Friday, January 11, 2013

Hanya Kawan

dah beberapa malam,tiap kali aku duduk kat ruang tamu untuk tengok tv,aku jadi tak fokus.mata kat tv,tapi fikiran melayang entah kemana mana.samapai kan aku rasa macam aku dah hilang minat nak tengok tv.padahal,selama ni,aku dan tv ni memang tak dapat nak di pisahkan.aku terlalu suka sangat tengok tv.haishh...entah la,kadang-kadang aku sendiri pelik dengan perubahan sikap aku yang entah hape-hape nih.haha
ada satu malam tu,boleh pulak tiba-tiba aku teringat kat seseorang.tapi bukan si dia yang ada kat Kuantan tu..tapi,seorang "kawan lama" yang duduk kat Hulu Langat.*sigh*...lepas bertahun-tahun,aku still akan ingatkan dia.tapi tahu la dia ingat lagi kat aku atau tak.walaupun dah bertahun aku lost contact dengan beliau,tapi daya ingatan aku pasal dia sangat kuat lagi tepu.sikit pon aku tak pernah lupa apa-apa je yang berkaitan dengan dia.entahla...aku pon tak tau kenapa memori tentang dia terlalu kuat untuk aku lupakan.sampai aku pernah rasa,kenapa la aku ni x amnesia je..aku kalau boleh dah tak nak ingat kat dia.sebab bila ingat kat dia,memang susah nak buat aku move on.to be honest,beliau la first crush aku.when i was 13.masa tu cuma ade istilah tersuka,tercrush..aku tak sangka la akan end up dengan begini.dia tua setaun dar aku..senior aku,and kelas kitorang pulak bersebelahan.mula-mula kitorang ni pantang jumpa,asyik nak gaduh je...kalau tak dia yang start,aku yang cari pasal.pendek kata masing-masing suka cari pasal.kalau nak ikutkan sesi pergaduhan mulut kitorang memang tak nampak aka berbaikkan.stok macam nak bermusuh sampai mati.hahaha..tapi tula kan,bila dah gaduh2 lama-lama bila sorang hilang mesti jadi sunyi.ditakdirkan masa aku naik form 2,mamat tu pulak pindah sekola...aku dah mati kutu dah time tu.aku terasa macam hilang sesuatu.awal-awal tahun aku,aku rasa macam lost.tiba-tiba boleh pulak datang idea giler bagi dia kad nak mintak maaf.hahaha...padahal,tu cuma alasan jek...aku pon dengan berani mencari maklumat pasal dia kat pejabat sekolah.kebetulan aku memang baik dengan kerani sekolah tu,and aku pon memang suka je menebang kat kaunter kerani tu.hehehe..so,lepas mission accomplish,aku pon dengan berani post kad say sorry to him.tak cukup dengan tu,aku siap call lagi umah dia.aku pon tak tahu mana aku dapat keberanian yang macam tu.baru 14 tahun dah pandai wat sume tu.memang kepala otak bijak giler la time tu.hahaha...dulu zaman sekolah,aku ni memang antara student yang out spoken.tak ramai senior yang suke dengan kelantangan aku.tapi,ade abg2 form 5 memang agak suka tengok aku yang out spoken and maen belasah je rule sekolah.hahaha...yeay,aku agak nakal sikit.tapi masa kat sekolah tu jela.hahaha..masa form 4 aku dh jadi baik.hahaha...


lepas sesi perbualan telefon secara baik berlanjutan,aku dah anggap dia macam kawan lelaki yang baik.aku rajin gak la share macam-macam cerita dengan dia.siap berkenalan dengan mak and adik perempuan dia yang sebaya dengan aku.dulu,memang aku kasar sikit,so cara perbualan aku dengan dia takde istilah nak control ayu ke hape.memang maen belasah jek...hehe
nak dijadikan cerita,time ni la aku tercrush dengan beliau.yela,dah kerap sangat bergayut kat telefon mau tak tersuka...hehe...dah la beliau seorang yang kidal,cute,anak kontraktor,hahaha..kira lengkap la...mak dia pon baik ngan aku.pernah gak la bercakap dengan mak dia kat telefon and berdepan.nervous kaw nak cakap dengan bakal mak mertua.hahahahahaha...tu kawan2 aku la yang cakap.haha..
tapi,mungkin bukan jodoh kami sebab lepas dia dapat tawaran uitm sabah,aku dengan dia terlost contact till now.kitorg terlost macam tu je...xgadoh,xade apa2,tiba dia hilang...*sigh*

takpela,aku pon dah segan nak call umah dia walaupun aku still hafal lagi no telefon and alamat penuh rumah dia...tapi,tangan aku ni berat sangat nak mendail no umah dia.xtau la kenapa..aku tak tau kenapa aku dah takde kekuatan nak bercakap dengan dia.mungkin,aku dah semakin dewasa,jadi keseganan aku sebagai gadis masih tinggi.tapi memori tentang dia memang aku tak dapat nak lupa sampai sekarang.terlalu kuat visual tentang dia yang bermain dalam ingatan aku.susah aku nak ilang kan segala ingatan aku yang berkenaan dengan dia.sumpah susah...dah macam-macam cara aku buat.aku pon tak tau kenapa hati aku ni dengil sangat.*sigh*

aku menaip pasal dia arini sebab aku rasa ni je cara aku untuk lepaskan bebanan perasaan aku sekarang ni.aku rasa bersalah dengan si dia yang kuantan.walaupun aku pernah cerita pasal dia kat beliau,tapi aku tetap rasa bersalah.tapi,aku memang berharap sangat2..before aku berkahwin,aku akan dapat jumpa beliau.aku betul2 nak sangat jumpa dengan dia sebelum aku melupakan dia buat selamanya.semoga,satu hari nanti,aku akan dapat juga berjumpa/bertemu semula dengan beliau.

he's my friend...only friend...kami hanya kawan.itu yang tertulis..hanya kawan...


No comments:

Post a Comment