Tuesday, October 11, 2011

ESPRESSO vs TEH TARIK -part 2-


“Hai..student baru ke?” ujar gadis yang memakai cermin mata berbingkai tebal sambil melemparkan senyuman manis kearah Maya. Maya membalas senyuman gadis tersebut sambil menganggukan kepalanya.
“Saya Maya,Iman Sumaya..and you?”
“Lisa,Nurul Elisa.”

Mereka berdua mula berkenalan sambil berjabat tangan. Kedua-duanya kemudian leka bertukar-tukar cerita sambil menanti sesi pendaftaran dimulakan. Maya mula menyenangi rakan barunya itu dan tidak kekok berbual bersama Lisa. Lisa juga turut menyenangi perwatakan Maya yang dilihat semakin ramah dan mesra. Keramahan Lisa berjaya mengurangkan kekekokkan Maya terhadap persekitaran sekolah barunya itu. Mereka begitu leka bertukar-tukar cerita tanpa mempedulikan orang yang berada di sekeliling mereka. Perbualan mereka turut diselitkan gelak tawa kedua-duanya. Ternyata Lisa begitu pandai mengambil hati Maya yang sangat pendiam itu. Namun,tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang galak memerhatikan mereka sejak dari tadi.

“Amer,khusyuknya..kau pandang siapa?”
Azril perasan yang mata sahabatnya sedari tadi tidak lepas dari memandang ke arah dua orang pelajar perempuan yang duduk bertentangan dengan mereka. Tapi pertanyaan Azril itu hanya di balas dengan senyuman sinis daripada Amer. Tindakan Amer itu betul-betul menambahkan kemusykilan Azril kerana sepanjang perkenalan mereka Amer bukanlah seorang yang pendiam.

“Ril,that girl yang duduk sebelah kanan depan kita ni not bad gak kan.” Amer bersuara tiba-tiba hingga mengundang tawa pada Azril.

“Mer,perempuan mana la yang tak cantik kat mata kau. Tapi aku tak rasa that girl tu kena dengan taste kau”

“Amboi,indah sungguh kata-kata kau tu. Dah boleh buat skrip drama bersiri. Bukan main lagi perli aku. Kau tu pun apa kurangnya,kau dengan aku tu ibarat cermin tau,so tak payah la kau sesedap rasa nak kutuk-kutuk aku”

“Dah la Mer,tak payah kau serabut-serabut pasal budak perempuan tu. Fokus je kat pengumuman nanti. Tak la kau salah masuk barisan untuk daftar kelas and make sure to remember yang kau nak mendaftar untuk kelas subjek Geografi,bukan Sejarah,jangan salah pulak”

Amer hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum bila mendengar Azril yang pendiam tu mula membebel.

*macam-macam la si Aril ni,ingat aku kasanova ke nak main-main mata dengan perempuan yang aku tak kenal?hahaha.lawak betul.*

1 comment: