Tuesday, October 11, 2011

ESPRESSO vs TEH TARIK -part 1-

Kringgggggggg….bunyi jam penggera ditepi katilnya begitu membingitkan. Mata yang masih kuyu itu segera dipaksa untuk dibuka. Melihatkan jam yang hampir menunjukkan waktu 6.30 pagi segera membuatkan Maya bangkit dari katil empuknya dan menuju ke bilik air. Selesai mandi dan solat subuh,Maya segera bersiap-siap dengan pakaian rasmi sekolahnya kerana hari ini merupakan hari pertama dia mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 bawah. Sambil Maya sedang bersiap-siap,dia masih lagi sempat berangan tentang suasana hari pendaftaran nanti.

“Ish…entah macam mana la nak mulakan sesi orientasi nanti..tapi,form six pun ada orientasi jugak ke?”

Macam-macam perkara yang bermain dikepala Maya bila dia mula memikirkan tentang suasana pembelajaran baru yang bakal dihadapinya sebentar lagi. Tokkk..tokk…kedengaran pintu biliknya di ketuk berulang kali.

“Adik,dah siap belum..it almost 7.00 am..awak tu nak mendaftar sekolah,jangan lambat tau.”suara mummy Maya mula kedengaran.
“Ok mummy…adik dah siap..kejap lagi adik turun.”jawab Maya.

Selepas 15 minit ,barulah Maya turun ke bawah.ketika dia sedang menuruni anak tangga dia melihat abangnya turut keluar dari bilik dan menuju ke bawah.

“Morning abang ngah..”
“Morning princess..dah ready ke ni nak start new life as a form six student?”
“Emm..not ready yet la ngah..”
“You must ready sis,jangan sia-siakan peluang ni ok?”
Kedua-dua beradik itu bersembang sehingga mereka duduk dimeja makan untuk bersarapan. Sarapan pagi yang sangat ringkas untuk keluarga yang sentiasa sibuk ini. Roti bakar,bijirin,kopi dan susu. Tetapi hanya Maya sahaja yang memakan bijirin dengan susu perisa coklat kerana dia tidak mengemari susu. Mummynya menuangkan air kepada suaminya manakala Maya dan abangnya Fariz leka dengan telefon bimbit masing-masing sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
“Riz hari ini tolong hantar adik pergi sekolah tau. Daddy kena pergi Port Klang kejap lagi ada meeting.”ujar daddynya sambil membaca akhbar.
“Okay daddy..tapi nanti siapa pulak yang nak ambik adik? Riz ade kelas sampai pukul 3 petang ni.”ujar Riz kepada daddynya.
“Takpe,adik boleh naik cab tak pun nanti daddy suruh pakcik Mus ambik adik kat sekolah,boleh tak dik?”soal daddynya kepada Maya.
“Ala….emmm,tak apalah daddy,nanti adik tumpang Zaliya. Lagipun Zaliya pun nanti daftar form six sekali dengan adik.”

Jawab Maya sambil mengeluh. Fariz hanya mampu tersenyum apabila melihat wajah muram adik kesayangannya itu yang sememangnya kurang gemar kemana-mana dengan pemandu daddynya. Adik kesayangannya iu merupakan seorang gadis yang sangat low profile. Puan Syarifah yang melihat gelagat suami dan anak-anaknya di meja makan itu hanya mampu tersenyum. Apabila jam di dinding tepat menunjukkan jam 7.30 pagi,Fariz dan Maya segera bersalaman dengan mummy dan daddynya sebelum berangkat ke sekolah Maya dan kolej Fariz.
Fariz dan Maya segera menuju ke arah Toyota Vios yang di parking di dalam garaj bersebelahan deretan kereta-kereta mewah milik keluarga ini.
Vios ini meluncur perlahan di atas jalan raya kerana keadaan jalan raya yang agak sibuk pada pagi ini. Namun hal ini adalah perkara biasa di Kuala Lumpur. Suasana didalam kereta itu agak senyap dan yang kedengaran hanyalah suara penyampai radio yang sedang berceloteh.

“Angah,boleh tak ambik adik petang ni. Adik tak nak naik cab. Lagipun kalau nak tunggu Pak Mus yang datang entah pukul berapa la agaknya.”

