Wednesday, March 6, 2013

It's Over....

sad..tapi itu lah yang dah jadi...perkenalan selama almost 4 years akhirnya end up begitu sahaja.di pihak dia,alasannya beliau dah penat bercinta katenya la...di pihak aku,aku memang tak jangka kitorang akan end up macam ni.mungkin salah aku yang terlalu mengharap pengakhiran kisah cinta ni sama macam snow white,cinderalla,kisah2 romantis dalam novel..sampai aku terlupa,kita hidup dalam dunia realiti yang sememangnya tidak menjanjikan kebahagian or kemanisan yang berpanjangan.mesti akan ade sikit2 halangan or masalah.salah aku sebab deny realiti yang sepatutnya aku kena aware dari dulu lagi.mungkin masa aku aku sendiri tenggelam dalam dunia indah waktu bercinta..mungkin..memang betul la kata orang,bile bercinta semuanya nampak indah..semuanya nampak realistik.janji dia yang mintak aku tunggu dia lagi dua tahun tu nampaknya hanya tinggal janji.mungkin waktu berjanji tu,niat dia cuma nak aku rasa selamat or nak aku trust him.yes, aku sangat trust dia.sebab tu aku tak pernah terniat pon nak flirting2 or cari back up plan sebab aku yakin,aku terlalu yakin yang he's my Mr Right.that was my fault.am not supposed to think that way.now,ianya dah berjaya memakan diri aku sendiri.thank god i still have friends yang always support aku and bagi semangat kat aku.honestly,aku bukanlah kecewa sangat.tapi aku rasa sakit..sakit yang teramat sangat.sakit yang...hurmmm..rasa macam kau toreh hati kau guna pisau belati yang tajam,dah hiris tu kau renjiskan air limau or taburkan garam kat atas luka tu.extrem pulak aku punye analogi.tapi,memang sakit...sakit sangat...sebabnya,kitorang tak pernah sekali pun bergaduh mulut ke gado2 mesej ke or main ugut2 nak break.tapi..end up kami break.atau dalam erti kate yang agak pedih lagi terluka,akhirnya aku kena dump!huhuhu..tragis..sungguh tragis walaupun tak setragis ombak rindu atau adam hawa..apekah...?pppfffttt...hari first aku kena dump,memang la aku nangis.aku sayang gila kat dia kot.haruslah nangis ala2 tak boleh nak terima hakikat yang kitorang dah break.sambil nangis tu,aku siap set music background lagi.lagu,haruslah lagu Adele "Don't you remember".hambek kau,lirik and melody lagu memang ngam2 mengikut tema time tu.aku nangis dari pukul 2.30 petang sampai la aku tertido..aku terjaga balik dalam pukul 4.30.pastu kawan aku ajak aku pergi kolej and aku pon ikut ke kolej and lepak kat konti dengan kawan2 aku.sempatlah aku gelak2 seround dua.sambil gelak2 sambil aku baca kitab terfaktab.that time,kitab terfaktab memang membantu aku sikit nak solve kan kesedihan aku time tu.dah balik dari kolej,kawan aku ajak pergi maen badminton kat semenyih.aku memang tak nak main tapi aku tetap ikut gak sebab aku tak nak layan emo sorang2 kat umah.aku nak move on..aku memang dah tekad yang aku nak move on and try lupekan ape yang dah jadi between us.tapi,nak dijadikan cerita,sepanjang perjalanan dari bandar seri putra ke semenyih tuh,memang aku dok nangis beria kat dalam kereta.sampai kawan2 aku pon dah tak ley nak kata ape.hari first break memang kompem la keja asyik nangis jek.tapi nasib baek mata aku nih jenis tak nampak sangat bengkak even ko nangis 24 hours.aktiviti aku seharian tu memang sikit nangis..sikit layan emo dengar lagu2 yang meruntun jiwa..gituwwww....tapi bukan la lagu2 spring,slam,screen,scoin,and segala menatang kumpulan jiwang 90'an.kemain,dah sedey2 pon demand nak dengar lagu omputih jek.hari tu jek dekat doploh kali aku repeat dengar lagu Adele yang Don't You Remember.

