Tuesday, October 11, 2011

ESPRESSO vs TEH TARIK -part 3-


Sambil mata Amer tak lepas memandang ke arah pelajar perempuan yang duduk bertentangan denganya,tanpa disedari ada juga mata yang sedang galak memerhatikan keadaan sekeliling,lebih-lebih lagi pada waktu yang boleh dikatakan agak sibuk bagi guru-guru tingkatan enam khususnya untuk menguruskan kemasukkan pelajar-pelajar baru. Amer masih lagi ligat memandang segala tingkah laku pelajar baru itu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia begitu tertarik untuk memerhatikan segala gerak geri pelajar baru dihadapnya itu. Baginya,Maya kelihatan sama sahaja seperti pelajar-pelajar perempuan lain yang pernah ditemuinya. Namun hatinya begitu kuat mengatakan ada sesuatu yang menarik dan istimewa di dalam diri pelajar baru itu.

“Mer,dah-dah la tu. Nanti minah tu perasaan pulak kau usha dia bagai nak rak.”

Amer langsung tidak mengendahkan kata-kata kawan baiknya itu. Matanya semakin khusyuk menatap wajah Maya tanpa mempedulikan langsung pandangan orang sekelilingnya. Amer terus memandang wajah Maya sambil tersenyum simpul hinggakan Azril yang memerhatikan tingkah laku Amer dari tadi hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap pelik temannya itu.

Pada masa yang sama kelihatan beberapa orang guru yang bertugas mula masuk ke dalam dewan sekolah untuk menguruskan proses pendaftaran pelajar baru bagi tingkatan enam bawah. Suasana dewan yang mulanya agak bingit mula beransur senyap selepas kehadiran beberapa orang guru tersebut. Maya yang sedang berbual-bual dengan Lisa tiba-tiba terasa macam ada mata yang dari tadi memerhatikan segala tingkah lakunya. Namun Maya cuba menidakkan perasaan itu dan hanya membiarkan mata itu terus memandangnya. Namun riak tidak senang hati Maya pantas disedari oleh Lisa yang sebenarnya dari tadi menyedari ada mata lain yang asyik memerhatikan Maya. Situasi tu betul-betul buat Lisa tersenyum sendirian namun dia cepat-cepat mengawalnya supaya Maya tidak akan perasaan apa yang dilihatnya dari tadi.

Lisa tahu siapa yang sedari tadi begitu khusyuk memandang Maya. Lisa begitu mengenali Amer dan Aril. Mereka berdua tu turut mempunyai nama gelaran yang pelik iaitu Double A,sebab nama mereka berdua bermula dengan huruf A and mereka berdua juga merupakan kawan baik sejak kecil lagi jadi hairanlah jika semua orang dekat sekolah tu tengok mereka berdua selalu bersama-sama setiap masa sampaikan ada mulut-mulut sumbang yang kata mereka ni pasangan sejenis. Macam-macam lagi cerita yang sering menjadi buah mulut warga sekolah ni lagi-lagi bila melibatkan Azril dan Amer.

*Amer..Amer..nampaknya lepas ni ada cerita panas la kalau kau cuba main mata dengan si Maya pasni.*
Pada masa yang sama,Lisa yang perasaan akan keadaan itu hanya mampu bermonolog sendirian sambil memerhatikan sahaja keadaan itu kerana Lisa tak mahu Maya perasaan dengan apa yang dibuat oleh Amer.
Namun situasi itu terhenti bila cikgu-cikgu yang bertugas kat depan mula menyusun pelajar supaya berkumpul mengikut aliran kelas yang telah dipilih sebelum memulakan proses pendaftaran. Terdapat lima kelas keseluruhannya merangkumi kelas akaun,ekonomi,geografi dan sejarah. Tapi akibat terlalu ramai yang memohon nak masuk aliran geografi,maka terpaksalah kelas geografi dibahagikan kepada dua kelas. Walaupun pelajar yang datang untuk mendaftar taklah terlalu ramai,tapi kekurangan guru yang bertugas menyebabkan proses pendaftaran berjalan agak lambat. Tapi nasib baik mereka dapat pulang lebih awal hari ini lepas pengetua mengumumkan yang aktiviti selepas proses pendaftran dan suai kenal terpaksa dibatalkan.

to be continue........

1 comment: