapi personal faveret aku komik2 karya Zint,Keith and Kaoru.sape dorang?ce google..malas la pulak nk cite riwayat idup dorang.miahahaha~


hurmm...takde la banyak sangat kan koleksi buku-buku aku.aku ni kalau ikutkan memang aku nak je penuhkan bilik aku tu dengan buku-buku.tapi apekan daya,aku masih lagi belum bekerjaya.so,sumber kewangan untuk membeli buku tu memang terhad.mostly buku-buku yang aku beli ni aku guna duit raya and duit upah tolong mak aku buat kek.aku rasa kalau aku ni kerja stock gaji riban-riban memang penuhla buku kat bilik aku.silap-silap dah boleh buat library.miahahaha..memang tu la impian aku..nak ade mini library kat umah.nanti,one day if aku dah kawen,dah ade rumah sendiri,memang aku nak buat satu mini library dalam rumah aku.tu pun tengok jugak la besar mana rumah aku.kalau rumah biasa2 je,maybe aku nak wat reading area je.wahhh...kemain lagik impian..hahaha..tak salah nak berangan kan.lagi2 bila angan-angan kan benda yang berfaedah.heheheaku ni bukan apa,bagi aku kalau membaca,lagi2 kalau baca buku fiksyen la macam novel tu,aku suka baca cerita yang tak berat sangat konfliknya.tapi tengok jugak keadaan aku.senang cite,aku membaca mengikut genre yang sesuai dengan mood aku waktu tu.kalau mood aku tengah happy,aku tak kisah nak baca buku2 yang ceritanya agak berat.terutama macam buku2 ilmiah contohnya.tapi kalau mood aku tak berapa okey,aku akan cuba baca buku yang lebih ringan and santai.kalau baca novel cinta pon,nak baca cerita yang konflik dia tak mengarut sangat.yang penting lepas baca tu,boleh tolong betulkan mood aku time tu.hehehehe..

tapi kebiasannya,aku akan pastikan aku akan membaca dalam sehari.paling kurang pon bacaa magazine or newspaper.tapi aku tak suka baca online newspaper..sebab tak best.miahahaha...kawan-kawan aku selalu cakap aku ni minah wiki,minah google sampaikan kalau dorang malas nak google pasal satu benda or isu,semua tembak dok tanya aku.bagi dorang,aku ni tau semua benda..hahaha...padahal aku sama jek macam dorang cuma tak dinafikan aku memang suka baca wikipedia.kalau ada benda yang aku wondering even sekecil-kecil benda pon aku akan bukak wiki.aku bukan apa,mungkin disebabkan aku membaca,so memudahkan and memberikan aku sedikit bonus la dalam general knowledge nih.walaupun hakikatnya aku bukanlah manusia yang serba tau..ade banyak lagi benda yang dorang lagi tahu daripada aku.masing-masing kan ade kebolehan/kelebihan masing-masing betul tak.hehehe..okeylah..aku sebenarnya beberapa saat tadi rasa macam lost..tak tahu nak taip apa..ingatkan nak taip panjang lagi.tapi tiba-tiba rasa macam idea tuh lari hilang dengan tiba-tiba..ecehhhh..kemain lagi berfalsafah di awal  pagi.hahaha..tak pe,aku rasa entry ni aku akan buat part two kot esok.tu pun bergantungla pada tahap kerajinan aku esok.kalau rajin,aku taip..kalau tak tunggu jela waktu rajin aku tu sampai dengan sendirinya.miahahaha..oohhh by the way,esok pukul 5-7pm akan ade Buku Jalanan Bangi kat Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.so,sape2 yang free esok boleh la singgah.aku personally tak pernah pon lagi pergi buku jalanan ni.tapi aku boleh gerenti event ni memang best.lagi2 untuk sape2 yang minat dengan buku,puisi,seni and macam2 lagi.so selamat berbuku jalanan esok.so,tu saje entry untuk pagi ni..jumpe lagi di lain entry.miahahahaha...salam..selamat peniduran...

No comments:

Post a Comment