esoknya pon aku buat aktiviti yang lebih kurang...baca Kitab Terfaktab sambil dengar lagu,sambil nangis,sambil ingat kat dia..sambil nangis lagi..dan lagi...dan lagi...ehhh..wait..tak la nangis sahaja.cume emo,sebak gitu la..baca mesej dia or tgk nama dia kat hp mesti terus rasa nak nanges. hari kedua punya playlist lagu aku ade sikit perubahan.hari tu aku start dengar jugak lagu melayu...tapi aku cuma dengar lagu Ahmad Dhani n KRU yang duet ngan Indigo tu.tapi hari kedua tu aku dah kurang emo..am try to be cool..pppfffftttt...tapi aku still ingat kat dia.gila lah kalau boleh lupekan orang yang kau kenal and sayang lebih dari 3 tahun tu dalam masa 24 jam.gila heratless hati kau.aku,memanga agak heartless tapi kalau dengan dia ni,aku tak boleh...dengan dia aku jadi sangat lemah.entahlah..aku memang dah lama sedar aku memang mengada sikit kalau ngan dia.aku pedulik hape sebab masa tu aku tau dia sayang aku and aku pon sayang dia.tapi...........sampai detik ni,saat ni aku memang tak pernah sesaat pon lupekan dia.honestly,sewaktu entry ni ditaip,masih lagi terdapat setitis dua air mata yang menitik atas keyboard nih.walaupun dia yang dump aku,tapi aku tak marahkan dia and aku tak boleh nak bencikan dia.impak dia yang kuat kat aku.nasib baek lah aku still lagi boleh berfikiran rasional.kalau ikutkan hati,mau boleh jadi gila kan.nak kena biasakan diri tak ade dia lagi pon agak susah..kalau dulu,every morning dia akan call.time lunch hour and after office hour dia call.ahhh..rindunya aku dengan waktu itu..suaranya,gurau senda,sakatan dia..ahhhh....kenapa lah harus begini pengakhirannya...dan air mata aku masih lagi menitis...aku tak cukup kebal untuk menahan rasa ni..aku tak cukup kebal untuk biarkan diri aku terus kecewa dan terluka.aku tak cukup kuat untuk biarkan dia bahagia dengan orang lain.dan aku memang tak cukup kuat untuk biarkan hati aku ni terbuka untuk mana2 lagi lelaki selepas dia.aku tak nak betray perasaan aku dekat dia..aku nak dia aje yang ade kat hati aku..ahhh..betapa selfish nya aku..ye...aku memang tak rela berkongsi sayang aku untuk dia dengan sapa2 pon.aku nak dia untuk aku sorang saja.sekali lagi aku selfish.ye,bila melibatkan diri dia aku memang selfish.sayang dia terlalu indah untuk aku tinggalkan dan berikan kepada orang lain.aku tak sanggup.aku sedar,ayat aku ni makin lama macam orang yang gila dan tak ade pedoman.tapi,itulah kata hati aku.aku masih lagi rasional...tapi aku masih tak mampu nak lepaskan perasaan aku kat dia.ianya terlalu berharga untuk aku lepaskan.

dan hingga kini,aku masih menangis.menangis kerana aku masih lagi tidak berdaya mendapatkan hatimu dan sayangmu untuk selamanya.izinkan aku berpuitis disini sebab ini sahaja yang mampu aku lakukan.aku dah tertewas untuk mendapatkan mu.aku dah tak berdaya..hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya perasaan aku taktala ini.aku tak sekuat yang kau lihat.aku tak setabah yang kau rasa.luaran memang aku kelihatan tabah,kuat tapi hakikatnya...aku masih lagi insan yang punya hati yang lembut.mudah kan kau lepaskan aku..tapi tak bermakna mudah juga aku lupakn mu.percaya atau tidak,hingga saat ini aku masih lagi berharap..aku masih lagi berharap yang ianya hanya lah gurauan.aku masih lagi berharap kita masih lagi bersama seperti dulu.arhhh...kenapa la susah sangat untuk aku terima hakikat.......

No comments:

Post a Comment