Permintaan dari Maya tadi telah berjaya memecahkan kesunyian dan serta merta Fariz berpaling kearah adiknya sambil mukanya menunjukkan reaksi terkejut dan keliru.

“Wait,…bukan tadi adik kata adik nak balik dengan Zaliya ke? Hari ini abang ngah sibuk la dik.Adik ingat lecture angah boleh bagi angah keluar suka-suka ke?dahh..adik jangan nak mengada-ngada nak suruh angah ambik adik pukul 2.”

Fariz berletar panjang setelah mendengar permintaan adiknya itu. Maya sudah mula menunjukkan muka sedih apabila di marahi sebegitu rupa oleh abangnya.

“Abang ngah…please..boleh la…adik janji nanti adik cucikan kereta abang hari Ahad ni.please,sekali ni je.,.kalau abang tak ambik adik,adik tak nak pergi sekolah.”

Maya mula memujuk Fariz sambil mengugut Fariz supaya permintaannya dapat ditunaikan oleh Fariz. Fariz mula mengeluh apabila mendengar ugutan dari adik kesayangannya. Walaupun ugutan itu sudah sering diucapkan oleh Maya,tapi Fariz tetap percaya yang adiknya itu sanggup berbuat apa sahaja asalkan permintaannya tercapai. Maya pula sudah mula menyembunyikan senyumannya sebaik sahaja melihat perubahan air muka abangnya itu. Dia begitu yakin yang abangnya akan menunaikan permintaannya itu.

“Huuhh..adik ini..suka sangat la nak ugut angah macam ni. Adik tak kesiankan angah ke? Issh,suka sangat buat orang serba salah la.okay lah,nanti angah cuba la keluar cepat .Tapi kalau dalam pukul 2.30 abang tak datang,adik kena balik naik cab tau,nanti mummy tu risau pulak.”

Maya mula melebarkan senyumannya apabila melihat Fariz yang mula akur dengan kemahuannya. Fariz yang melihat Maya mula tersenyum mula mengeluh kerana tidak mampu menolak kemahuan adik kesayangannya itu.

“Thanks angah,ni yang buat adik lagi sayang sangat kat angah ni,hehe.”
Ujar Maya sambil tersenyum.

Fariz yang melihat air muka adiknya yang ceria itu hanya mampu mengeluh sambil menjeling adiknya itu. Hampir 20 minit barulah mereka tiba disekolah baru Maya. Maya yang pada mulanya kelihatan ceria mula menunjukkan wajah yang ketakutan dan mula rasa berdebar-debar malah dia masih lagi duduk didalam kereta. Fariz semakin pelik dengan telatah adik kesayangannya itu.

“adik..dah dekat lima minit adik duduk dalam kereta ni. Awak tu kena daftar masuk kejap lagi,abang ngah ni pulak nak kena pergi kelas la princess…cepatla turun,dah lambat ni”
“abang ngah..adik takut la..eh,bukan takut,tapi cuak je…”
“cuak la pulak…tadi bukan main semangat lagi. Dah..abang ngah dah lambat ni. Cepat turun.”
“okey..tapi nanti jangan lupa ambik adik”
“ye…abang tak lupa la..dah..cepat turun,abang ngah dah lambat ni”

Dengan berat hati,Maya menanggalkan seat belt dan seperti biasa bersalaman dengan Fariz sambil Fariz mencium dahi adiknya. Itulah rutin harian yang dididik oleh kedua ibu bapanya. Maya berdiri dihadapan pintu pagar sekolah barunya sambil memandang kearah kereta abangnya yang mula meninggalkan perkarangan sekolah itu. Walaupun pendaftaran untuk pelajar tingkatan enam akan bermula jam 8.00 pagi,namun Maya melihat sudah ramai pelajar-pelajar baru yang ingin mendaftar sudah mula memenuhi kawasan dewan sekolah terbabit. Maya mengambil tempat duduk dihujung dewan sambil membelek-belek jam tangan fossil yang dihadiahkan oleh mummynya. Sambil duduk,Maya memerhati keadaan sekelilingnya sambil menunggu kaunter pendaftaran dibuka. Sedang dia leka memerhati keadaan sekeliling,kelihatan seorang pelajar perempuan datang menghampirinya.

~to be continued.............

4 comments: