Tuesday, September 25, 2012

Espresso vs Teh Tarik ~part 4

Selepas selesai pembahagian kelas,ternyata Lisa dan Maya bertemu sekali lagi dalam kelas yang sama kerana mereka berdua telah memilih kelas aliran sejarah manakala Amer dan Azril pula berada didalam kelas geografi A disebabkan terdapat dua buah kelas bagi aliran geografi.

“alamak Mer,that girl tak sama kelas dengan kita lah..punahlah harapan kau nak usha dia lagi pasni”

“apalah kau ni Aril,kau ingat aku ni hadap sangat ke nak usha perempuan yang aku tak kenal. Lagipun,yang kau beria nak bahan aku sebab aku usha minah tu kenapa?aku pandang dia bagai nak rak bukannya tanda aku syok kat dia. Ada paham?”

Beria-ria Amer mempertahankan dirinya bila diusik oleh Azril dan Azril seperti biasa hanya membalas alasan Amer dengan segaris senyuman sinis. Azril tau yang Amer akan cuba sedaya upaya untuk menidakkan perasaannya sekarang sebab dia tahu Amer seorang yang sangat suka memendamkan perasaannya. Tapi Amer tak sedar,caranya itu telah membantu Azril membaca apa yang sedang dirasakan oleh kawan baiknya tu.

“Mer,aku bukan baru kenal kau sesaat. Aku rasa aku lebih kenal diri kau dari kau sendiri..hahaha..”

*Amer,Amer..orang lain la boleh kau nak pusing..sampai bila la kau nak teruskan dengan sikap kau ni mer.*

“hahaha…kau ni,serius dah pandai bergurau.kau lagi kenal aku dari diri aku sendiri?wahh..tak sangka best friend aku ni hebat.macam-macam la kau ni Ril..malas aku nak layan kau punya analogi tu.suka hati kau la nak fikir ape Azril oi.”

Nada suara Amer sekarang memang nampak sangat yang dia dah malas nak layan apa saja yang Azril cakap tadi. Dia malas nak peningkan kepala dengan benda-benda yang tak penting buat masa sekarang. Tapi,Azril tahu apa yang Amer tengah fikirkan. Azril cuma tersengih macam kerang busuk bila Amer beria menafikan segala perbuatan yang dia buat tadi.

"Mer,kau rasa kan,minah tu single lagi tak?"

Azril cuba memancing Amer dengan topik yang berkaitan dengan Maya.sengaja dia buat macam tu sebab nak tengok reaksi si Amer ni.sebab Amer ni tak reti nak guna teori Ting Tong Mei. seperti yang Azril jangka,memang air muka Amer berubah dengan ketara bila mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut BFF dia. namun Amer hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. dia tau Azril tetap akan cuba sedaya upaya bertanya bermacam-macam soalan yang mampu menarik perhatian dia semata-mata nak pastikan gerak hati dia tu betul.

*Aril...Aril...kau ingat aku tak tahu ke niat kau tu..kau pon sama jugak la..tak reti nak peraktikkan teori Ting Tong Mei tu.*

*ehh si Amer ni,senyum pulak?confuse aku..lantak kau la mer..jangan nanti sebok susahkan aku pasal minah tu dah.*

Azril mengalah..dia memang tak dapat nak pysco Amer macam kebiasaannya. perbualan mereka terputus begitu sahaja dan mereka berdua kembali memberi perhatian kepada taklimat kelas baru mereka. Sementara itu....

No comments:

Post a Comment