Tuesday, March 1, 2011

bila larut malam part 3

sekarang jam kat laptop compaq aku ne dah menunjukkan pukul 2.41 pagi dan mata aku belum lagi menunjukkan tanda-tanda mengantok atau tanda-tanda yang dye perlukan bantal. aku pun sebenarnya dah tak tau nak buat ape.Facebook pun dah ramai yg offline..YM pon same...nk join YM chat room,malas pulak rasenye.sekarang aku dah start cuti sem.almost 2 month aku bercuti..huhuhu...boring seyh...cz aku tak tau nk watpe.walaupun hakikatnyer banyak je mende yang aku boleh buat sementara aku ade kat rumah ne. malam-malam macam ne aku teringin sangat nk usha blog si jejari runcing tu..hahaha..tapi akal sihat aku ne selalu menegah..buat pe..buang masa je..baik aku usha blogger-blogger yg bergelar ELF....hahaha..

so,bile cakap pasal ELF ne,aku tetiba teringat konsert Super junior 19/3 ni kat Stadium Putra Bukit Jalil..walaupun aku baru bergelar ELF selama beberapa bulan,tapi hasrat dan keinginan aku nk pergi SS3 tu sangat tinggi macam ELF yang dah bertahun-tahun..tapi,apa kan daya,harga tiket yang sangat la menarik harganya menyebabkan aku yang tidak bekerja ne kurang mampu untuk membelinya.apa tidaknya,tiket yang paling murah pun RM200++..huhuhu..sedey betul bila rasa diri ini tidak berwang..huhuu..tak apa la..mungkin bukan rezeki aku...mungkin aku tak boleh tengok konsert artis-artis Korea ne,tapi mana la tau kaot-kot aku berpeluang pergi Korea and jumpa diorang kat sana...hehehe...wahhh...impian melangit tinggi pulak aku pagi-pagi ni..hahaha..

tapi,aku tak paham la kenapa ramai orang nak mempertikaikan bila ramai yang mula meminati muzik dari korea.bagi aku mende tu tak salah.bagi pendapat aku la kan,muzik korea lagi bersih dari muzik-muzik barat.lirik-lirik korea(setahu aku)lebih banyak berunsurkan cinta,keluarga dan persahabatan.takde unsur seks,atau carutan yang melampau macam lagu-lagu dari Hollywood.lagipun,ape salahnye kita menerima baik muzik dari negara Asia sendiri.mungkin Video klip kumpulan-kumpulan wanita dari Korea agak seksi..tapi,mereka tidak la terlalu melampau jika nak dibandingkan dengan Pussycatdolls...kenapa dulu orang Malaysia boleh menerima PCD tapi susah nak terima girl group korea.hakikatnye,mereka lebih bersih dari PCD..jangan salahkan peminat muzik Malaysia kalau kami terlalu meminati muzik serta artis-artis dari korea.mereka semua bukan sahaja ade rupa,tapi berbakat besar tak kira la dari segi nyanyian ataupun lakonan..mereka boleh menyanyi sambil menari tanpa sebarang masalah..walaupun menjadi penyanyi,mereka turut mampu berlakon dengan baik..tapi,cuba kita bandingkan dengan artis-artis baru kat negara kita..ehmm...renung-renungkan la sendiri...

antara sebab utama kenapa artis korea berjaya ialah mereka telah dilatih daripada mereka semua berada diperingkat sekolah menengah lagi.mungkin budaya seperti itu tidak sesuai untuk diterapkan kat negara kita,tapi artis korea diberi latihan dan persiapan yang ketat sebelum mengeluarkan single ataupun mula diperkenalkan kepada umum..so..moral of the story is,kerja keras serta latihan selama bertahun-tahun antara rahsia kumpulan-kumpulan dan artis-artis korea mampu tampil hebat di atas pentas...

4 comments: